“Pak Su....”
Azwan mengangkat muka dari Berita Harian di tangan.Tu yang keluar suara panggil orang mendayu-dayu sampai empat harkat tu nak kecek orang la tu... “Apa...” Apa je la yang dia nak tengah-tengah hari nie.
“Jom keluar?”
“Nak cari apa?”
“Cotton-candy.”
***
Dare You To Move-Switchfoot berdentum dari speaker laptop di meja.Tuan punya si laptop bertongkat dagu di meja.Mata tak bergerak dari skrin.Sesekali hujung telunjuk berlari di atas mousepad.Di luar tingkap matahari dah tinggi segalah.Sekilas dia memandang ke arah katil double bed di tengah bilik.
“Tak keluar hari nie?”
Lekiu menggeleng dari baringnya di atas katil.Mata tak beralih dari Calvin and Hobbes.
“Come again..?!Tak keluar hari nie?” Memang muk terkejut betul meilhat gelengan itu.
Lekiu merengus perlahan. “Keluar petang karang kot.Dengan Dena.”
“And you’re free the whole morning sampai tengah hari?Ateh...demam ke apa?”
“Malas.” Lekiu menjawab nak tak nak.
“Angah Bat rasa sah kau nie demam.” Kening abangnya terangkat sebelah.Bat memusing kerusi mengadap katil. “Sejak bila kena awek-deprieved syndrome nie?Kau masuk Seremban jatuh saham,huh?Seremban takde awek lawa nak ayat ke?” Kening Bat terangkat sebelah lagi.Sah budak nie demam.Sejak zaman bila dia tak spend cuti dengan pergi dating bertukar awek dari pagi ke petang macam atlit lari pass baton?
Lekiu menjulingkan mata.Angah Bat aku nie pun la... “Orang malas la.”
Malas?Sah budak nie demam!
***
“Nak order lagi?”
Trisy memutar garpu di tangan. “Tambah blueberry cheese cake?” Dia membawa garpu berisi brownie terakhir ke mulut. “Nak mushroom soup sama...bun...fries...” Matanya melepas bahu Azwan memandang ke arah menu. “...lagi..lasagne?” Dia kembali memandang Pak Sunya.
“Lapar ke kebulur nie?”
Trisy hanya jungkit bahu. “Ala...berapa lama dah makan nasik kawah kat Seremban tu.Tak nampak ke Trisy dah susut?”
“Ada pernah pengsan ke kat Seremban?” Kening Azwan terangkat sebelah merenung Trisy.Dia mengangkat tangan memanggil waiter.
“Belum lagi.” Trisy mengacau straw di dalam gelas.Abang waiter tengah ambil order dari Pak Su.Pandangannya kosong dilempar memandang orang lalu-lalang.Nie la cuti first nak lari dari Seremban tu.Penat la duduk situ!Susah betul nak bawak diri.Aku diam jaga hal sendiri pun kira hal besar ke?Tapi orang punya telahan memang macam-macam.Sombong,pemalu,antisoc,stok alim.Gi...la...Part pemalu dengan part yang last sekali tu yang buat aku rasa nak pitam on the spot.Betul la manusia...menelah apa saja dari pandangan pertama,apa yang hanya nampak di mata?Trisy senyum sumbing.There’re more than what meet the eyes...
Azwan hanya memerhati anak saudaranya yang leka mengacau straw dengan pandangan entah ke mana.Kini Trisy dah duduk di JB hampir dua tahun.Dan masih belum sekali pun anak gadis itu kembali menjejak bumi KL.Menyebut meminta di mulut pun tak pernah.Nyata anak saudaranya itu semahu mungkin tak mahu berpaling kepada masa lalu,pada tempat itu.Tapi sampai bila?Sampai bila Trisy dengan ibu ayah abang kakaknya akan hanya macam strangers dalam rumah sendiri?
“Trisy.”
“Hmm?” Pandangannya ditala pada gelas apple juice.Aku boleh survive ke kat kolej tu sampai grad?
“Cuti ada lagi seminggu,kan?”
Angguk.Dia angkat muka dengan mata bersinar.Pak Su nak ajak holiday lagi ke?
“Tak nak balik KL?”
Sinar matanya macam bunga api kena siram air hujan.Trisy kembali mengalih pandang pada orang lalu-lalang.Abang waiter membawa order.Buat seketika meja itu sepi bisu.Hanya bunyi pinggan bertemu meja.Abang waiter berlalu kembali ke tempat kerjanya di belakang kaunter.Namun sepi masih membeku.
“Trisy...”
“Tak nak.” Rendah datar Trisy menutur tanpa mengalih pandang.
“Dah lama sangat Trisy tak balik,kan...”
“Tak ada orang pun kat rumah tu.” Trisy dah memintas dulu.Pandangannya masih tak beralih.Selera dah terasa mati.Mushroom soup yang berasap nipis di meja tu pun tak mampu menarik perhatiannya.Pak Su...kenapa Pak Su memang suka tarik balik benda-benda macam nie masuk kepala?
