Tangannya lambat-lambat menyelak helaian muka surat Experimental Biochemistry.Dawud Wharnsby Ali tengah menyanyi Sing,Children of the World di telinga.Tapi kepala tak pusing ke mana,ke buku tidak,ke lagu pun tidak.Entah apa niat awalnya membuka buku setebal seinci setengah itu pun dia dah lupa.Trisy melepas nafas perlahan.Hujung jari tanpa sedar menggendang muka meja.
Definitions of acid....proton donor...accept electron...Strong acids ionize hundred percent in water...weak acids ionize partially...key point...reversible equation...Yada...yada....lala...lala...
Jade.
Trisy menggeleng laju.Acid and base...acid and base...Baca acid and base,Batrisya.
Whlist the definitions of base...proton acceptor...electron donor...like acid,strong bases ionize fully in water.The reaction between acid and base will produce...
Jade.
Tanpa sedar dia menghela nafas perlahan.Memang tak boleh nak concentrate.Trisy memejam mata sejenak.Cepat la weekend...aku nak balik KL!Pak Su dah janji nak bawak aku balik KL...
“Apa dia?!”
“Trisy nak balik KL.” Toneless dia menutur.
“Bila?”
“Malam nie kalau boleh.”
Kening Azwan terangkat tinggi mendengar suara Trisy yang monotonous tanpa nada.Dah macam robot. “Trisy,kenapa?” Rendah perlahan dia bertanya.Trisy dalam keadaan yang bukan membayangkan anak saudaranya tu nak balik KL sebab rindu ibu ayahnya.Azwan tak perlu jadi rocket scientist untuk menelah keadaan dari nada suara gadis itu. “Trisy?”
Diam seketika. “Artwork Jade tak keluar Hah ha bulan nie...” Akhirnya kecil suara Trisy menutur dari hujung talian sebelah sana.
Dan Pak Su tanpa banyak kata terus je setuju nak bawak dia balik KL hujung minggu nie.
Hujung jemari tanpa sedar memutar pen di tangan.Buku Advanced Mathematics terbuka luas di atas meja namun mata tak mahu juga ke sana.Mata tak mahu beralih juga dari meja di sebelah bahagian Sastera Melayu tu.Merenung gadis berbaju kurung merah bata bertudung putih itu sesekali berkerut dahi dan menggeleng kepala sendirian.Dan entah kenapa Lekiu yakin Batrisya Mazni bukan dikusutkan dengan Experimental Biochemistry yang terbuka di hadapannya.Sejak dari Ahad lepas,selepas membaca majalah entah apa yang dibelikannya untuk Trisy,gadis tu dah macam kena sampuk dengan penunggu busut.Berjalan keliling macam bukan dalam alam nie dah.Detached.Air muka pun nampak kusut keruh seolah dihantui masalah negara mengalahkan Pak Lah.
Tapi kalau balik KL...maknanya nanti jumpa ibu,jumpa ayah,silap-silap jumpa Jazz,jumpa Tati,jumpa Rina.Aku tak nak jumpa diorang...Tapi at least boleh jumpa Buk Jah.Satu suara lain di dalam kepala menutur.Dah lama tak jumpa Buk Jah,kan?
“Batrisya.”
Mata terhenti dari berlari di atas baris ayat yang entah apa maksud tak tercerna dek kepala.Lambat-lambat Trisy mengangkat muka.Hidupan dari alam mana pulak yang datang mengacau nie...?
Lekiu berdiri di hadapan mejanya.
Kening Trisy terangkat sebelah merenung anak muda itu.Kenapa pulak Hang Lekiu tiba-tiba datang menjunjung sembah nie?
“Awak...busy?” Teragak-agak Lekiu menutur setelah antara mereka diselangi sunyi.
Lambat-lambat Trisy mengangguk tanpa sepatah kata.Fikiran sebenarnya tak boleh nak berpusing pun.Mata sekadar merenung kosong.
“Weekend nie awak busy?Saya nak bincang pasal Art Attack punya surat nak hantar ke....”
“Saya balik weekend nie.” Trisy dah menutur dulu sebelum Lekiu menghabiskan ayat. “Sorry.Mungkin awak boleh discuss dengan Laili atau Yuen Lai.” Suaranya datar rendah tanpa perasaan.
Lekiu merenung wajah gadis di hadapannya itu.Tiada riak yang dapat dibaca.“Awak...ada masalah?” Tiba-tiba dia bertanya.Rendah perlahan singgah ke telinga.
Kening Trisy terangkat sebelah.Sinar matanya menghantar isyarat amaran. “That,is for me to know.” Dia menutup buku. “And not for you to find out.” Masih dengan suara tak berperasaan dia menjawab.Dia menolak kerusi ke belakang sambil bangun dan mencapai barang-barang. “End of conversation.” Trisy dah melangkah ke arah pintu library meninggalkan anak muda itu di belakang.
***
“’Lo.”
“Jazz.”
“Heya.Kau kat mana nie?”
“Seremban.” Trisy memutar pen di tangan. “Weekend nie balik KL.” Tanpa riak dia memberitahu.
“Kau balik KL?” Kening Jazz terangkat tinggi. “Apahal kau tetiba nak balik nie?Bukannya ada orang pun kat rumah tu.”
“Ada hal.” Trisy malas mengulas lanjut. “Jazz,Jason pakai number dia yang lama lagi ke?Ke dia dah tukar.”
“Last time I checked,yang tu jugak.”
“Office kat tempat lama?”
“Think so.Apahal kau cari Jason pulak nie?”
“Nak cari orang.” Ironi petala ke lapan.Balik ke tempat asal bukan nak mecari darah daging,tapi sebab nak mencari orang asing.
“Ibu dengan ayah tau kau nak balik?”
“No.”
Jazz ketawa tawar. “Thought so.Last aku dengar kata ayah pergi Medan,ibu kat Langkawi.”
“When was that?”
“Entah.” Jazz sengih sumbing.
“Buk Jah ada kat rumah,kan?”
“Ada.Baru kelmarin aku balik rumah.”
“Kau balik rumah?!” Trisy terkedu.
“Rumah tu sekali-sekala balik seronok jugak bila dah tension kerja tu.Tapi bila tak ada orang kat rumah la.Kalau ada ibu ngan ayah jangan harap aku nak balik.” Datar tanpa perasaan Jazz menutur. “Kau apa cerita kat sana?Lama aku tak dengar berita.”
Macam terasa kekok semacam bila tiba-tiba nak bertukar khabar macam nie.Trisy membetulkan letak leher baju. “OK.” Diam seketika. “Rina dengan Tati apa cerita?”
“Well....” Jazz menolak kerusi berodanya dari depan meja kerja ke tepi katil. “Rina sekarang berkepit dengan anak konsulat Denmark,Tati macam biasa buat club-hopping 24/7.Nothing new.”
“Jazz?”
“Hmm?” Jazz melontar tubuh ke katil.
“Kau agak-agak ibu dengan ayah nak file divorce ke?” Teragak-agak Trisy menutur.Kecil suaranya bertanya.Tapi pada siapa lagi yang terbaik untuk ditanya soalan itu?Takkan nak tanya Buk Jah?Takkan nak tanya atok opah?Soalan cepumas yang dah berkurun dibuat jeruk dalam hati.
“Kenapa tiba-tiba tanya?” Jazz melepas nafas perlahan. “Kau rasa?”
“Aku tatau.” Antara terdengar dan tidak Trisy menjawab.
Jazz diam tak bersuara seketika. “I’m sorry for you,baby.” Dia menghela nafas panjang. “It must’ve been hell,huh?”
Trisy diam menggigit bibir. “And all of sudden I’m ten again?” Dia memaksa ketawa. “When was the last time you called me baby?”
“Right before you finished sekolah rendah.” Jazz sengih tawar. “Kau kata kau dah besar bila dah nak masuk sekolah menengah.Dah tak nak orang panggil baby.”
Trisy menekan pangkal hidung dengan ibu jari dan telunjuk.Tanpa sedar dia menggigit bibir bawah.Jazz ingat?
“Sorry for not being there.” Rendah perlahan Jazz menutur.
Trisy mengadah siling.Mata terasa hangat tiba-tiba. “I live.” Antara terdengar dan tidak dia menutur.
“Barely.” Balasan Jazz suatu pernyataan,bukan pertanyaan. “Aku tau sebab apa ibu dengan ayah hantar kau pergi Johor duduk dengan atok ngan opah.Aku tanya Buk Jah.” Diam seketika. “Kadang-kadang aku regret tinggalkan kau sorang-sorang kat rumah tu,endure semua benda tu sensorang.Tapi aku tak ada kuasa pun nak bawak kau keluar dari rumah tu kalau aku rasa macam mana pun.”
Trisy menala pandangan ke pintu.Irah tak balik lagi dari ko-op.Matanya kemudian kembali dibawa ke meja.Jatuh pada bingkai gambar di situ.Dia,atok,opah dan Pak Su di Kukup.Bibir tanpa sedar mengukir senyum pahit.Tader pun gambar dengan ibu,ayah,Jazz,Rina ngan Tati.Kalau geledah kotak-kotak lama kat rumah tu mungkin ada la kot gambar zaman dulu-dulu tu.Kita tak ada gambar keluarga,huh?
“So,kau balik KL nie tidur sana ke cemana?”
Suara Jazz menyentak lamunannya kembali ke alam nyata. “Nak balik hari je rasanya.” Trisy membetulkan suara.
“Okay.All the best untuk study then.”
“Thanks.”
Jazz dah mematikan talian sebelum sempat dia mengucap salam.
Trisy meletakkan handset dia atas meja.Kedua belah tangan kemudian meraup wajah.Patut ke aku balik KL?
*
“That,is for me to know.And not for you to find out.’
Tak pernah terlintas terfikir pun di kepala yang Batrisya boleh bercakap macam tu.
“End of conversation.”
Lagi la tak pernah terbayang seorang Batrisya yang dipandang dari jauh sejak dulu boleh keluar aura lagi sejuk dari ais bawah laut,dengan mata memancar sinar amaran bara ungu yang bukan main-main tandanya.Dan dengan gaya final note yang macam tu.
“Irah,dia tu kenapa sebenarnya?” Lekiu mengalih pandang pada Irah yang tengah memilih roti dari rak kedai-koperasi tu.
Irah melepas nafas perlahan sambil menggeleng. “I’ve no idea.”
“Takkan room-mate sendiri pun tak tau kot.”
Memang la kadang-kadang kalau nak bercakap dengan Lekiu Luqman nie macam bercakap dengan budak tiga tahun!Kena sebut sepatah-sepatah dan ulang 88 kali.Itu tu belum tentu dia nak faham! “Lekiu...dah 88 kali aku kata....”
“....dia jenis tak suka cerita.” Lekiu dah menyambung dulu.
“Tau pun.” Irah menjulingkan mata sambil mencapai sebuku roti. “Tapi lagi mau tanya.”
“Aku kena sedas dengan dia petang tadi,dowh.” Lekiu buat muka. “Tercalar aku dibuatnya.”
Lipat maut Irah memandang Lekiu dari barisan roti di depannya. “Kau buat apa?”
Lekiu hanya menjungkit bahu. “Aku cakap dengan dia aku nak ajak dia discuss pasal Art Attack,lepas tu....”
“Sebenarnya kau guna Art Attack tu buat bahan nak cakap dengan dia je kan....” Irah dah memotong dulu.
“Well....yes...” Lekiu mengangguk. “Tapi tu bukan cerita pokok.Ceritanya kat sini,dia kata dia sibuk....”
“Dan sejak bila pulak kau tak faham perkataan sepatah tu?”
“Dan dia kata weekend nie dia balik.” Kata-kata Irah dibuat tak dengar. “Aku tanya la dia,dia ada masalah ke sebab aku tengok dia semenjak-dua menjak nie down semacam je.Lepas tu dia kata....”
“Pergi tengok cermin?” Irah manrik senyum sumbing.
“Bukan la.” Lekiu buat muka. “She said, ‘that’s for me to know and not for you to find out.”
“Ouch.Burn.” Irah buat muka kesian tak ikhlas.
“Tak cukup dengan tu,dia tinggal aku terkulat-kulat kat meja tu dengan final words...”
“Apa?”
“....end of discussion.”
“Ouch.That’s third degree burn.” Irah menahan senyum yang menarik pinggir bibir.Baru la kot Lekiu nie bertemu buku dengan ruas.Go,Trisy! “So,kira kau nak give-up on her la nie?”
“Give up?!” Bulat mata Lekiu. “Mesti la tak.”
Ek?!Tadi kata dah sampai tercalar-balar.Irah merenungnya dengan kening terangkat sebelah meminta penjelasan.
“That kind of sassy attitude...” Lekiu sengih mengangguk. “...can outdo Angelina Jolie ten times over.”
Irah rasa nak hantuk kepala ke rak roti.Betul la budak nie tahap pemahaman macam budak tiga tahun.