~~^^
"Aku tanya sikit."
Trisy tak menjawab.Seolah memberi ruang lelaki itu meneruskan kata.Botol mineral water dibawa ke bibir.
"Kenapa dalam planner kau tu..." Wajah Trisy dipandangnya sekilas. "...under 'in case of illness and accident' tu kau tak isi?" Rendah Jade bertanya.Dan memang betul pun.Bahagian personal data dan important numbers penuh berisi.Doctor punya number pun dia list sampai tiga.Tapi kenapa next of kin,nama,phone number,dan alamat yang perlu dihubungi ketika emergency dibiar kosong?
Matanya menala pada merpati yang terbang hinggap di atas satellite dish bangunan setentang dengan mereka.Pertanyaan Jade tak tau nak dijawab macam mana.Sebab tak ada orang akan respond immediately?Atau sebab tak akan ada orang yang menunggu di rumah kecuali Buk Jah?Atau sebab nama next of kin tak membawa apa-apa makna?
"Kenapa?" Rendah perlahan Jade mengulang tanya.Namun hatinya dapat mengagak jawapan sendiri.
Mereka kini sama-sama membuang pandang ke arah orang dan kereta yang lalu-lalang di bawah.Sama-sama berlunjur kaki dengan sebelah ditegakkan,dan belakang badan disandar ke tembok simen.Trisy yang duduk melayan pandang ke seluruh alam dengan Jade yang melukis di sebelah.Bermula dengan random comments. Random ayat.Dan membuka hikayat bicara.
"Trisy?"
Sepi mengisi ruang.Jade memandang Trisy yang seolah leka melihat sekawan burung terbang.
"Jade." Arah pandangannya tak berubah dari dada langit,pada burung yang masih terbang.
"Hmm?"
"Family kau macam mana?" Trisy mengalih pandang dari kawan merpati ke wajah Jade di sebelah.
Jade senyum tawar segaris. "Kenapa kau tanya?"
Jungkit bahu. "Entah."
"Aku tanya kau dulu."
Trisy ketawa datar sambil membawa botol mineral water ke bibir. "My family is as good as no family at all." Selamba dia menutur.
"Kenapa kau cakap macam tu?"
"Truth." Trisy menjungkit bahu off-handed. "Kalau nak ikut fact,aku ada la parents..." Kepalanya dicondong ke kiri seolah memikir. "Two sis and a bro.Aku youngest.Kau?" Dia memandang Jade di sebelah.
Jade membetulkan letak cermin mata sambil melontar pandang ke arah gunung yang sayup. "Parents,two brothers."
"Kau anak sulung?"
Geleng.Jade ketawa tawar. "Jaded in the middle."
Trisy senyum segaris.Dia kini menarik kedua belah lutut ke tubuh.Dagunya disangkut ke situ. "Kau belajar lagi?"
"Aku buat diploma."
"In what?"
"Mass comm." Malas Jade menjawab.
"Whoa..." Trisy angkat kening. "Kira semalam kau blah awal sebab pergi kelas la?"
Jade menggeleng.Bibirnya sengih sumbang. "Tak.Aku pergi jual burger."
"Waa..." Trisy ketawa bertepuk tangan. "Coolio gila!Aku lepak stall kau la lain kali."
"Jangan nak buat kacau."
Trisy buat muka sambil menjungkit bahu. "OK..." Dia memandang jam.Almost time. "Esok kau datang sini?" Pandangannya beralih pada Jade.
Jade berpaling ke arahnya. "Kenapa?"
Trisy jungkit bahu. "Entah.Macam best je sembang dengan kau." Jujur ikhlas dia memberitahu. "Better aku sembang dengan kau dari dengar cikgu tuisyen aku tu merepek ntahapapantah."
"Kau lepak sini selalu tu sebab burn tuisyen la?"
Angguk.
"Tengok la esok kalau aku ada.Tapi kau jangan buat hal nak pengsan lagi.Mengah kau tau tak nak bawak kau turun bangunan empat tingkat nie."
***
"Hey,Jazz."
"Hey." Suara di hujung talian menyambut. "Apahal kau call?"
"Bosan." Dia menekan remote control.Tubuhnya disandar ke kepala katil dengan kaki berlunjur.Channel bertukar macam pages kena flip.
"Mak dengan ayah mana?Tak de kat rumah?"
"Does it matter?" Trisy menjulingkan mata. "I only like them when they give me cash,and when they're away.At least rumah nie tak bising."
"Diorang bising lagi ke?"
"When they didn't,maybe time tu dah kiamat." Selamba Trisy menutur.
"Sebab tu la aku malas balik.Buat sakit kepala je." Jazz merengus perlahan. "Rina dengan Tati ada balik?"
"Harap.Busy clubbing macam kau jugak la.Konon masuk kolej.Heh.Belajar sangat la."
"At least kitorang dah habis sekolah.Kau tu jaga-jaga sikit."
"Yeah...whatever." Trisy menjulingkan mata.Channel di TV beralih dari The Drew Carrey Show ke video clip Elton John. "Jazz,kau tak nak balik ke?"
"Aku busy."
Macam selalu.Semua orang busy.Semua orang tak kisah tak peduli.Ada mak bapak abang kakak pun tak bawak meaning apa-apa other than supply rumah,makan dengan duit."OK la.Aku nak tidur dah nie.Esok sekolah."
"OK.Chow."
Talian dimatikan.Handset dicampak ke lantai.Remote ditekan lagi.Video clip Metallica-Enter Sandman baru nak mula di Channel V.Suits it.
Say your prayers little one
Don't forget my son
To include everyone
I tuck you in
warm within
Keep you free from sin
'til the sandman he comes
Remote control dilepas ke katil.Dia mencapai botol mineral water di atas night table.Laci paling atas dibuka.Paket pastik putih itu ditariknya.Matanya memandang jam.Hampir pukul 11 malam.Tablet merah jambu itu dikeluarkan sebiji.Ditelan senafas dengan air.
Sleep with one eye open
Gripping your pillow tight
Ini baru namanya lullaby aku.Tubuhnya dilungsur agar berbaring di katil.Letak bantal dibetulkan.Homework Sejarah dan Kimia ada dalam beg.Heh!Sejak bila Batrisya Mazni buat homework?Mata dah mula terasa berat.Trak gergasi yang melanggar katil dan mengejar orang di tengah skrin dah nampak fuzzy je.
Exit light
Enter night
Take my hand
We're off to never never land
Goodnight,Trisy.
Dan dia hanyut ke Neverland dengan TV dan lampu yang terpasang hingga ke pagi.Satu,kerana dia dah tak sedar diri dibawa lena.Dua,kerana tiada yang menjenguk biliknya untuk mengucap goonight atau sekadar checking.
It's called normal di rumah itu.
Posted at 07:15 am by hlovate
 |  |  |
dr afif June 11, 2009 11:22 PM PDT
hlovate...masuk la balik part 1 n 2...
i really want it.....
pleaseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee...im begging u hlovate... |
 |

