~hlovatulis:carpal tunnel syndrome~

Image hosted by Photobucket.com
   

<< January 2007 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31

~BLOG TROTTER~

.:~hlovate's cerita~:.

~hlovate's hikayat~

~hlovatulis~

~hlovatalk~


~FAQs~

~~a moment~~




creep~street symphony

"...antara Fender dan warna-warna...
...antara muzik jalanan dan jalan cari Tuhan...
...ini cerita orang-orang itu...
....ini cerita masa lalu..."
|i||ii||iii||iv||v||end||wrap-up|

rooftop rant
"...lontarkan...
...kalau tidak ia meracun...
...kongsikan...
....walau hanya pada awan-awan..."

Part I
|1||2i||2ii||3||4||5||6||7||8i||8ii||9||10||11i||11ii||12||end|
Part II
|1||2i||2ii||3i||3ii||4i||4ii||5||6||7i||7ii||8||9||10||end|
Part III
|1||2i||2ii||3i||3ii||4||5i||5ii||6||7||8||9||10||11||end|

komik bidadari besi

|open||i||ii||iii||iv||v||vi||vii||viii||ix||x||end||close|

anthem

"...everybody has a past...
...everybody lives a present...
...everybody deserves a future...
...that was I and this is me..."


VERSUS
"....Minn..AO...and the sun....
....the past vs the present...
...skate and the street...changes and turning points in life....
...everything is under His will....."


Ked's Story
...Ked...Hadiah...Nawal...a lady....a romeo...a skater...
.....Florida-Virginia....
....everything is okay in the end.if it's not okay, then it's not the end....

GT_i~Trilogy

GreaTroubleMaker_i
"....heyday of the honeymoon year...
...Form4,Kolej Tunas...
....Addin and the GT_i....."

GreaTroubleMaker[i'm a senior]
".....enter the SPM year...aarrrggghhh....
.....budak jenayah bertemu buku dengan rak bukunya....
.....ice vs ice...ferum vs aluminium....
...Addin Shah vs Benz Alif...."

GT_i[i'm outta teens]
".....i want to have nothing to do with him..."
"...knowing a Didi and an Addin..."
"...changes of equation...
from Addin Shah vs Benz Alif=Didi+Benji..."


5tahun5bulan
".....a Plain Jane's diary....
....growing up and learnin ain't easy...
...not another mere fuzzy-mushy entries...
...antara Sultan Mansur,Jebat dan Hang Li Po,it's just part of the story...."


Schubert's Serenade
"...kasih sayang...
...ada di mana-mana...
...untuk semua...
....untuk sesiapa je yang mencari..."







rss feed



Jan 3, 2007
rooftop rant[III]~5i

         Memang relax...memang tenang.Memang tempat untuk mencari solace.Dingin angin tasik mencengkam tubuh seolah tak terasa kerana asyik merenung bintang yang bertabur di dada langit.Berkelip di sana-sini macam lampu hiasan di malam raya.Tapi sebenarnya lagi lawa dari tu.

 

          “Dalam banyak-banyak tempat kau nak pergi mana?”

 

          Dia yang sedang melakar helang terbang di dada langit terhenti.Sejenak dia memikir. “Sabah.”

 

          “Sebab?”

 

          “Orang kata pulau kat situ lawa-lawa.Untouched.Beach pun lawa.Air super clear.Macam paradise untuk cari solace.Mother Nature at her best.” Jade merenung jauh melepasi bumbung-bumbung bangunan dan rumah kedai. “Aku boleh bayang tempat aman tak ada orang macam tu.” Bibirnya mengukir senyum nipis segaris pada gunung yang sayup.

 

          Dan tenang di sini pun,mungkin setenang pulau-pulau yang tak berorang kat Sabah tu.

 

          “Kalau kau,kau nak pergi mana?” Trisy di sebelah dipandangnya.

 

          “Aku nak pergi...”Trisy menggigit bibir bawah memikir. “En...tah...”

 

          “Pulak.”

 

          Batrisya...

 

          “Jauh kau menung.”

 

          Jade berpaling terkejut.Wak Duku sengih berdiri di belakangnya sambil membetulkan letak pelekat.

         

          “Kau melamun dok teringat apa?Marka?” Wak Duku menarik kerusi plastik putih yang bercatuk banyak di atas pelantar tu ke sebelah Jade

 

          Jade ketawa. “Banyak la kau punya marka.Kot teringat marker-marker aku yang berterabur atas meja menunggu tuan nak siapkan kerja tu mau la.”

