~hlovatulis:carpal tunnel syndrome~

Image hosted by Photobucket.com
   

<< December 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31

~BLOG TROTTER~

.:~hlovate's cerita~:.

~hlovate's hikayat~

~hlovatulis~

~hlovatalk~


~FAQs~

~~a moment~~




creep~street symphony

"...antara Fender dan warna-warna...
...antara muzik jalanan dan jalan cari Tuhan...
...ini cerita orang-orang itu...
....ini cerita masa lalu..."
|i||ii||iii||iv||v||end||wrap-up|

rooftop rant
"...lontarkan...
...kalau tidak ia meracun...
...kongsikan...
....walau hanya pada awan-awan..."

Part I
|1||2i||2ii||3||4||5||6||7||8i||8ii||9||10||11i||11ii||12||end|
Part II
|1||2i||2ii||3i||3ii||4i||4ii||5||6||7i||7ii||8||9||10||end|
Part III
|1||2i||2ii||3i||3ii||4||5i||5ii||6||7||8||9||10||11||end|

komik bidadari besi

|open||i||ii||iii||iv||v||vi||vii||viii||ix||x||end||close|

anthem

"...everybody has a past...
...everybody lives a present...
...everybody deserves a future...
...that was I and this is me..."


VERSUS
"....Minn..AO...and the sun....
....the past vs the present...
...skate and the street...changes and turning points in life....
...everything is under His will....."


Ked's Story
...Ked...Hadiah...Nawal...a lady....a romeo...a skater...
.....Florida-Virginia....
....everything is okay in the end.if it's not okay, then it's not the end....

GT_i~Trilogy

GreaTroubleMaker_i
"....heyday of the honeymoon year...
...Form4,Kolej Tunas...
....Addin and the GT_i....."

GreaTroubleMaker[i'm a senior]
".....enter the SPM year...aarrrggghhh....
.....budak jenayah bertemu buku dengan rak bukunya....
.....ice vs ice...ferum vs aluminium....
...Addin Shah vs Benz Alif...."

GT_i[i'm outta teens]
".....i want to have nothing to do with him..."
"...knowing a Didi and an Addin..."
"...changes of equation...
from Addin Shah vs Benz Alif=Didi+Benji..."


5tahun5bulan
".....a Plain Jane's diary....
....growing up and learnin ain't easy...
...not another mere fuzzy-mushy entries...
...antara Sultan Mansur,Jebat dan Hang Li Po,it's just part of the story...."


Schubert's Serenade
"...kasih sayang...
...ada di mana-mana...
...untuk semua...
....untuk sesiapa je yang mencari..."







rss feed



Dec 22, 2006
rooftop rant[II]~end

           “Yes,you cari siapa?”

 

          Trisy senyum segaris.Senyum hormat. “I cari Jason.Dia ada?”

 

          “Ada buat appoinment dengan dia?” Lucy menyemak planner yang terbuka di depannya.

 

          Trisy geleng. “Tak.Tak ada.”

 

          “Nanti sekejap ye,I try tanya dia kalau dia tengah free.” Lucy senyum sambil mengangkat telefon.

 

          Trisy senyum balik.Mesti Lucy dah tak kenal aku.Tapi ye la Trisy,kalau kau letak gambar kau dulu bersebelah dengan gambar kau sekarang,ada la beza macam Greenland dengan Gurun Kalahari.Silap-silap kalau terjumpa dengan Jade pun Jade tak kenal kau.

 

          “I’m sorry,what’s your name again?”

 

          “Trisy,Batrisya.Adik Jazz.”

 

          Lucy mengulang pada telefon.Kemudian mengangguk. “Alright.” Dia mengangkat muka memandang Trisy dengan senyum segaris. “The first door on your left.”

 

          “Thanks.” Trisy mengukir senyum terima kasih sebelum melangkah ke pintu bilik Jason.Pintu oren itu diketuk perlahan sebelum dia memulas tombol pintu. “Heya,Jason.”

 

          Jason mengangkat wajah dari kerja entah apa di meja. “Freakin’ frappucino...” Rahang bawahnya jatuh tanpa sedar.Orange-tinted glasses di atas batang hidung ditarik dari wajah. “Are you sure you’re Batrisya or you’re the alien who possessed her body?” Spontan dia menutur tanpa berfikir.

 

          Trisy menjulingkan mata sambil melangkah masuk. “Haha.Humour me,Jason.Lawaknya kau hari nie.” Ujarnya dengan sengih tawar.Sekilas dia memandang keliling bilik sebelum duduk. “How’s life?”

 

          “Are you really sure you’re Batrisya?” Kening Jason yang terangkat tinggi masih tak turun.

 

          “Yes.” Trisy malas nak memanjangkan mukaddimah. “Aku nak cari Jade.Dia ada?”

 

          “Eh,you tak tau?”

 

          “Tak tau apa?”

 

 

 

 

 

          Trisy menghela nafas panjang.Lambat-lambat pintu pejabat itu dibuka.Lima pasang mata dari meja-meja bersusun beralih ke arahnya.Tanpa sedar dia menelan liur dengan wajah ditampal senyum plastik.Mana meja receptionist?

 

          “Ye,cik?Ada apa yang boleh kami tolong?” Satu suara tiba-tiba menegur dari water-dispenser di sudut kirinya.

 

          Teragak-agak Trisy berpaling dengan tangan masih di tombol pintu.Teragak-agak juga dia nak membuka mulut.

 

          “Tapi salesman or saleswoman isn’t allowed here.” Anak muda yang memegang cawan plastik itu dah menutur dulu dengan senyum mengusik.

 

          Mata Trisy mencerun.Ek ena mamat nie...Backhand sekali karang free je.Muka aku ada muka salesperson ke?Jual apa?Jamu? “Saya cari orang.” Rendah datar Trisy menutur. “Jade ada?”

 

          Wajah lelaki itu berubah.Tanpa sedar lima pasang mata sekali lagi beralih ke arahnya.Trisy sedikit bingung.Apahal gaya diorang macam aku sebut nama Jade tu ala-ala Voldemort dalam Harry Potter?Dia kembali memandang lelaki itu yang kini merenungnya atas bawah.

 

          “Awak cari Jade?” Rendah perlahan dia bertanya dengan mata masih belum beralih dari wajah Trisy.

 

          Angguk.

 

          Seketika lelaki itu tak menutur apa-apa.Pandangannya jatuh pada cawan plastik di tangan.Kemudian pada rakan seangkatan di meja masing-masing yang masih memandang dia dan gadis itu silih berganti.Menanti reaksinya.Perlahan dia melepas nafas.Sungguhlah... Lambat-lambat dia mengangkat muka. “Awak Trisy?”

 

          Kening Trisy sedikit berkerut.Namun mengangguk juga.

 

          “Batrisya?”

 

          Angguk lagi.

 

          “Wak Duku.” Lelaki itu tiba-tiba menutur padanya.

 

          Huh?!Nama spesis pekenama tu?Tapi tak tau nak buat reaksi macam mana.Dia hanya mengangguk je.Takkan nak gelak guling-guling kat sini kot.Lagi satu...mana dia tau nama aku?Aku pakai name-tag ke?Tader...Ada tertulis ke kat muka nie nama aku Batrisya?Tader... “Jade ada?Saya nak jumpa dia.” Rendah perlahan Trisy mengulang.

 

          Lelaki di hadapannya kini meletakkan gelas plastik di tangan ke atas meja dispenser. “Ikut saya masuk office.” Rendah dia bersuara sambil melangkah ke arah deretan pintu.Seketika dia berhenti dan memandang ke belakang,menunggu Trisy.

 

          Teragak-agak Trisy ikut sama melangkah.Kalau jadi apa-apa...aku jerit je kuat-kuat tahap giga bagi Pak Su dengar kat bawah.

