Jade,
Aku kat rumah nie.Cuti dua minggu.Lega rasanya dapat keluar dari penjara tu.Opah seminggu straight masak daging rebus sama air asam,aku tak muak-muak lagi.Ahaha...Pak Su yang bising.Dia kata dia yang dah tak lalu.Tapi aku rasa sebenarnya dia tu jealous sebab atok ngan opah lebihkan aku.Tergugat kedudukan dia jadi anak bongsu kat rumah nie.Eheh.
Apa lagi aku nak cerita...
Jade,kau busy sangat ye?Lamanya tak dengar cerita kau.Rindu la nak lepak dengan kau lagi,nak tengok kau draw.Oo...sekarang kau dah glamer kau lupa aku ye,Jade...Ahaha...Kau nie dasyat betul la.Workaholic melampau betul.Baru lebih setahun dengan Jason kau dah ada graphic novel sendiri.Apaper pun,aku happy untuk kau.Tapi sekarang kau macam dah tak banyak sangat draw untuk Hah ha je,apahal?Aku tengok kau cover satu page je sekarang.Sibuk dengan project lain ye?Apaper pun aku doakan kau capai la apa yang kau nak tu.Kau nak eternal happiness kan?Jauh lagi tu.Tapi kalau Allah bagi,insya-Allah tercapai jugak nanti.Doa je la.Dan aku pun tak mampu nak tolong apaper other than tolong doakan je.
Dah lama betul aku tak balik KL.Ye la.Since tercampak ke JB mana ada aku balik sana langsung.Rindu betul la dengan Buk Jah.Kat KMS aku call dia seminggu sekali tu.Ahaha...Pak Su OK je bila tengok bil,aku redah je la.
OK la Jade.Aku pun dah kering tatau nak tulis apa dah.
Take care,ek.
May Allah bless.
Cuti dah nak menjenguk.Tak sabarnya nak balik!Tak sabarnya nak jumpa atok,opah dengan Pak Su.Kawan keliling sibuk bercerita itu ini,membayangkan apa yang disuruh mak di rumah masak untuk menanti kepulangan nanti.Yang si Irah pun tak habis-habis kata daging salai masak lemak maknya yang paling sedap kalau nak dicari seluruh dunia pun.
“Kau datang je la rumah aku nanti,Trisy.Aku mintak mak aku masak.Sure kau terangkat punya la.Siap letak mempelam lagi.Fuu...tak sabarnya aku nak balik Nogori.”
Dia senyum je.Balik nanti tak sabar nak mintak opah bakar keli atas dapur kayu.Lepas tu siap ada daging rebus dengan air asam.Lalala...Memang aku tak tengok kiri kanan dah la time menyuap nasi nanti.Terbayang balik waktu dulu.Kalau dulu,bila orang bercerita begini mesti dia ada shut-off alam keliling.Memekakkan telinga.Tak nak dengar apa yang dia takkan dapat cari di rumah sendiri.Dan kini...walaupun hanya dengan atok,opah,dan Pak Su,sekurangnya dia dimanja.Apa yang dia nak makan memang atok,opah dengan Pak Su akan usahakan jugak cari walau macam mana sekalipun.Bahagianya ada orang sayang...
Headphone di telinga tengah berlagu Puteriku Sayang-Hijjaz.Bibir tanpa sedar mengukir senyum nipis segaris.Teringat Pak Su.Dulu nie la lagu tema Pak Su punya kempen nak suruh dia jadi ‘budak perempuan yang baik’.Penat betul time tu.Dalam rumah 88 kali laptop Pak Su main lagu sehari semalam.Kalau naik kereta pun lagu tu jugak yang Pak Su pasang.
“Pak Su!!Tader lagu lain ke?!”
Tapi Pak Su buat bodo je. “Kenapa?”
“Jemu la.Trisy dah nak naik hafal lirik tu tau.”
“Bagus la tu dah hafal.” Pak Su tak alih pandang dari stereng dan jalan pun. “Dah hafal lirik tu,hayati sikit.”
Zapp kena sekali.Engineer minyak ini dan aplikasi manipulasi psikologi suka hati dia...“Tapi Pak Su...nie bukan lagu untuk perempuan dah kawin ke?”
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati...
“Duh...cut that part,ambil la part yang relevan dengan Trisy je.Tu pun nak kena Pak Su ajar ke?”
Kena lagi.Last-last diam je.Dan Puteriku Sayang bermain je dalam kepala 24/7.Haunting!Semua Pak Su punya pasal.
Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati
Aku nie bukan la lembut sangat.Ala-ala lemah gemalai tarian inang ke...zapin pun tader.Tapi Pak Su kata aku tengah berubah ke arah itu la sekarang nie.Ye ke?Banyak la Pak Su nie...Gaya dia kenal sangat je aku selama nie,nak buat comparison sebelum selepas ala-ala orang pakai Tummy Trim yang berubah jadi kurus sebelum ngan selepas pakai menda tu.
Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri
Aku tak sampai lagi tahap tu.Selama nie hati buta tak rasa apa.Hati baru nak belajar mengenal Tuhan.Hati baru nak belajar takut pada Pencipta.Hati baru nak mengajar diri untuk mengabdi diri pada Ilahi.
Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri
Tapi aku bukan la pemalu sangat.More to antisocial actually.Sebab takut dengan orang keliling yang akan bertanya itu ini.Menyerah diri...huh!Nauzubillah min zalik mintak dijauhkan!
Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya
Syurga?Layak ke Trisy nak masuk situ?
“Trisy.”
Puteriku Sayang masih berlagu di telinga.Tubuh nyaman disapa angin kampung.Dia duduk di tangga depan rumah mengambil angin petang.Opah di tengah laman asyik dengan pokok-pokok bunga kertasnya.Atok di belakang rumah tengah mengait gelugur nak dibuat asam keping.
“Trisy.”
Segalanya nampak indah.Segalanya nampak cantik.Segalanya nampak macam memancar cahaya bahagia.Segalanya nampak yang lawa-lawa je.Betul la kata orang,when your heart is full of love,you’ll see more of the beauty side of life.
“Trisy.”
Haila Trisy...since when you’re so bunga la?Heart full of love?Corny habis...
Ketawa sendiri dalam hati.Happy ma...sesiapa je yang happy boleh jadi bunga.Corny ke?For the love of opah,atok and Pak Su corny pekemenda...
“Batrisya!”
Terkejut.Dia paling ke belakang.
“Apa hal la anak dara duduk tengah-tengah tangga nie...Punya luas dunia,tak ada tempat lain nak duduk ke?Block jalan pulak tu.”
Trisy buat muka. “Bising la Pak Su...Orang tengah ambil angin nie...”
“Lalu sikit.”
“Lalu je la.”
“Pak Su nak duduk situ...”
Trisy mencebik.Tadi ngata aku...Tepuk dulang paku serpih...ngata orang dia yang lebih...
Azwan duduk di atas tangga batu di depan pintu rumah tu.Tin Anlene Gold di tangan yang dah dibuka diletak di sebelah.
“Apa tu?” Trisy menjenguk ke dalam tin.
“Kerepek pisang.”
Hah ha...tangan dah masuk ke dalam tin menarik kerepek pisang segenggam.Kerepek pisang opah memang tader siapa yang boleh beat la.Hatta yang kat kedai-kedai pun pun memang kalah mati la dengan kerepek pisang yang opah buat.
“Tengah berangan apa tadi?” Azwan mengalih pandang dari dari pokok bunga kertas yang menari ke wajah Trisy duduk di anak tangga setingkat di atasnya.
Ek?Kening Trisy terangkat sebelah. “Berangan apa...Mana ada.”
Azwan menjulingkan mata ke langit sebelum kembali menghadap ke depan. “Ye sangat la tu tak berangan.Senyum sensorang tu pekenamanya.Senyum sensorang tu makruh,tau?”
“Kacau daun la Pak Su nie...” Trisy menggumam rendah sambil membawa kerepek pisang ke mulut.Orang tengah layan feel,dia yang kasi spoil.Sheesh...
“Teringat orang kat Seremban ke?” Sekilas Azwan memandang di belakangnya sambil menarik segenggam kerepek pisang dari tin Anlene.
“Duh...” Trisy menjulingkan mata. “Give me a break from Seremban.” Trisy merenung jauh. “Orang rindu Jade dia ingatkan orang pasal Seremban pulak...” Gumamnya rendah.
Azwan diam sejenak.“Trisy.” Panggilnya kemudian.
“Hmm?” Trisy hanya membiarkan mata mengikut budak-budak yang bermain basikal keliling kampung yang melintasi depan rumah.
“Jade tu...Lelaki kan?”
“Mm.” Angguk malas.Kerepek pisang dibawa lagi ke mulut.
“Cerita sikit dengan Pak Su mana Trisy jumpa dia.”