 

          Ketawa Wak Duku turut pecah. “Kau nie workaholic nie.Memang patut aku tarik kau bawak lari pergi Kenyir nie.”

 

          “Kau tak pergi tahan pancing ke?” Jade membetulkan letak cermin mata sambil memandang keliling.Jid,Mapie,Ayah Su dan Pak Jang dua orang pak sedara si Rapala,ngan dua orang krew bot si Zuhdi ngan Mat Pian dah hilang dengan dua speed bot 15 kuasa kuda tu elok lepas solat tadi bahana nak pergi mencari lubuk.Rapala,Awie,Big Boss ngan Bang Asan kawan Awie masing-masing dah bersila bertapa kat port masing-masing.Pak Wan;sorang lagi krew bot dengan Bang Ipin tukang masak pulak sama je memeriahkan port sementara nak menunggu umpan disambar ikan.

 

          “Aku dah tahan dah.Pasang tiga.Karang bunyi loceng yang aku pasang kat kail tu aku lari la cepat.”Wak Duku sengih. “Aku nak try layan baung je malam nie.Kot kalau mengena la.Ada rezeki,ada.Tak ada,aku redha.”

 

          “Kau memang selalu lepak sini?” Sekilas Jade memandang Wak Duku sebelum melontar pandangan ke tengah tasik yang tak beriak.

 

          Wak Duku menarik senyum nipis segaris.Kalau pemancing yang mahir,sekilas ikan di air dah tau jantan betinanya.Dan kini jika dia melihat kilas di air,dia tahu soalan Jade tu membawa dua makna. “Kenapa kau tanya macam tu?”

 

          “Assalamualaikum w.b.t.Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.Segala puji bagi Allah pentadbir sekalian alam,selawat serta salam ke atas junjungan besar kita baginda Rasulullah S.A.W,keluarga serta para sahabat.” Sejenak dia menarik nafas. “Alhamdulillah,sampai jugak akhirnya kita sekali lagi ke Tasik Kenyir nie dan dapat pulak nak menyewa bot K.D. Lubuk nie macam yang dirancang.Dan alhamdulillah jugak sebab kita dah selamat solat jama’ taqdim Margrib-Isya’.Kita tazkirah sikit sebelum kita bukak gelanggang nak trolling ngan casting. ” Wak Duku mengukir senyum nipis segaris.

 

          Terkejut yang membisukan kata-kata ditahan dari beriak di muka.Matanya masih tak bergerak dari Wak Duku yang masih tak beralih dari tempat duduknya menjadi imam tadi.Hanya posisinya yang kini dah beralih menghadap bulatan yang separa terbentuk di atas lantai surau di bahagian atas bot tu.Yang lain pun tak menunjukkan apa-apa riak.Seolah dah biasa dengan suasana yang begitu.

 

          “Seperti yang kita maklum,tidaklah Allah menjadikan jinn dan manusia itu selainkan untuk beriman kepadaNya,macam yang dah disebutkan dalam surah Az-Zaariyat ayat 56.Dan seperti yang telah difirmankan dalam surah al-Asr; Demi masa, Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian.” Wak Duku berhenti sejenak. “Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.” Dia berhenti lagi. “Dan hari ini kita hidupkan ayat itu dengan saling pesan-memesan,mengingatkan mana yang terlupa.”

         

          Hanya cengkerik yang mencelah di tengah Wak Duku berbicara.

 

          “Tazkirah hari nie saya ambil dari artikel tulisan seorang sahabat,mengenai impian,cita-cita dan kegagalan.” Wak Duku memandang wajah-wajah di hadapannya. “Suka sebelum tu saya nak membawa maksud hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari; ‘Dan jika kalian meminta kepada Allah, maka mintalah surga firdaus, sebab dia adalah surga yang paling tinggi’.” Wak Duku mengemaskan sila. “Boleh kita faham di situ yang Allah dan Rasulullah sendiri mahu kita bercita-cita besar,bercita-cita tinggi.”

 

          Tak pernah terlintas di kepala agenda macam nie pun termasuk dalam ekspedisi nak pergi memancing.

