Cause I don't wanna be alone (Oh)
Living life all on my own (Oh)
I don't wanna live my life in isolation
Filled with empty decorations
Cause I wanna be with the people that i know
Who will do the things I do (Oh)
Making all my dreams come true
I don't recognise the shadows on my door
Although I've seen them all before
Because the only thing I really want is to be with you...
Indecisive menyanyikan Empty Decorations di telinga.Nie semua Jade punya kerja la nie.
“Cuba bagi upbeat sikit life tu...Live well or live hell,you choose.Kalau dah dengar lagu ala-ala nak cabut nyawa,memang la nanti tergerak je hati nak buat benda-benda pelik tu.”
Jade di kerusi di sebelah katil masih dengan rutin selalu macam di atas rooftop.Sektchbook dan pensel mekanikalnya masih setia menemani.Dan dia juga akan setia mendengar rant Trisy mengenai harinya dari pagi ke tengah hari.Bercerita itu ini.Rutin di atas rooftop masih diteruskan,hanya venue yang bertukar;di wad psikiatri.Dah nak masuk tiga hari kat sini.Yang bosan!Ibu dengan ayah ada la datang sekali sehari.Tapi asing-asing.Jazz,Rina dengan Tati bayang pun tak nampak.Entah diorang tau dia masuk hospital entah tidak.Dan demi janjinya pada Jade,memang dia jadi patient terbaik seluruh wad.Baik je dengar cakap,makan ubat.Sampai Dr.Harjeet doc psycho tu pun panggil dia angel.Angel tak angel...devil tak devil...dah janji dengan Jade.Dia takut sangat-sangat kalau nanti Jade dah malas nak ambil kisah.Itu je la satu-satunya manusia yang tak banyak kerenah menjenguknya tiap hari,menemaninya sepanjang petang.
I look at the sky, it looks back at me
I can't hear the silent melodies
I know that I'm here yet I am lost
Blown in confusion by the breeze
Hiding my face, crying alone
I need to find my way back home
Back to the place, the wonderful days
Living the life I used to know
Back to the place,the wonderful days...Aku pernah ke ada wonderful days kat rumah tu?Maybe.Masa kecik.Sebelum Jazz,Rina dengan Tati grad dari sekolah menengah.Sebelum ayah naik pangkat,sebelum kerja balik dan ibu join charity dia tu.Masa tu semua orang ada banyak masa untuk spend kat rumah.Tak macam sekarang.
“Jauh menung.Dah sampai mana?” Suara Jade menegur.
Trisy berpaling. “Azerbaijan.” Dia sengih tawar.
Jade membalas senyum nipis segaris.Sungguh dia bersyukur kerana gadis itu kini kembali ketawa dan senyum semula.Cuba bangun semula untuk terus berjalan ke depan tanpa memandang ke belakang lagi.Namun hatinya dipagut serba-salah juga.Nyata berita yang diterimanya dari Buk Jah untuk mengambil karipap pusing sebelum datang ke sini tadi belum sampai ke telinga Trisy lagi.Jika tidak masakan Trisy masih boleh happy seolah tak ada apa macam nie.Macam mana bila Trisy tau nanti?
“Kenapa muka kau macam cekodok je nie?” Giliran Trisy pulak bertanya.Gaya tengah fikir masalah negara je. “Business burger kau slow ke?”
Jade hanya senyum tawar. “Bukan la.” Dia menggeleng. “Kau tau kau keluar bila?” Cepat dia mengalih topik.
“Doc kata kalau everything alright,aku keluar esok.” Trisy sengih happy.Memang happy pun.Dah tak larat dah nak duduk sini.Bosan!
Patutkah dia yang memberitahu dulu?Atau biar Trisy menerima sendiri dari Pak Cik Mazni dan Auntie Hajar?Dia sendiri pun tak tahu berita yang diterimanya itu sahih atau tak sebab dari Buk Jah.Itu pun sebab Buk Jah terdengar majikannya membincangkan hal itu.Dilema mengasak tak berjawab.Ditelan mati mak,diluah mati bapak. “Trisy.”