 

          “Tapi...” Wak Duku memulas tombol pintu biliknya dengan pandangan singgah ke wajah Trisy. “Jade dah tak ada kat sini sebenarnya.”

 

          Langkahnya mati tiba-tiba. “Habis tu dia sekarang kat mana?”

 

          “Awak masuk dulu,kita cerita.” Wak Duku menolak daun pintu dengan pandangan masih pada gadis yang masih terpaku itu. “Panjang ceritanya.”

 

 

          ***

 

 

          Lambat-lambat dia menapak mendaki tangga karat berlapuk yang berkulat masam bahana dimamah usia itu.Masih seperti dulu.Masih tak berubah. Hujung jemari tangan kanan berlari meniti pemegang tepi tangga menghala ke atas yang karat dan dah tak nampak warna asal. Segala macam jenis perasaan terasa berbaur tanpa diajak.Segala jenis macam memori,kenangan dan ingatan menerpa tanpa mampu ditolak.Dia masih belum menjejak rumah.Namun langkah mahu dihala ke sini juga sebelum ke mana-mana yang lain.Kerana semua tempat yang perlu dituju dulu semuanya dah dijengah tanpa jumpa apa yang dicari.

 

          “Sebelum kau datang lepak sini dulu.....”

 

          Dia hanya menanti Jade meneruskan ayat.

 

          “....kau tak pernah terfikir ke nak takut ke datang sini sorang-sorang.Entah kot sini tempat berhantu ke,sarang penyamun ke,sarang mat pit,ke sarang mat gian ke,sarang kongsi gelap ke....”

 

          Trisy menggaru kepala yang tak gatal. “Bila kau sebut baru aku terfikir.”

 

          Jade menepuk dahi. “Batrisya....” Dia menggeleng sambil merengus perlahan. “....kau nie betul la macam bom jangka.Kau nie memang buat keputusan tak pernah pakai kepala ke?Kau pakai kepala lutut je?”

 

          Dia menendang hujung kasut Jade dengan kasutnya. “Nak kata aku tak cukup IQ la tu.” Trisy mencebik. “Ingat aku tak fikir langsung ke?”

 

          “Apa yang kau fikir?”

 

          “Aku nampak ada orang kat sini masa aku tengah tuisyen dulu.Aku tau la ada orang.Dan orang yang aku nampak tu satu je.Aku tau la nie bukan tempat orang buat port.” Trisy melambung-lambung botol air. “Lagi pun....”

 

          “Lagi pun....” Jade menanti dengan kening terangkat sebelah.

 

          “Lagi pun I’ve nothing to lose.” Trisy menjungkit bahu. “And nobody cares.So sue me.”

 

          “Batrisya....”Suara Jade bergetar amaran.

 

          Dan lepas tu kena lecture lagi.

 

          Dia kini berdiri di muka pintu yang ternganga luas menghala ke rooftop itu.Pandangannya menyapu keliling.Angin yang bertiup seoah memberi salam menyapa dengan membuai hujung kain baju kurung di kaki.Masih seperti dulu.Masih tak berubah.Sayup deru kenderaan di jalan bawah masih kedengaran seperti dulu.Gagak-gagak yang berterbangan masih galak memanggil kawan.Cuma ada satu yang beza.

 

          Tempat itu dah tak lagi berorang.

 

          Tekak terasa makin berbuku.“Nanti...kau jaga la tempat lepak nie baik-baik.” Trisy memandang Jade sekilas.Tekak terasa makin kesat untuk bersuara. “Kalau aku balik nanti tempat nie jadi sarang gagak,siap la kau aku campak ke bawah.”

 

          Jade ketawa. “Not if aku campak kau dulu.”

         

          Jade dah tak ada kat sini.

 

          “Trisy lepak kat sini?” Bulat mata Azwan.Memang tak boleh dibuat main anak sedara aku nie...

 

          Suara Pak Su menariknya semula dari kolam ingatan.Lambat-lambat dia berpaling memandang Azwan yang dari tadi mengikut di belakang.Perlahan dia mengangguk kepala.Kepalanya kembali ditala ke hadapan.Memandang tembok batu bisu yang menjadi saksi kepada seribu satu cerita,yang menjadi pendengar ketiga kepada seribu satu bicara.

 

          Azwan memandang keliling.Tak pernah terlintas di kepala Trisy boleh menjejak tempat macam nie.Sendirian pulak tu.Bila berteman,lelaki la pulak yang menjadi teman.Allah...

 

          “I’m so gonna miss you,girl.” Jade mengukir sengih tawar.

 

          Hari yang esoknya dah nak berangkat ke JB.        

 

          “Cheesy la you.” Trisy sengih sumbing. “Pergi terjun bangunan la.”

 

          I miss you big time,Jade.Pandangannya masih memaku pada tembok batu itu.

 

 

          “Jangan bagi parents kau susah hati dah.”

 

          “Kau pun.”

 

          “Jangan pukul orang.”

 

          “Diorang yang cari pasal dulu la.”

 

          “Jangan bunuh diri.”

 

          “Stupid!” Kaki Jade ditendangnya dengan hujung sneakers.

 

          “Jangan buat bukan-bukan.”

 

          “Hmm.”

 

          “Jangan lari dari rumah tengah-tengah malam.Aku tak pernah gi JB,mana aku tau nak cari kau kat mana nanti.”

 

          Dia hanya sengih tawar.Betul...memang Jade banyak sangat membantu.

 

          “Don’t do pills.”

 

          “Right.”

 

          “Jangan smoke.Say ‘Tak Nak’.”

 

          “Tak nak.”    

 

          “Study elok-elok untuk SPM tahun depan.Kau budak bijak.”

 

          “’kay...”

 

          “Remember Trisy,to live well or live hell,you choose.”

 

          “Ai ai,Sir.”

 

          Aku pegang janji,Jade.Semua tu aku tak buat.Tapi kau tipu.Kau kata kau nak jaga tempat nie.Tapi kau tinggalkan tempat nie.Sekarang kau dah tak ada kat sini.Cecair bening tanpa sedar meleleh dari hujung mata menuruni pipi.

         

          “Trisy?” Terdengar perlahan suara Pak Su memanggil.

 

          “Hmm?” Sebelah tangan mengesat air mata yang mula menganak sungai di pipi.

 

          “Janji dengan Pak Su Trisy takkan pergi tempat-tempat macam nie in the future.” Lembut Azwan meminta. “Please.” Apa saja boleh jadi.Apa saja.

 

          “He’s not here anymore anyway.” Trisy menutur rendah. “He’s not here to save me anymore anyway.” Air matanya ditahan dari mengalir terus. “I was there that night.” Dia menunjuk ke arah tembok batu si saksi bisu dengan suara tertahan. “He came and saved me from myself.”

 

          Azwan hanya diam membiarkan Trisy bersuara.

 

          “Macam lawak.” Trisy memaksa ketawa tawar. “Dia yang susah payah cari Trisy,dia yang bawak Trisy pergi hospital,dan dia yang jenguk Trisy tiap-tiap hari kat situ.” Bibirnya mengukir senyum sumbing. “There’re times when strangers are like family,and family are like strangers.” Dia menghela nafas panjang sambil sedikit mendongakkan kepala mengadah langit.

 

          “Trisy,apa yang Trisy buat sebenarnya?” Hati-hati Azwan menutur bertanya.

 

          “Overdose.” Seolah memberitahu harga minya masak Trisy menutur dengan mata masih menala ke langit.

 

          “Did you cut yourself?”

 

          Trisy berpaling lipat maut ke arah Azwan.Riak wajahnya beku dengan sinar matanya memancar amaran.

 

          Pak Sunya hanya merenungnya kembali.Masih menanti jawapan.

