~~^^
"Cuba kau cerita dengan aku apa dah jadi." Dalam lembut Jade menyuruh.Dia tahu apa yang berselirat di benak gadis itu meski lain yang ditutur di bibir.Lumrah alam.Semua orang mahu didengari.Semua orang mahu berkongsi perasaan baik gembira atau duka selagi diri masih bernama manusia.Cuba kadang-kadang keadaan yang menidakkan..
"Why bother?" Wajah Jade tak dipandangnya.
"Aku nak tau."
Trisy memandangnya sekilas. "Family aku pun tak kisah,kau nak kisah apahal?"
"Aku bukan family kau." Datar tenang Jade menutur dengan matanya masih pada wajah Trisy yang kini membuang pandang jauh entah ke mana.
Trisy berpaling.
"Spill." Jade menutur sepatah.
"Apa kau punya golden dreams?"
Jade berhenti memikir sejenak. "Kenapa kau nak tau?" Trisy dipandangnya sekilas.
"Saja." Trisy jungkit bahu.
"Tell me yours."
"I asked you first."
Jade melepas nafas perlahan. "Define dreams." Pensel di tangan diletak ke riba.Kedua belah tangannya ditongkat ke belakang.Kepalanya sedikit didongak mengadah langit. "Apa kau punya definition?"
Trisy terdiam sejenak. "Impian?Apa yang kau nak?" Ada definisi lain ke untuk 'dreams'? "Kau ada definition lain ke?"
"Depends on how you take it." Jade masih mengadah langit. "A dream.Boleh jadi it's something yang kita nak tapi takkan dapat dicapai,suatu mimpi,ilusi.Atau..." Tangannya membetulkan letak cermin mata di batang hidung. "...suatu impian yang kita nak fulfill,come hell or high water."
Begitu...Dia tak pernah pulak memikir sampai macam tu.Trisy menggosok dagu.Ada betulnya apa yang Jade cakap.Dan dia mula memikir.Kalau ianya suatu mimpi,suatu ilusi...apa yang melintas fikirannya?Kalau ianya suatu impian yang nak dipenuhi...apa pulak yang menerjah benaknya?Atau...ilusi mimpi dan impiannya adalah benda yang sama?Maknanya impian itu juga mustahil nak dicapai?
"Jauh melamun." Jade memetik jari di hadapan wajah Trisy yang serius memikir. "Tell me your dreams."
Trisy senyum tawar. "You're so Sidney Sheldon." Matanya masih lepas memandang jauh. "Aku nak...hapiness.Aku nak...bahagia." Bibirnya menutur tanpa memandang Jade. "I want a happy family.Aku nak ada ibu yang akan tunggu aku kat rumah bila aku balik dari sekolah,aku nak ada ayah yang akan tanya dan dengar apa cerita aku sepanjang hari,aku nak ada family yang aku boleh tunjuk exam marks aku kalau dapat keputusan yang best,aku nak ada adik-beradik yang aku kenal diorang the way it should be." Matanya masih kosong merenung. "Bukan sekadar kenal muka macam jiran bilik hotel je..." Macam sekarang.Dia bukan tahu sangat life Jazz,Rina dan Tati kecuali apa yang diberitahu secara general.Sejujurnya,even life ibu dengan ayah pun dia tak tahu sangat sebenarnya.Why bother untuk ambil tahu kalau orang lain pun tak pernah bother nak ambil tahu pasal dia? "Dan bila kau bagi kau punya definition...aku rasa impian aku tu macam mimpi.Impossible." Datar tanpa perasaan dia menutur dengan pandangan kosong seolah dari mata kaca.Tiba-tiba dia senyum sumbing. "Tell me why am I living again?" Tanyanya sambil berpaling ke arah Jade.Wajahnya tak beriak macam android baru kena programme.
Renungan Jade mencerun. "Jangan tanya soalan macam tu,Trisy." Sedikit keras suaranya. "You live to find your dreams,dan jangan kau buat kerja bodoh nak end journey kau macam tu je." Calamity kadang-kadang menduga hingga habis takat dan skala,dia tahu itu.Tapi calamity sebegitu bukan alasan untuk lari dari alam hidup ke alam lain.
"Apa kau punya dreams?" Giliran Trisy pula bertanya.
"Eternal happiness." Jade memutar pensel di tangan.
"Itu mimpi ke impian?"
Jade senyum tawar. "You're nosy la.Pretty personal soalan kau tu."
"Tadi kau tanya aku,aku jawab OK je." Trisy buat muka.Unfair!
Jade hanya senyum tawar sambil menjungkit bahu.Trisy yang dah buat muka sawi jeruk tak dilayannya.Bukan semua cerita boleh dikongsi...
"Esok kau buat apa,ek?"
Sekilas dia melontar pandang ke bangunan depan.Buat muka comel nak ketuk aku la tu.Jade menggeleng dalam hati. "Esok aku tak de kelas,tapi aku ada kerja."
"Jual burger?" Botol air dibawa ke bibir.Kering tekak membaham choc tak berhenti.
Geleng.Cari akal nak ikut aku la tu."Macam nie la." Jade mengangkat muka ke wajah Trisy. "Esok kau tolong fulfill separuh dreams aku."