“Hmm?” Trisy memandangnya dengan senyum happy yang masih tak padam. “Apa?”
“Bila keluar nanti,aku nak kau janji dengan aku,boleh?” Riak wajah Jade serius dalam lembut.Trisy direnungnya sungguh-sungguh.
Trisy angkat kening sebelah. “Apa?”
“Lepas nie,no matter what happened,kau takkan buat benda macam nie lagi,okay?” Rendah tenang Jade menutur.Pandangannya masih tak berganjak. “Boleh kau janji dengan aku macam tu?”
Bibirnya mengukir senyum tawar kelat.Memang berdosa betul aku bagi Jade risau macam nie. “OK.” Dia mengangkat sign OK dengan tangan kanan.
“Aku nak kau janji betul-betul,Trisy.Bukan sekadar kat mulut je.”
Jade betul-betul serius...Trisy menelan liur. “OK.”
“No matter what.”
“No matter what.”
***
Dan perlukah dia memungkiri janji itu hari ini?Kerana hal ini?Tapi dah janji dengan Jade...Cepat dia menggeleng pada diri sendiri.Trisy,jangan buat benda bengong tu lagi.It’s not worth it.Tapi...Dia mengetap bibir sambil mengadah siling.Tubuh dihempas kuat ke katil.Pintu bilik dah lama dikunci.Sejak ayah dan ibu mengkhabarkan berita itu.Remote controller yang berterabur di tepi bantal dicapai satu demi satu.Lampu utama dimatikan.Lampu tidur dipasang.Aircond diturunkan sedikit suhuya.TV dan mini-compo dimatikan.Dan dia berbaring sendiri di katil dalam dingin kelam sunyi,dengan mata masih memaku ke siling.
Tanpa sedar hujung matanya melirik juga ke atas night table.Botol mineral water tegak.Dan di dalam laci di bawah timbunan kaset dan CD ‘candies’ Dr.Wan ada lagi.Hati berperang,kepala pun sama.Akhirnya dia bingkas bangun.Laci ditarik buka.Kaset-kaset dan CD-CD ditolak ke tepi.Sedative je yang tinggal.Botol mineral water dicapai.Dia memandang jam.11 malam.Pandangannya beralih pada pil putih di tangan.
Jade,aku nak tidur je.Janji.Baik aku tidur sebelum aku buat benda yang bukan-bukan.Trisy menutur sendiri sebelum pil dan air di tangan ditelan senafas.Botol mineral water di tangan kembali diletak ke tepi.Tubuhnya direbahkan semula.Mata kembali menala ke siling.Sepi biliknya hanya diisi deru air-cond.
Kenapa ye semua nie jadi?Sebelah tangan menarik rambut.Cuba mereda kepala yang mula berdenyut sakit kerana memikir.Kill the pain with a higher dose of pain.
Tidurlah,Batrisya.
*
Jade masih diam tak memberi reaksi.Trisy masih menunggu lelaki itu menutur sesuatu.Atau paling kurang pun tunjuk la expression muka yang menandakan dia mendengar.Tapi Jade masih diam jugak.Hanya melontar pandang merentas awan.Jauh sejauh-jauhnya.
“Jade...kau dengar tak apa aku cakap tadi?” Teragak-agak Trisy bertanya balik.Entah-entah mamat nie melamun teringat stall burger dia ke apa?