“Bukan dulu dah cerita ke..”
“Vaguely.”
Nak cerita ke dengan Pak Su?Trisy memikir sendiri. “Nak cerita apa?”
“Is he your boyfriend?”
“Hell...no!”
“Language.”
“Sorry.” Kan dah kena! “No he’s not my boyfriend.Tapi dia one of the kawan yang Trisy ada la.” Heh..gaya aku ada ramai sangat kawan je.Matanya kembali merenung jauh.Rindunya kat Jade...Satu demi satu ingatan berlayar ke depan pandangan.Lepak di rooftop Wisma Topaz,di klinik Dr.Fadhil,pertama kali sembang dengan Jade,lepak dengan Jade,cerita dengan Jade,masa tertumpahkan air atas artwork Jade kat KLG,kat hospital.... “Pak Su...”
Azwan berpaling.Trisy masih merenung kosong ke laman. “Trisy rindu Jade la Pak Su....”
“Who is he to you?”
Matanya masih tak berganjak. “Kawan yang sangat baik.He always be there when I need him.Unlike some yang I called family.” Datar rendah Trisy menutur.Terasa mood berubah macam Pantai Cahaya Bulan kena hempas dengan ombak tiga meter Laut China Selatan.
Sekilas riak di wajah Trisy dipandangnya.Tanpa sedar dia menggeleng kepala di dalam hati.Masih tak padam rupanya bara di hati anak gadis itu.Jade...aku teringin betul nak jumpa budak nie.
Bila Pak Sunya tak menjawab,baru dia mengalih pandang dari tengah laman ke wajah Azwan. “Abaikan.” Trisy menepis angin dengan sebelah tangan.Tukar channel...tukar channel... “Pak Su,nak tau cerita tak?” Tiba-tiba dia sengih dengan kening double-jerk.
“Cerita apa pulak...”
“Ingat tak budak yang kacau Trisy tengok sunset kat Kukup dulu tu.”
Sejenak Azwan diam.“Budak geng Tuah Jebat tu?” Tanyanya.
“Eh?” Kening Trisy terangkat. “Mana Pak Su tau dia tu angkatan Hang Lima Bersaudara?”
“Pak Su sembang ngan ayah dia,remember?” Azwan mengingatkan. “Hmm.So?Apa ceritanya?”
“Dia kat Seremban la,satu kolej dengan Trisy,kawan satu sekolah Irah my room-mate.Kat sana diorang classmate.”
“Maka?”
Ceh..Apa la Pak Su nie. “Orang saja nak cerita,tak boleh ke?”
“Trisy,pergi sana belajar nak buat diploma kay,bukan belajar nak main api.”
“Apa la Pak Su nie pakai bahasa sikit punya klasik.” Trisy menggumam. “Baru cerita macam tu dah fikir bukan-bukan.”
“Lekiu Luqman.”
Urk?!Rasa nak tersembur gelak.Pertama kali introduce diri secara formal.Sebab sama-sama dalam committee Creative Arts Attack untuk exhibition di kolej hari tu.Lekiu?Loke Yew?Ler-Q?.Takkan nama Lekiu. Keturunan Hang Lima Bersaudara yang menjunjung perintah Sultan Melaka ke nie?Takkan jugak Loke Yew.Muka tak macam Cina pun.Macam keturunan Raja Chulalongkorn kot ada.Kalau Ler-Q.Takkan...fancy sangat nama macam tu.
“Khairul Batrisya.” Sedaya-upaya dia menahan muka dari berubah riak.
“Lekiu.”
Sah keturunan Hang Lima Bersaudara la.“Trisy.” Kenapa aku rasa macam terdengar sound effect gamelan,sekali dengan bunyi gajah bertempik,dan macam nampak kampung Melayu tepi laut?Ekeke...adakah dengan kenal mamat nie aku kena tarik masuk time-warp ke zaman Kesultanan Melayu Melaka?Patut aku cakap je nama aku Tun Nyemah Mulya.Baru tally dengan nama dia.Tak pun Si Kembang Cina.Tak pun...kalau dia Hang Lekiu,aku jadi Hankyu Jaya?
“Senyum sorang-sorang tu makruh...” Suara Azwan menyentak lamunan. “Jangan buat Pak Su susah hati la...Baru berapa bulan masuk kolej pun dah boleh angau sampai semedang senyum sensorang ke?”
Ek?Aku tengah senyum ke?Bibir ditarik menjadi garis lurus. “Mana ada...”
***