“Tak baik macam tu,Trisy.They’re still family,kan?”
“Pak Su,I’m no angel...”Trisy merengus perlahan.
“They’re still your mum and dad.At least tunjuk kat diorang yang Trisy still care about them,tak kisah la apa yang Trisy dah lalu selama nie....”
Diam.
“Ingat tak apa yang Pak Su pernah cakap dulu?No matter what,they’re still your parents.Jazz,Rina and Tati masih lagi Trisy punya abang kakak even warna rambut pun dah tak sama....”
Diam.
“Trisy dah berubah ke arah yang lebih baik dari kat KL dulu,dan kenapa tak nak jadi lagi baik dengan bina balik relationship dengan ibu,ayah,Jazz,Rina dengan Tati?Trisy kena overcome apa yang pernah jadi.Family comes first.”
Diam.
“Trisy?”
Trisy masih tak mengalih pandang dari orang yang lalu-lalang. “You know what’s the big difference between you and Jade,Pak Su?” Rendah perlahan Trisy menutur.Lambat-lambat dia mengalih pandangan ke wajah Azwan. “He let me talked.”
Azwan terdiam.
“I’m tired of not being heard,Pak Su.” Aku dah jenuh dengan hanya mendengar,aku dah penat bila tak ada telinga yang nak mendengar aku bercerita,aku dah muak bila tiada yang ambil kisah.Aku dah muak dengan nasihat yang orang bagi walau sebenarnya diorang tak faham keadaan.Trisy mengalih pandangan ke meja. “Takeaway je la.Dah tak lapar.” Get a bite from my plate,chew,then talk.
***
Botol apple juice di tangan digoncang-goncang sambil pandangannya dilontar ke langit yang biru lepas.Matahari dah sedikit condong.Dah tak begitu panas macam di sekolah tadi.Dia merengus perlahan.Kat sekolah tadi memang panas.Panas luar dalam!Berasap!
Jade berpaling sekilas mendengarkan dia yang merengus sambil duduk melunjur sebelah kaki menendang angin. “Apahal?”
Geleng.
Kening Jade terangkat sebelah merenung muka masamnya.Anak muda itu menggeleng perlahan.Pensel mekanikal di tangan terhenti diletak di dada sketchbook. “Apa jadi kat sekolah tadi?”Rendah suaranya bertanya.
Dia gigit bibir bawah dengan mata masih mengadah langit.Diam tak menjawab.
Jade terdiam sejenak.“Cerita la.Nanti kalau kau simpan sensorang buat meracun diri je.”Rendah perlahan lelaki itu menutur.Pandangannya masih belum beralih.
Fed-up!!Fed-up!!Fed-up!!Sebelah tangan kasar membuka penutup botol jus sambil dia merengus melepas nafas.
“Trisy?”
Semua orang sama je!Peristiwa di sekolah tadi kembali menerjah ruang kepala.Cikgu Shawati,Cikgu Rodziah,Miss Foong,Bilik Kaunseling...Segalanya terasa sesak.Semua orang nak bercakap...semua orang nak bising...semua orang nak marah konon nak bagi nasihat...Semua orang nak bertanya tapi tak nak tunggu jawapan...siapa yang nak mendengar nie?!
“What happened?”
“Don’t bother to ask if you don’t bother to care!”Suaranya yang menjawab tiba-tiba tinggi membentak.
Wajah Jade berubah riak. “Kau rasa aku macam tu?” Rendah dia bertanya dengan mata masih belum beralih. “Aku bukannya a psychiatrist or a counsellor who is paid to care.” Dia melepas nafas sambil menggeleng perlahan. “Fine.Sorry for caring.” Toneless lelaki itu menutur sembelum kembali mencapai pensel mekanikal yang tadi tersadai.Lakaran yang tadi terhenti kembali disambung.
Dah terlepas pulak angin aku kat Jade...Dia merengus perlahan.Teragak-agak dia memandang Jade di sebelah.Jade terasa hati?Sejak bila dia pandai nak main terasa hati nie...Jade merajuk?Hish...Jade fed-up?Ngaa...!Liur ditelan. “Sorry.” Kecil dia menutur dengan mata pada sneakers. “Silap channel.” Gumamnya sambil menggigit bibir bawah.
Jade tak menjawab.Pensel di tangan terus berlari.Hanya angin petang yang mengisi ruang dengan bayu lembut berpuput.
Hujung sneakers menguis simen. “Kena panggil pergi bilik kaunseling tadi.” Rendah dia menutur dengan pandangan menekur ke lantai.Hujung jari melukis corak entah apa di lantai simen. “Kena clorox” Sambungnya menggumam. “Macam bosan.”Rengusnya perlahan. “They don’t even bother to care,then why bother to ask...” Pandangannya dialih mengadah langit. “Semua orang nak marah,semua wanted to sound konon pandai sangat nak bagi nasihat,dah semua orang bercakap siapa yang nak dengar?” Dia seolah menutur pada diri. “Yakking all the way,konon nak selesaikan masalah,tapi apa kemenda masalah pun tak nak dengar.Too smart or what?Konon nak bagi nasihat...faham keadaan pun tidak...”
Aku paling pantang kalau orang konon nak bagi nasihat.Aku paling pantang kalau orang bagi aku the ‘you have to live on’ or ‘jangan ikutkan hati sangat’ line.Hello...lain kali kalau nak menyampuk hal orang bagi salam.To play the game,learn the rules.Things’re easier said than done.Semua orang boleh kata ‘live on’...’get a grip’...lalala...yada yada...Take a bite from my plate,chew,telan,then you talk.Jangan pandai-pandai nak buat pandai la kalau tak nak faham.Duh...Gaya macam dah tahu sangat je apa yang aku dah buat untuk tahan semua nie selama nie.Aku fight the urge nak campak pasu bunga tiap kali ibu dengan ayah gaduh,ada orang tau ke?Aku buat macam tak ada apa-apa kalau tak ada orang ingat birthday aku,orang kisah dan puji kata aku strong ke?Aku tahan sensorang dengar ibu ngan ayah lawan Debat Piala Diraja without crying,ada orang nak ambil tahu ke?Aku cuba tahan bagai nak mati dari tak menjerit depan ibu dengan ayah kalau diorang buat hal kat rumah tu,ada orang kisah ke?Dan bila aku buat perangai sikit macam nie boleh pulak nak kata ‘get a grip’.Heh...kalau tak ada grip dah lama aku lari dari rumah.
Lakaran di dada sketchbook dah terhenti.Jade memutar pensel di tangan. “Dan kau rasa aku macam diorang tu?” Pandangannya ditala ke wajah Trisy yang masih mengadah langit.
Dia melepas nafas perlahan. “I’m sorry.” Rendah perlahan dia menutur.Matanya kembali ditala ke lantai simen.Sangat tak adil kalau cakap Jade macam tu,sebab hanya Jade yang nak mendengar waktu orang lain semua sibuk dan tak endah pun nak menadah telinga.Sangat-sangat tak adil menghukum Jade macam tu sebab segala yang menyesakkan dada itu hilang dengan spill pada Jade.Jade tak pernah banyak kerenah nak mendengar dia cot-cet-cot-cet ranting all the way.Sungguh tak adil.Jade tanya sebab Jade ambil berat.Betul?Hati bertanya balik.Whatever.Hati dengan kepala dah masuk mode Debat Piala Perdana Menteri. “I’m sorry.”Ulangnya perlahan.
“Better?”
“Been better.”
“Nak turun bawah?”
Dia mengalih pandang ke wajah Jade. “Nak pegi mana?”
“Nak cotton-candy?” Jade dah bangun.
Firdaus menyanyikan Putaran Kehidupan dari speaker laptop.Trisy bersila bersandar di kepala katil.Matanya merenung kosong entah ke mana dengan telunjuk memintal hujung rambut yang melepasi bahu.Design In Nature yang separuh dibaca dah bertanda dan tersadai di tepi bantal.Perlahan dia menghela nafas. Sungguhlah...bukan mudah.Bukan mudah untuk difahami dan memahami.Dia tau apa yang Pak Su buat siang tadi sebab berniat baik.Tapi bukan semudah itu untuk dia live on macam tak ada apa-apa yang pernah jadi dalam hidup.Bukan semudah itu.Dia bukannya komputer yang boleh dibuat reformation,delete semua fail ingatan yang tak nak,dan hidup semula dengan memory baru.I’m no robot.God...help...Trisy memejam mata sejenak.
Dia rindu Jade.Rindu sangat-sangat.Dia nak bercerita dengan Jade.Nak cerita apa yang dia dah lalui sepanjang tinggalkan KL,tinggalkan rooftop Wisma Topaz.Tak sama bercerita depan mata dengan bercerita di warkah bisu.Dan Jade pun dah tak reply surat-suratnya selama nie.Jade sangat busy.Dengan alasan itu dia memujuk hati setiap kali teringatkan Jade.
Hanya Jade yang faham.Hanya Jade yang boleh kongsi apa yang dia rasa sekarang sebab hanya Jade yang tahu masa lalunya.Takkan nak cerita sejarah kat KL dengan atok ngan opah.Tu suicidal namanya tu.Takkan nak bercerita sesuka hati dengan Pak Su.Pak Su takkan faham sebab Pak Su tak pernah lalui sendiri.Mungkin hanya ada satu pilihan terakhir....
Lambat-lambat dia mencapai buku berkulit keras berwarna biru tua dari bawah bantal.Tapi lain rasanya kalau bercakap dengan kertas bisu dibandingkan dengan bercakap dengan orang,kan?