Jade masih tak menjawab juga.Akhirnya dia turut sama menyandar belakang pada tembok simen rendah di belakang mereka.Pandangannya turut sama dilontar jauh ke tengah langit biru.Mereka kini kembali kepada rutin biasa.Di atas rooftop.Kelmarin keluar hospital.Ayah datang ambil.Satu hari rest kat rumah.Esoknya rest lagi satu hari.Dan malam tu ibu dengan ayah menurunkan bombshell tak tersangka.Rasanya dia jatuh rahang tak terangkat waktu tu.Dan pagi nie...masih tak ke sekolah.Rasa tak menyempat-nyempat nak tunggu pukul 3.Dan akhirnya pukul 2.15 dia dah memanjat tangga emergency berlapuk Wisma Topaz itu.Melayan pandang dan menghabiskan choc bars satu demi satu sementara menunggu Jade datang.Silap-silap sampai boleh kena hyperglycemic pulak nanti.Terlebih gula!
Melihat Jade yang masih membisu Trisy mengulum bibir.Mungkin betul...Jade pun dah malas nak kisah.Jade pun ada masalah sendiri.Dan dia hanya menambah masalah ke pinggan Jade yang dah sedia penuh.Kesian Jade.Mungkin ada baiknya kalau dia pergi...
“Aku tak dapat nak bayang macam mana bila kau tak ada nanti.” Jade tiba-tiba menutur ayatnya yang pertama petang itu.Perlahan.Macam bercakap dengan diri sendiri.
Lambat-lambat Trisy berpaling.Jade dengar...Jade cares...Dia kembali menala pandangan ke langit. “Aku pun tak dapat nak bayang macam mana bila kau dah tak ada nanti.” Jujur Trisy menutur.
Ibu dengan ayah nak pindahkan dia ke JB,rumah Tok dengan Opah belah ayah.Mereka kata untuk kebaikan dia jugak.Mulakan hidup baru.Tahun depan nak SPM.Tak nak dia terganggu.Ibu dengan ayah kata lagi,hal ibu dengan ayah biar diorang yang selesaikan tanpa melibatkan dia.Mereka tak nak lagi tengok dia tak tentu hala.Tak nak lagi dia buat macam malam hari tu.Keputusan yang terbaik ke tu?Dia akan dapat lari dari rumah hantu tu.Tapi nanti mesti akan rindukan Buk Jah,rindukan Jade.Walaupun hidupnya kat sini hanya bermakna sebab kehadiran dua orang tu,namun pastinya bukan senang nak tinggalkan macam tu je.Macam mana?Tapi ibu dengan ayah dah keluar perintah mandatori.No tapi tapi.No no way.Yes way je.
“Parents kau bagi tau malam tadi?” Jade mengulang tanya apa yang dah disebut Trisy tadi.Sungguhlah bak kata Buk Jah...
Angguk hambar.
“Kau tak buat bukan-bukan,kan?” Dia mengalih pandang ke arah Trisy dengan senyum tawar.
“Dah janji,kan...” Trisy menggumam rendah pada langit lepas. “Tapi aku tidur dengan sedative la semalam.Tak boleh tidur.” Teragak-agak dia memandang Jade. “Tapi satu je.” Bersungguh-sungguh dia memberitahu. “Tak overdose pun.Tengah darurat tu.” Macam peguambela dia menutur.
“Jangan buat lagi.” Senyum tawar Jade masih tak padam.Sungguh tak dapat dibayang.Macam mana ruangnya di rooftop nie nanti bila Trisy tak ada?So true...we’ll never miss the water till the well runs dry.
Trisy diam mengangguk.
Awal bulan depan bukannya jauh lagi.Lagi kurang seminggu je.Jade kembali mengadah langit.
“Jade,kau marah aku pindah?”
“Kalau itu yang terbaik,aku happy untuk kau.” Tenang datar Jade menjawab. “Parents kau buat something,maknanya in a way to show that they care.”
“Tapi nanti kalau aku pindah sana...” Trisy terhenti.Tak tau nak menyambung macam mana.
Jade berpaling memandangnya dengan mata bertanya.
“Aku boleh hidup ke kat situ?”
“Live well or live hell?” Jade bertanya dengan senyum tawar tak berperisa.
Senyum di bibir Trisy juga sama. “I choose.”