 

“Pak Su ingat jahil-jahil Trisy nie...IQ rendah sangat ke sampai nak buat macam tu?” Dingin suaranya bertanya semula.

 

          “Trisy...” Kalau suicide attempt pun pernah buat,cutting is not a suprise.

 

          “See?You’re being judgemental?!” Suara Trisy naik tiba-tiba.Macam boleh baca je apa yang melintas di kepala Pak Sunya. “Just sebab Trisy pernah cakap Trisy abuse ubat,Pak Su assume Trisy buat benda lain jugak!Pak Su sama je macam orang lain!You and your goody act!”

 

          “Trisy...” Suara Azwan bergetar warning.

 

          “Pak Su sama je macam orang lain.” Trisy mengulang.Mata kembali terasa panas. “Sama macam orang lain....” Air mata kembali jatuh juga ke pipi. Jade....kenapa mesti kau pergi jauh?

 

          “Trisy...” Suara Azwan berubah nada.Perlahan dia melepas nafas. “Pak Su minta maaf.”

 

          Trisy menggigit bibir bawah dengan untai mutiara itu masih berjujuran menuruni pipi. “Bila Jade nak balik sini,Pak Su?”

 

          Nyata dia tiada jawapan untuk soalan itu. “Trisy,kita balik rumah dulu,kay.Kita jumpa Buk Jah dulu.Then kita balik.” Azwan meraih bahu Trisy. “Sekurangnya Jade ada tinggalkan pesan.”

 

          Dan tembok batu bisu itu sekali lagi menjadi saksi kepada satu lagi cerita.

Posted at 07:30 am by hlovate

Name waheeda
November 8, 2008   07:10 PM PST
 
where is jake??! gone 4ever or what??? miss him already la!!!
ryo
October 4, 2008   02:19 AM PDT
 
aku dah leleh nih......
ila
August 1, 2008   08:14 AM PDT
 
sedih giler part ni...
NDS
July 1, 2008   10:45 PM PDT
 
part 2 pasal trisy... part 3 jade... so?ending?xda ag?*-*
zaturn
May 23, 2008   11:16 PM PDT
 
uuUh..mne jade *leleh beb*

nak jade je..WaAA~
miss_ferrero
February 16, 2008   02:45 AM PST
 
the most sad part..
ZURA
January 7, 2008   07:15 PM PST
 
hlovate....maner jade..?
yaya
November 27, 2007   11:59 PM PST
 
hlovate...lu wat gua leleh r...
kuchiki_rukia
November 5, 2007   10:45 PM PST
 
jade p mana??????
apasl aq rasa prasan yg ntah ape2 ntah nie>?????????
aielemocnian
December 26, 2006   09:24 PM PST
 
argh... aku leleh baca part nih... ces... ampeh ko... hehe...
biskuk
December 24, 2006   02:21 AM PST
 
alamak tak pahamlah ending...xtahan ler ending gini..tu pasallah sy suker baca cerpen yg dh siap dgn sending selalu..sket jiwa nk tunggu entry demi entry..hehehe...bg sesiapa yg xsabar mcm sy nie,baik baca cerpen yg dh siap dgn ending..
rebena
December 23, 2006   07:45 AM PST
 
oh pls! jgn bawak jake ku pergi~
wan nadhira
December 23, 2006   03:01 AM PST
 
jade pergi selamanya or wat??
i'm a bit confuse.....
wan nadhira
December 23, 2006   03:00 AM PST
 
jade pergi selamanya or wat??
i'm a bit confuse.....
melur
December 22, 2006   05:48 PM PST
 
hidup ni.. begitulah!! rindu tak berpenghujung... datang dan pergi!!!
AnakAbah
December 22, 2006   08:20 AM PST
 
jade pegi mane erk?
rnysa
December 22, 2006   08:15 AM PST
 
suka banget =)

adik se-jemariseni-ku,
mana mau cari komik bidadari besi. akak jumpa part 2 je....

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry