Sketchbook bersaiz A4 tu diselak satu persatu sebelum berhenti di muka surat yang dicari.Seketika matanya meneliti A4 berlakar tu dari atas ke bawah,kiri ke kanan.Headphone dibawa ke kepala.Tangannya mencari MP3 yang tergantung di leher.Adrienne-The Calling mengasak telinga dari pertengahan lagu.Jade melepas nafas perlahan.Jemari di kedua belah tangan direganglenturkan sebelum dia mencapai Sharpie dari dalam mug alatulis.
Pulang dari Tasik Kenyir berbekal dengan pelbagai benda.Sketchbook yang hampir separuh penuh dengan lakaran.Ilmu baru yang dipelajari pasal ikan,alam dan Tuhan.Pengalaman yang ditimba dari apa yang didengar,dilihat dan dipandang. Sungguh la kata orang.Jangan menelah isi buku dari kulit.Jangan menelah isi durian dari bau.Apa yang ditelah tu mungkin salah melencong dari yang betulnya.
Pembaris panjang ditarik dari celah-celah kertas yang bertimbun di sudut hujung kanan meja.Sharpie di tangan mula melukis garis-garis membentuk kotak-kotak di atas kertas putih di depannya.
Sugguh...Kenyir penuh dengan kejutan.
Dia terpisat-pisat bangun menggenyeh mata yang terasa kelat.Sekilas dia memandang jam di tangan.Baru puku 4.30 pagi.Di kiri kanannya dah tak berorang.Tilam-tilam span yang dibentang di lantai bahagian tingkat bawah bot tu hanya tinggal Bang Ipin,Zuhdi,Ayah Su,Bang Asan dengan Mat Pian je yang terbongkang tidur.Memang tak tidur langsung gamaknya budak-budak nie.Jade menutur sendiri dalam hati.Berjaga menunggu ikan.
Masa dia nak tidur pukul dekat pukul 1 pagi tadi pun diorang tengah rancak lagi menggulung spin-rod.Wak Duku,Awie dengan Big Boss je yang kata nak tidur sekejap.Tapi nie dah bangun balik la gamaknya.Tangan dibawa ke mulut menahan kuapLambat-lambat dia bangun berdiri sambil meregangkan badan.Berdetap-detup sendi tulang berbunyi bahana tidur atas lantai.
Tangannya kemudian meraba mencari cermin mata dari atas para di tepi dinding.Mata yang kelat dipejamcelik lagi nak menghilangkan mengantuk.Sekali lagi tangan dibawa ke mulut menahan kuap.Sekali lagi dia memandang keliling.Kemudian memasang telinga.Betul rupanya.Hati menutur sendiri.Apa yang dah mengejutnya dari tidur tu bukan mimpi ke mengigau ke berangan ke apa.
Ada orang tengah mengaji.
Kotak-kotak yang dilukis mengikut lakaran kasar dari lukisan asal di dalam sketchbook tu dah siap.Sharpie diletak tepi.Pen teknikal dicapai.Sekali lagi matanya meneliti sketchbook berlakar dari atas ke bawah.Kemudian pen di tangan dibawa berlari di tengah kotak pertama di kertas depan mata.
Bila melangkah keluar ke pelantar tapi bot tu dilihatnya Jid dengan Mapie tengah sama melontar mata kail ke tengah tasik.Rapala tengah mengikat batu ladung pada tali kail.Awie tengah bersila menghirup kopi.
“Dah bangun?” Awie menegur.
Dia hanya mengangguk. “Wak Duku dengan Big Boss mana?”
“Atas.” Rapala yang menjawab. “Wak tengah ngaji,Big Boss tengah qiyam.Kalau kau nak join diorang pergi la.Kitorang baru sudah.Buat qiyam fardhi je.Sendiri-sendiri.”
Memang tak pernah terlintas di kepala ada benda-benda macam tu dalam ekspedisi memancing.Memang kira macam satu persekitaran asing yang memang jarang nak jumpa.Solat lima waktu sehari semalam memang berjemaah.Tiap-tiap kali lepas Subuh dengan Marghrib ada tazkirah pendek.Bukan Wak Duku sorang je memberi.Rapala,Jid,Mapie...kira semua-semua yang ada tu boleh je la bagi tazkirah,jadi imam.Dan tiap kali lepas Subuh ngan Marghrib jugak ada baca al-Mathurat.Kelam sekejap muka masa mula-mula dengar nama tu.
“Apa benda pulak nie,Jid?” Tanyanya bila Jid menghulur naskhah nipis macam naskhah Yasin.
“Al-Mathurat.” Jid sengih sambil mengemaskan sila di sebelahnya. “Doa-doa yang Rasulullah selalu baca.”
Dan itu la rutin tiap-tiap kali habis Subuh ngan Marghrib sebelum tazkirah.Mancing tak mancing,ikan tak ikan.Yang nie memang tetap jalan.Dan rutin malam pertama mendengarkan suara orang mengaji dan qiyam memang dah jadi rutin tiap-tiap malam.
“Dari free je buang masa tunggu ikan,baik aku ngaji dulu.Tak la sia-sia berjaga.Bukan senang nak berjaga free macam nie.Baik manfaatkan betul-betul.” Gaya selamba tak ada apa je Wak Duku menutur padanya ketika mereka sama-sama baru habis tahajjud. “Tengah masa tak sibuk macam nie la pun nak rebut peluang tu.” Wak Duku sengih. “Kalau tengah sibuk kat office tu tidur pun entah ke mana.Tengah ala-ala cuti jenjalan nie la nak rehat,nak tambah ibadat.Kira bukan cuti kosong la.”
Memang betul pun.Dan memang dia sendiri mengakui.Suasana yang begitu,walaupun baru dan rasa semacam pada mulanya,tapi lama-lama lepas tu dah rasa biasa.Budak-budak tu terus je dengan kerja memancing.Dia terus je kerja layan buat sketching,cari ilham,layan baling pancing sekali-sekala.Dan rutin solat jemaah, al-Mathurat,tazkirah,ngaji,qiyam pun jalan jugak.Dah akhirnya jadi rutin biasa yang macam makan nasik tiap-tiap hari.Dan dia pun hanya mengikut sebab dalam suasana tu,seronok jugak bila buat benda yang jarang buat nie.Tapi kalau ikutkan memang payah nak percaya budak-budak tu jenis macam tu.Memang tak pernah terbayang dek akal.
Dan kini bila dah balik KL,macam rindu pulak dengan suasana tu.Jade tanpa sedar mengukir senyum nipis segaris mengingat kembali.Kerja di tangan kini dah masuk petak ketiga.Dan bila balik KL jugak maknanya kembali pada rutin lama.Mengejar dateline yang tak pernah sudah.
“Jade,UiTM Shah Alam jemput buat booth untuk pesta konvo diorang agi dua bulan.Aku dah letak nama kau sekali.Get ready je la apa yang patut.”
Tu yang diberitahu ThreeTwo elok je hari dia masuk kerja hari tu.
“Jade,Rabu minggu depan nie ada budak-budak nak buat lawatan sambil belajar tengok kartunis kerja.Kau get ready la portfolio ngan apa-apa yang patut untuk buat demo.”
Tu yang si Qwen bagi tau kelmarin.
“Jade,16th bulan depan ada ekspo kat MidValley.Kita kena buat booth.Kau pergi sekali buat demo,okeh?”
Tu yang diberitahu Riyad semalam.
“Jade,you punya projek apa cerita?”
Tu dari Jason pagi tadi.
Siapa kata jadi kartunis kerja goyang kaki?Tanpa sedar dia melepas nafas perlahan.Sibuk...sibuk...kerja memang takkan pernah habis selagi otak tu boleh berpusing nak memikir idea.Oasis dah mengganti The Calling dengan Wonderwall di telinga.
Today is gonna be the day
That they're gonna throw it back to you
By now you should've somehow
Realized what you gotta do
I don't believe that anybody
Feels the way I do about you now
“Jade,aku dedicate lagu nie untuk kau la.”
“Hmm?” Dia mengangkat mata dari sketchbook di riba. “Lagu apa yang kau dengar tu…” Trisy yang bersila sambil menggoyang-gotangkan kepala di atas katil hospital tu dipandangnya. “Takkan kau nak dedicate lagu Black Sabbath kat aku kot.”
Trisy hanya menjulingkan mata. “Oasis la,dey.”
Backbeat the word was on the street
That the fire in your heart is out
I'm sure you've heard it all before
But you never really had a doubt
I don't believe that anybody feels
The way I do about you now
“Wonderwall.” Gadis itu menyambung lagi. “This song goes to my lifesaver Encik Jade,yeah!” Trisy menutur pada tangan yang konon macam memegang mic.
“Trisy,kau sedar tak sekarang nie kau dekat wad psikiatri.” Namun senyum yang menarik pinggir bibir dibiar. “Karang doctor tu diagnose kata kau putus wayar pulak karang,haru.Terus karang kau kena tahan kat sini tak keluar-keluar dah.”
Trisy buat muka. “Aku sekarang jadi patient baik apa…Hype sikit pun salah ke?Karang aku mogok kang lagi haru.”
Dan dia hanya menggeleng.Nak cakap apa lagi dah.Ada jugak Trisy waktu tu dah nak mendengar cakap doctor cakap nurse,dah tak buat hal rebel tak tentu hala.
And all the roads we have to walk along are winding
And all the lights that lead us there are blinding
There are many things that I would
Like to say to you
I don't know how
“Because maybeee…. You're gonna be the one who saves meee….And after aaaallll ….You're my wonderwaaaallllll…” Trisy ikut menyanyi dengan mic tak nampak di tangan.Bukannya budak tu kisah orang keliling.
“Trisy…” Dia menepuk dahi. “Aku risau pulak tengok kau hyper semacam nie.Kau terlebih makan gula ke apa nie,Trisy?”
Trisy hanya sengih. “Kau cuak ke tengok aku hyper?Bukan kau ke yang suruh aku dengar lagu yang upbeat sikit nak bagi ceria.Nie aku menyahut seruan la nie.”
“Ye sangat la tu.Kau tak nampak nurse tu dah tengok kau pelik?Karang dia bagi ubat nak suruh kau diam nanti baru tau.”
Trisy hanya ketawa. “Ei,Jade.Kau nak tau?”
I said maybe
You're gonna be the one who saves me ?
And after all
You're my wonderwall
“Apa?”
“Dr.Harjeet psycho tu panggil aku angel hari nie.” Trisy sengih. “Tak ke sikit punya baik aku sekarang nie.Silap-silap boleh dapat anugerah pesakit terbaik tau.”
Ketawanya pecah juga. “Ada je kau nie,Trisy.” Dia menggeleng.
I said maybe
You're gonna be the one who saves me ?
And after an
You're my wonderwall
Said maybe
You're gonna be the one that saves me
You're gonna be the one that saves me
You're gonna be the one that saves me
Dan bila teringat kembali...Siapa yang menjadi wonderwall siapa?Kita saling jadi wonderwall untuk satu sama lain,Trisy?Jade melepas nafas perlahan.Kerja masih tak beralih dari kotak ketiga.
“Jade.” Suara Qwen memanggil membuatkan dia berpaling.
“Jason panggil.”
Rutin kerja dah kembali pada biasa.Jade menutur sendiri sambil menolak kerusi ke belakang.Langkahnya diatur menghala ke pintu oren tu.
“Jase.” Dia menolak daun pintu. “Apa cerita?” Bibirnya mengukir sengih.
Jase mengangkat muka dari kerja.Bibirnya membalas sengih. “Projek baru apa cerita?”
Jade ketawa sambil menarik kerusi di hadapan meja Jason tu. “Kalau kau nak tanya benda tu dah siap ke belum memang kira betul la luar alam.Kalau kau nak siap jugak,betul la kau kejam.” Dia sengih. “Aku baru nak masuk siri 4 punya sketch.Storyline aku baru tulis sampai siri 10.”
Bulat mata Jason. “Biar benar kau nie,Jade.Satu siri bukan ke 6 pages.You dah sketch sampai 4th?”
Jade hanya jungkit bahu. “Tengah idea ada.Masa aku pergi vacation dia mencurah.Aku sketch je la.”
“You’re one hella dude la,man.” Jason menggeleng.
Jade hanya ketawa. “Selagi benda tu tak siap kau jangan nak puji apa.Aku sekarang nie dok bercinta menghadap gambar-gambar nak buat background macam tengok gambar awek je tiap-tiap malam.” Dia membetulkan duduk. “Kau panggil aku kenapa nie.”
“Nak try buat komik cinta?”
Hah?!Jatuh rahang sekejap.Jade mengangkat kedua belah tangan. “Kau nak bunuh aku ke apa,Jase?”
Jason ketawa. “You cakap macam tu sebab I propose komik cinta ke,sebab propose projek baru.”
“Dua-dua.Aku dah tinggal separuh nafas dah nie dengan 2,dengan Jalanan punya projek,kau nak tambah lagi?” Jade sengih tawar menggeleng. “Aku belum lagi tahap taiko macam Riyad,macam Bad,macam ThreeTwo tu,Jase.Lagi pun...komik cinta...” Jade menggaru belakang kepala yang tak gatal. “Memang bukan genre aku la,Jase.Kenapa kau tak tanya Ayett.Dia kan suka jiwang-jiwang nie.”
Jason ketawa. “I saja acah je.Nie,I nak ajak buat brainstorming untuk komik baru Ayett la nie.”
“Komik cinta?” Kening Jade terangkat sebelah. “Kau nak ajak aku brainstorming komik cinta?Jenuh la aku...Kalau kau ajak orang lain tak boleh ke?”
Jason hanya sengih selamba. “We all nak you punya philosophy je.Kan you banyak falsafah pasal hidup.”
“Kau saja perli aku eh,Jase.”
Jason hanya ketawa. “Kita kasi masak ini idea Isnin minggu depan.You fikir la ayat-ayat power bagi kaw-kaw sikit.”
Jade diam sejenak.Seolah memikir sesuatu. “Cakap dekat Ayett,suruh dengar Wonderwall-Oasis.”
Kening Jason terangkat sebelah. “What?”
“For ideas.” Jade memikir lagi. “Spun Wonderwall-Oasis into a cerita.Dah selamat satu siri.” Dia mengangguk sendiri. “Sebab kau dah mintak idea dari aku,aku suggest Wonderwall dulu.Idea lain tunggu Isnin.Bagi aku bertapa dulu.”
Jason ketawa. “Jade...betul la you nie think-tank berjalan.”
Jade hanya mampu menggeleng sambil turut ketawa.Apaper je la Dah bertambah lagi satu benda atas kepala...
***
Handset yang berbunyi di atas meja memaksanya bangun dari duduk di katil.Sketchbook dan gambar-gambar bersaiz 4R yang berterabur ditolak tepi.Dia memandang nama pemanggil sambil mencapai handset di meja.
“Hello,assalamualaikum. “Jade mengukir sengih. “Apa cerita kau,Wak?”
“Waalaikumsalam.” Wak Duku ketawa. “Kau tengah buat apa?”
“Mengadap kerja la.Takkan basuh pinggan kot.” Jade melangkah ke katil dengan tawa kecil. “Kalau aku tebiat rajin sangat basuh pinggan mau mak aku keluar spekulasi kata aku kena sampuk ngan bunian Kenyir.” Dia kembali duduk bersandar ke kepala katil. “Apahal kau call?”
“Nie aku nak ajak nie.Kau nak lepak dengan kitorang malam esok?”