Matanya meneliti gaya kickflip indie Mike Peterson di tengah muka iklan Globe Shoes di dalam majalah Revolution yang entah ke berapa dah dibukanya.Pensel di tangan melakar mengikut apa yang dilihat oleh mata.Sekejap-sekejap dia terhenti untuk melihat semula kerja yang separuh siap.Dah hampir dua jam dia duduk bersandar di kepala katil melukis trick skate yang pelbagai gaya.Revolution dah bertimbun-timbun di atas lantai di tepi katil tu.Ada yang terbuka,tertutup, terlungkup,semua ada.Pensel yang di tangan berlari menghitamkan kasut skater di dalam sketch book tiba-tiba terhenti.Air mukanya sedikit berubah.Jade melepas nafas perlahan.
Earphone di telinga melagukan Family Potrait-P!nk.
Momma please stop cryin, I can't stand the sound
Your pain is painful and its tearin' me down
I hear glasses breakin as I sit up in my bed
I told dad you didn't mean those nasty things you
said
Hanya satu wajah yang akan datang ke kepala bila lagu nie terdengar di telinga.
Khairul Batrisya Mazni.
You fight about money, bout me and my brother
And this I come home to, this is my shelter
It ain't easy growin up in World War III
Never knowin what love could be, you'll see
I don't want love to destroy me like it has done
my family
“Jade,kalau kau dengar lagu kau suka lagu yang macam mana?”
Dia memikir sejenak. “Apa yang keluar dekat Hitz.fm tu aku OK je.Tapi ikut la.Dance ngan trance aku tak minat sangat.”
“Hmm...” Trisy mengangguk.
“Ikut mood la.Kadang-kadang Mix.fm ngan Light n Easy pun aku dengar je.”
Trisy merenungnya dengan kening terangkat tinggi. “Biar benar...Dah gaya ibu ngan ayah aku je kau nie.”
Dia hanya menjungkit bahu. “Macam aku kata la.Ikut mood.Kalau dah Hitz tu keluar ClubMix non-stop takkan aku nak dengar jugak.Buat lemas aku je.” Hujung pensel dilarikan membentuk awan di dada sketchbook.
“Kau dengar Mix ngan Light n Easy?” Trisy menggeleng. “No offense but daa...jiwang felong la kau nie...”
“Apaper je la kau nak kata apa.Ada kita kongsi telinga?”
Can we work it out? Can we be a family?
I promise I'll be better, Mommy I'll do anything
Can we work it out? Can we be a family?
I promise I'll be better, Daddy please don't
leave
Trisy buat muka. “You and your lawyer alter-ego.”
Dan dia hanya senyum menggeleng.“Kalau kau,kau dengar apa?”
“Depends.” Trisy hanya menjungkit bahu sambil melunjurkan kaki.
“Siti Nurhaliza?” Senyum yang terasa menarik pinggir bibir ditahan.
“Kau nie..!” Free kasutnya kena tendang dengan sneakers bumble-bee tu.
Ketawanya pecah juga. “Mana la tau keras-keras kau tu kau dengar jugak lagu Siti Nurhaliza.”
“Kau nie kan...memang la.”
“OK...” Ketawanya masih bersisa. “Trapt?”
“Trapt’s OK.” Trisy mengangguk sambil mencapai botol air. “Nirvana’s fine,Metallica’s cool,Guns n Roses kira OK la.KoRn is the best.Mod rock,nu metal,oldskool kira aku redah je.” Penutup botol air dibuka. “Dan ikut lagu la kot.Kalau lirik best tu,aku dengar je.”
Daddy please stop yellin, I can't stand the sound
Make mama stop cryin, cuz I need you around
My mama she loves you, no matter what she says
its true
I know that she hurts you, but remember I love
you, too
“Contoh?”
“Christina Aguilera ada lagu yang lirik kira aku suka.” Botol air dibawa ke bibir.Perlahan air diteguk menuruni rengkung. “Macam ‘I Turn To You’, ‘The Voice Within’, ‘Fighter’....Tapi kadang-kadang bila fikir macam sedih jugak la.
