~~^^
"Kenapa kau jual burger?"
"Nak cari duit la." Jade menjulingkan mata.Fail logic betul budak nie. "Duh."
"Owh." Trisy terdiam sejenak. "Duit tu kau buat apa?"
Pandangannya singgah di wajah Trisy.Innocent.Naive.Jujur.Muka yang tak faham sesaknya bila kurang berharta.Pertanyaan yang ikhlas menanti jawapan. "Untuk beli barang-barang aku.Yang parents aku takkan belikan."
"Contoh?"
"Deck aku,bearing and wheels kalau kena beli." Sabar dia menerangkan. "MP3,bayar duit motor,duit minyak,kredit handset,simpan untuk pakai bila masa sesak nanti,tampung sikit-sikit untuk studies.Kalau tak perit la mak ayah aku.Abang ngan adik aku dua-dua kat U."
"I see." Trisy mengangguk.Dia memikir sejenak. "Jade,ayah kau kerja apa?"
"Cikgu." Botol airnya dicapai dari backpack.
"Dia ajar apa?"
"Dulu ajar Kimia.Sekarang tak dah." Air diteguk perlahan.
"Dah pencen?"
"Tak.Sekarang dia pengetua."
"Mak kau?"
"Mak aku housewife." Trisy dijelingnya sekilas. "Kenapa kau tanya?"
Geleng. "Entah.Saja nak tau?" Trisy jungkit bahu.
Jade senyum nipis segaris.Kedua belah tangannya ditopang ke belakang sambil kepala separuh didongak mengadah langit. "Family aku bukan loaded macam family kau." Tenang dia menutur.Trisy dipandangnya sekilas. "Kau loaded,kan?"
Kepala Trisy condong memikir. "Entah..."
"You're." Jade meletakkan pernyataan. "Sebab kau tak pernah rasa sesak." Pandangannya kembali ditala ke langit. "Macam family aku,aku tak boleh nak kata kami senang,dan tak boleh juga nak kata kami susah.It's just enough.No more,no less.Aku tak dapat nak state apa luxury yang kitorang ada,dan tak dapat nak state apa keperluan yang kitorang takde."
Wajah Jade yang masih mengadah langit dipandangnya. "Flowers In The Attic,Virginia Andrews." Automatik dia menutur.Line yang last tu.Macam dalam buku saga family Foxworth tu.
Jade masih lagi senyum segaris.Dia mengangguk. "Dan ada masanya money is a problem,contohnya bila kitorang tiga beradik masuk IPT.Costly.A good thing la sebab ada PTPTN,tapi family still kena tolong.Kalau tak alamat tak makan la.Dan dalam keadaan nie,duit hanya untuk unuk keperluan,kehendak takkan dilayan.Dan untuk fulfil apa yang aku nak,aku kena la cari duit sendiri."
Trisy masih tekun mendengar.
"Bukan semua orang tidur atas duit,Trisy."
Trisy mengangguk.Cuba memahami.
"Kau mungkin takkan faham.Sebab kau tak pernah rasa keadaan macam tu."
Trisy menarik sila.Renungannya ke bukit sayup masih memikir.Dia menarik sepotong kek dari tupperware. "Deprieved in money mungkin tak pernah..." Lambat-lambat dia menutur. "Tapi kalau ikut scale kasih sayang ngan perhatian,aku rasa aku antara orang paling papa kedana kot." Bibirnya mengukir sengih tawar pada kek di tangan. "Ntah la." Akhirnya dia menjungkit bahu. "Apa yang aku boleh buat pun.At least kau boleh jual burger nak cari duit." Dia angkat kening double-jerk pada Jade yang memandangnya. "Aku tak tau nak jual apa."
"We can't get everything in life." Jade kembali mengadah langit.Seketika ruang di antara mereka hanya diisi angin yang berpuput lembut.Masing-masing memikir,merenung,mencerna,mencari.
"Trisy."
"Hmm?" Trisy berpaling dari burung hinggap di satellite dish bangunan depan.
"Kau dengan abang kakak kau macam mana?"
"Diorang tak duduk kat rumah.Duduk luar.Senang nak keluar clubbing." Tanpa riak dia menutur. "Siapa yang nak duduk at rumah tu pun...kalau ikutkan aku,aku pun tak nak." Dia sengih sumbing. "Kalau tak sunyi macam rumah hantu,bising dengar orang menjerit.Lagi baik aku duduk sini."
"Kau tak pergi clubbing?"
Geleng.Kek di tangan dihabiskan. "Aku tak suka tempat ramai orang.Antisoc."
"Dah tu malam-malam kau buat apa?" Cuba membayang rumah besar yang penuh dengan benda dunia tapi kosong dengan manusia.Boring tahap gaban...
Diam.Dia mengulum bibir. "Ikut la.Tengok TV ke...baca novel ke...dengar radio...tidur..." Jade dipandangnya. "Macam bosan,kan?"
Jade tak menjawab.Tapi hatinya mengiakan. "Malam-malam pun parents kau tak ada kat rumah?"
Shrugged. "Depends la.Kalau dengar bunyi jerit-jerit tu maknanya diorang ada kat rumah la tu." Datar dia menutur. "Kalau bising sangat,aku pasang radio full-blast,tapi lepas tu aku pulak kena jerit.So aku tidur la.Senang.Jadi silent dan pekak."
Jade cekap mengesan. "Kau tidur macam mana?Tengah-tengah bising tu?"
Trisy mengulum bibir lagi.Teragak-agak dia memandang Jade. "Aku makan pil." Kecil dia bersuara.
"Kau dapat kat mana?" Sedikit keras Jade bertanya.
"Bukan off the street." Trisy merengus kasar. "Doc dulu pernah treat aku under depression.Diorang bagi antidepressent,ubat penenang la,tranquilizer la.Aku rasa macam best je makan tu.Aku tidur tak kacau orang apa." Pandangan Jade ditentangnya. "Aku beli je la memenda tu over the counter.Bukannya aku buat kerja bodoh telan panadol lapan papan dengan Coke.Itu bangang nak bunuh diri namanya."
"Kau pernah rasa suicidal ke?" Reaksi wajah Trisy ditelitinya.
"Pernah jugak." Offhanded gadis itu menutur. "Tapi bila fikir balik,macam bodoh je."
"Sebab?"
"Escapisme tu is...." Trisy melontar pandang ke ruang angkasa mencari kata. "....untuk lari dari kenyataan.Run away from the pain.Macam yang pernah aku baca dalam Cornwell's.Suicide is the final screw-you." Dia ketawa tawar. "Pernah je aku on the verge untuk buat benda bangang tu,tapi tiba-tiba je takut.Aku takut mati.Aku tak nak mati." Dia menggeleng. "Aku....just nak lari.Somewhere.Anywhere.Tapi aku tak nak mati." Gelengannya makin laju. "Belum masanya.Itu kerja yang bodoh gila."
Jade mengangguk perlahan. "Tapi tindakan kau yang jadi dependent dengan pil tu pun bukan bijak sangat."
Bibirnya mengukir senyum tawar.Pandangan matanya kosong ke hadapan. "Kau tak faham,Jade."
"Aku tak faham,dan aku takkan dapat faham." Jade mengangguk. "Tapi kau tak rasa benda tu macam merosakkan diri sendiri?"
"Option apa lagi yang aku ada,Jade?" Antara terdengar dan tidak Trisy bersuara.
Jade terdiam.Nyata dia juga tidak mempunyai jawapan untuk itu.