 |  |  |
ima May 1, 2009 02:49 AM PDT
best!!!! die pown slalu kena pinggir... aphal family sia sebnanye??? |
 |

 |  |  |
Nazo March 21, 2009 06:39 AM PDT
aku bleh bayang caner prsaan trisy... |
 |

 |  |  |
myr@ December 22, 2008 11:49 PM PST
HYE....cian nyer kt trisy 2 dh ler gurlz pastu tinggal alone.x bahaya ker? |
 |

 |  |  |
ciknaga encik rimau December 4, 2008 07:32 AM PST
sedihnye kalau ciknaga jadi cam nie...but now i`m alone..:( |
 |

 |  |  |
abc+123 July 2, 2008 05:39 PM PDT
hurmm...
hlovate cam tukar angin je nampak...
tp paper pun,all your story still da best...
best woh...
sambil bacer sambil layan nasyid kot youtube or imeem or whateva la...
thanks ya hlovate..
this ain't not kidding... |
 |

 |  |  |
miera June 2, 2008 06:37 AM PDT
it's interesting....
karya hlovate mmg interesting!! |
 |

 |  |  |
skunk April 11, 2008 06:19 PM PDT
touching..cian dkt trist tue..lonely gurz |
 |

 |  |  |
mikah February 14, 2008 01:04 AM PST
know wht?
chocs n juice r my daily supplement 2.
cadbury black forest + peel fresh apple with AV. |
 |

 |  |  |
farhakete February 9, 2008 08:43 AM PST
wah duhh...... lonly girl in big city.... mak pak bezy making money... anak2 bezy abiskan money..... |
 |

 |  |  |
me June 4, 2007 09:38 PM PDT
hmmmm....cian...no meaning |
 |

 |  |  |
dr_ecah May 12, 2007 10:27 PM PDT
its comment things happen to this type of people..
same with me but atleast trisy just hypo i'm having prolapse disc and the past whole year admitted to hsptl..
nasib baik abah ade my mom siap mrh2..
pmr tahun lps result pun hancur.
now f4 kena studi hard for spm..
biology is tough but for the sake nk tunjuk kt my mum i can do it and i can go overseas.. kna tunjuk the best.! |
 |

 |  |  |
Namy89 February 14, 2007 01:32 AM PST
ciannya kat Trisy tu x de ke org yg ambil berat hal dia selain org gaji. |
 |