Hujung pensel yang tadi berlari terhenti.Sekilas Trisy dipandangnya. “Kenapa?”
Trisy melepas nafas perlahan sambil melontar pandangan jauh ke tengah langit. “Sebab...contoh kalau macam lagu ‘I Turn To You’ tu la kan.Lagu tu selalu orang dedicate kat mak sebab lirik dia.Atau pun maybe untuk adik-beradik yang sangat rapat...or kawan yang sangat baik...” Dia terhenti sejenak. “Tapi aku tak boleh nak dedicate lagu tu kat ibu aku pun.Sebab kalau jadi apa-apa memang aku tercampak je sensorang,tak pernah ada orang nak kisah.Dan memang aku tak pernah turn kat ibu aku pun sebab dia tak pernah ada dan nak untuk aku turn kat dia...maka....” Tangannya memutar kembali penutup botol ke tempatnya. “Kira aku tak ada sesiapa la yang aku nak dedicate kan lagu tu walaupun lagu tu aku suka.” Sekilas dia memandang Jade di sebelah. “Aku pun dah pening aku cakap apa sebenarnya.Berpusing-pusing.” Trisy sengih selamba sambil menggeleng sebelum kembali melontar pandang pada awan-awan. “Tapi...”
Dia hanya menanti gadis itu menghabiskan ayat.
“Mungkin jugak aku boleh dedicate kat Buk Jah.” Dahinya berkerut seolah memikir. “Tapi aku kena translate masuk Bahasa Jawa dulu la kot.” Bibir Trisy mengukir sengih sumbing. “I celebrate the good words.Sue me.”
Trisy...Dia menggeleng perlahan.
I ran away today, ran from the noise, ran away
Don't wanna go back to that place, but don't have
no choice, no way
It ain't easy growin up in World War III
Never knowin what love could be, well I've seen
I don't want love to destroy me like it did my
family
Dan bila gadis itu lari dari kebisingan yang mendera....
“Rumah aku tu bising la Jade,kau takkan faham.”
“Lagi bising dari mak aku?” Dia mengukir senyum sumbing dengan mata pada laman sketchbook.
“At least kalau kau dengan mak kau,mak kau bising sorang-sorang.Nie kalau kat rumah aku tu bising orang berperang.” Trisy menjulingkan mata. “Y’know what did P!nk said? ‘I ran away today, ran from the noise, ran away....Don't wanna go back to that place....but don't have no choice no way.... It ain't easy growin up in World War III’....” Dia melagukan ‘Family Potrait’. “There go.She sums it well.Kalau ikutkan aku,aku pun nak lari.Just sebab aku tatau nak lari mana je yang aku dok ada kat rumah tu lagi.”
“Kalau lagu Family Potrait tu,kau nak dedicate kat diorang?” Dia memandang Trisy sekilas.
“Who?”
“Ibu ngan ayah kau.”
“Kau nak buat lawak antarabangsa la tu.” Trisy menggumam. “Cerita aku bukan macam dalam Family Potrait tu.”
“Kenapa kau kata macam tu?”
Can we work it out? Can we be a family?
I promise I'll be better, Mommy I'll do anything
Can we work it out? Can we be a family?
I promise I'll be better, Daddy please don't
leave
Trisy melepas nafas panjang sambil menongkat kedua belah tangan ke belakang.Kepalanya mengadah langit luas. “Kadang-kadang kan....” Dia menelan liur. “Aku rasa lagi baik je kalau ibu ngan ayah pisah terus.Senang cerita.Diorang tak sakit jiwa nak bergaduh hari-hari,aku tak sakit jiwa sebab kena jadi tukang dengar...”
In our family portrait, we look pretty happy
Let's play pretend, let's act like it comes
naturally
I don't wanna have to split the holidays
I don't want two addresses
I don't want a step-brother anyways
And I don't want my mom to have to change her
last name
Matanya dialih dari lakaran separuh siap ke wajah Trisy yang masih mengadah langit. “Tak pernah aku dengar ada anak yang nak mak bapak diorang berpisah,Trisy.Aku pernah dengar orang cakap dulu kalau sebut je pasal cerai tu between husband and wife,bergegar arasy Allah.”
“Kau tatau diorang macam mana,Jade.”
“Takkan tak ada jalan lain?”
“Entah.” Gadis itu hanya menjungkit bahu. “Aku rasa tu je jalan paling baik.
“Dan aku rasa ibu ayah kau tak buat benda cerai-berai tu sebab fikirkan anak-anak,fikirkan kau.Sebab nanti kesan kat anak-anak yang teruk.
Trisy mengalih pandang ke arahnya sebelum ketawa macam baru lepas dengar lawak antarabangsa.
“Yang kau gelak macam baru lepas tengok Senario tu kenapa?”
“Hipotesis kau tu,sesuai untuk skrip drama swasta je.” Trisy mengukir senyum tawar. “Kalau kau tanya aku,diorang tak berpisah bukan sebab fikirkan aku,tapi sebab fikirkan imej ngan periuk nasik masing-masing.C’mon la.Kalau la parents aku cerai,mau satu office dari tingkat atas sampai bawah dari KL ke JB sibuk bercerita pasal ayah aku.As for ibu pulak,mana dia nak letak muka dia dalam persatuan dia kalau jadi macam tu?” Dia menggeleng. “Betul la Jade,aku rasa kau nie mamat jiwang jugak la sebenarnya.Banyak sangat romantic notions.”
In our family portrait we look pretty happy
We look pretty normal, let's go back to that
In our family portrait we look pretty happy
Let's play pretend, act like it goes naturally
“Tapi family kau bukan sejak azali macam tu,kan?Kau yang kata semua nie jadi lepas ayah kau naik pangkat,pastu mak kau kerja balik.” Dia cuba mencari jawapan dan penjelasan untuk keluarga Encik Mazni yang dah macam satu eksperimen kimia gone bad yang kompleks tahap giga. “Siapa tau kot suatu hari nanti family kau boleh balik macam dulu.”
In our family portrait we look pretty happy
(Can we work it out? Can we be a family?)
We look pretty normal, let's go back to that
(I promise I'll be better, Mommy I'll do anything)
“Balik macam dulu?” Trisy memandang wajahnya.
“Macam dulu.” Angguk.
In our family portrait we look pretty happy
(Can we work it out? Can we be a family?)
Let's play pretend act and like it comes so
naturally
(I promise I'll be better, Daddy please don't
leave)
“Tu namanya impian yang dah jadi mimpi yang memang takkan jadi kenyataan.” Trisy ketawa tawar sambil kembali menala pandangan ke langit.
Dia merenung gadis itu menanti penjelasan.
In our family portrait we look pretty happy
(Can we work it out? Can we be a family?)
“Bukan semudah tu.” Trisy menggeleng sambil menggigit bibir bawah. “Bukan semudah tu...” Ulangnya antara terdengar dan tidak.
We look pretty normal, let's go back to that
(I promise I'll be better, Daddy please don't
leave)
“Bina balik family bukan setakat ibu dengan ayah aku jabat tangan,senyum, say hi,say bye.”
Daddy don't leave
Daddy don't leave
Daddy don't leave
“The damage is done.” Trisy mengalih pandang pada tangan di riba.
Turn around please
Remember that the night you left you took my shining star?
“Kau tengok Jazz....”
Daddy don't leave
Daddy don't leave
Daddy don't leave
Don't leave us here alone
“....tengok Rina....tengok Tati....”
Mom will be nicer
I'll be so much better, I'll tell my brother
Oh, I won't spill the milk at dinner
I'll be so much better, I'll do everything right
I'll be your little girl forever
I'll go to sleep at night
“....tengok aku....”
Dan dilihatnya air mata yang meleleh dari birai mata itu turun menuruni pipi dan jatuh ke riba.