 

          “Kita kat sini kira muda-muda lagi.Pak Wan yang kira paling tua pun umur baru 42.” Wak Duku sengih pada Pak Wan.Pak Wan membalas sengih dan mengangguk. “Rasulullah masa umur 40 tahun baru pertama kali mendapat wahyu,dan baginda mula sebarkan Islam pada usia tu.Sebab tu in a way bila orang kata a man’s life begins at 40,kira betul la kan?”

 

          Yang lain mengangguk mengiakan.

 

          “Macam kita sekarang nie,yang dah bekerja.Semua orang mesti dah ada mind-set apa yang diorang nak dalam hidup.Ada yang nak rumah besar la,kereta besar la.Macam Mapie salah satu apa yang dia nak,dia kata dia nak ada Jaguar sebijik dalam tempoh lima tahun.”

 

          Mapie hanya ketawa.

 

          “Dalam bercita-cita tu...kita kena selalu ingat cita-cita kita yang paling utama dalam hidup.” Wak Duku berhenti sejenak. “Mardhatillah.” Dia mengukir senyum nipis segaris. “Redha Allah.”

 

          Jade menjungkit bahu dengan senyum nipis segaris pada riak yang pecah di muka tasik. “You know what I’m talking about.”

 

          “Kau rasa benda tu luar alam?” Wak Duku memandang Jade sekilas sebelum turut melontar pandang ke tengah tasik.

 

          “Na...” Jade ketawa kecil. “It’s refreshing.”

 

          Wak Duku mengukir senyum nipis segaris.

 

          “Tapi kira aku tak boleh la nak kata aku tak terkejut.” Jade mengalih pandang pada Wak Duku. “Sebab yang bercakap pasal benda tu kau.” Dia mengukir sengih. “Kau sekolah agama ke dulu?”

 

          Wak Duku hanya ketawa. “Kita yang bukan budak sekolah agama nie pun kena ingat Tuhan ingat agama jugak,Jade.” Ujarnya dengan senyum kecil.

 

          “True.” Jade mengangguk. “Sebab tu aku kata refreshing.Aku tak pernah jumpa environment macam nie.Biasanya kalau yang nak bercakap pasal agama nie semuanya ustaz-ustaz yang dah beruban berjanggut stok-stok Pak Aji.”

 

          Wak Duku senyum mengangguk. “Kebanyakan orang akan fikir macam tu.Bila dah tua-tua baru nak ingat agama,dan hanya ustaz-ustaz yang baru balik dari Mesir je yang boleh cakap pasal agama.Mentaliti masyarakat kot.” Dia memandang Jade sekilas. “Tapi mati tu boleh menjemput bila-bila masa je.Kalau nak ikutkan umur,Sultan Muhammad al-Fateh yang tawan Kota Konstantin dari Empayar Rom tu pun baru umur dia lebih kurang 22 je masa tu.Dan ilmu tu,boleh je nak cari kat mana-mana.Kalau nak ikutkan kau pun boleh je cakap pasal Tuhan,pasal agama.”

 

          Jade ketawa. “Kau perli aku ke apa.”

 

          “Tak.”Wak Duku menggeleng dengan senyum segaris. “Rasulullah pernah kata.Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat.Kita cakap apa yang kita tau.Dan belajar untuk tambah lagi.Kalau aku yang kerja lukis komik nie boleh buat,kau yang kerja lukis komik macam aku pun boleh buat.”

 

          Jade hanya mengukir senyum nipis.

 

          “Kalau aku ajak kau lepak sini lagi kau nak ikut tak?”

 

          “Alhamdulillah!!”

 

          Suara Bang Asan yang kuat tu membuatkan mereka sama berpaling.Bang Asan tengah menggulung tali di spin-rod.Di muka air kelibat ikan meronta naik di hujung mata kail.

 

          “Bang Asan!Apa yang naik tu?” Wak Duku melaung bertanya.

 

          “Tor Tombroides!” Awie yang dah bersedia dengan sauk di tangan melaung menjawab balik.

 

          “Kot ye pun kau nak buat lawak sains ngan aku cuba bebetul sikit.” Wak Duku bangun dengan ketawa.

 

          Awie sengih. “Betul apa.Kelah!”

 

          “Kelah!” Wak Duku dah bukak langkah ke arah Bang Asan. Dia berpaling ke arah Jade. “Ikan mahal tu!”

 

          Jade hanya menggeleng sambil bangun.Betul la aku datang sini kira vacation je.Nama ikan pun tak bawak maksud kat aku.

 

Posted at 07:32 am by hlovate

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry