Pada mulanya di Jepang, komik adalah bacaan untuk anak-anak. Pada tahun 1959, mulai diterbitkan dua majalah komik mingguan untuk anak laki-laki, yaitu Shonen Magazine dan Shonen Sunday. Saat itu kebudayaan hiburan untuk anak adalah komik saja. Belum berkembang anime, dan tentu saja belum ada computer game. Hampir 10 tahun kemudian, majalah komik untuk remaja mulai terbit, misalnya Manga Action (1967), Young Comic (1967), Play Comic (1968), dan Big Comic (1967). Pembaca komik yang usianya 10 tahun pada 1959, telah berusia kurang lebih 20 tahun sehingga mereka yang sudah remaja mau membaca komik yang cocok dengan selera mereka.
Matanya meniti baris-baris ayat dalam artikel bahasa Indonesia tulisan Ishizawa Takeshi tu.
Ciri-ciri khusus gambar komik genre baru ini adalah realisme. Gaya realistis disebut "gegiga" (Geki artinya drama, Ga artinya gambar) mendominasi komik Jepang. Cerita juga berubah menjadi realis dan serius.
Definisi untuk komik bukan sekadar bahan gelak ketawa,betul.
Tentu saja ceritanya berlawanan dengan moral yang berlaku masa itu. Kebetulan saat itu, sekitar akhir 1960-an gerakan mahasiswa menjadi marak sekali. Saat itu juga generasi muda mengakibatkan gerakan baru dalam dunia kebudayaan dan kesenian, termasuk dunia komik. Karya MIYAYA Kazuhiko, MASAKI Mori dan KAWAGUCHI Kaiji langsung bertema gerakan politik radikal. Selain itu, majalah komik alternatif COM (sejak 1967, sekarang sudah tidak terbit) dan GARO(sejak 1964, tahun 2003 berubah jadi majalah online di internet) memuat karya-karya yang kreatif.
Aku setuju.
Saya akan menceritakan komik sebagai karya budaya seperti sastra atau seni rupa yang harus mempunyai nilai sendiri yang dibedakan dengan nilai dari segi moral, agama, ekonomi, atau politik.
Ini baru betul definisi aku untuk komik.Komik bukan sekadar gambar-gambar lawak yang nak buat orang ketawa je.Macam jugak orang yang kerja tulis cerpen,novel.Bukan sekadar nak letak cerita stereo-cinta-basi yang balik-balik tu,balik-baik tu.Dunia bukan hanya berputar dengan cerita cinta.Sejarah Malaysia dari Form 1 sampai Form 5 pun ada je cerita pasal penulis-penulis yang lawan penjajah dengan mata pena.Pak Sako antaranya.Dan kalau nak ikutkan,pena bukan hanya untuk menulis,malah untuk melukis.Almarhum Rejabhad guna komik untuk perang psikologi lawan komunis masa zaman Bintang Tiga dulu.Definisi komik yang nie yang buatkan dia melukis sebenarnya.
“Kenapa kau tak jadi kartunis?”
Kenapa?Dia memandang wajah Trisy yang menanti jawapan di sebelah.Kemudian dia kembali pada sketchnya.Kalau aku redah jugak jadi kartunis alamat aku putus darah la dengan mak bapak aku. “Parents aku tak suka.Bagi diorang kerja tu tak ada masa depan.”
“Tapi Jade,kau lukis lawa.” Bersungguh-sungguh Trisy menutur.Ikhlas.“Kau tak try hantar kat mags ke kau punya artwork?”
“Ada jugak hantar.” Off-handed dia menutur. “Tapi untuk jadi kartunis nie,payah kalau nak berjaya sendiri.Kena ada contact,pandai cari lubang.”
“Owh...” Trisy angguk. “Tapi Jade,serius aku cakap.Kau lukis memang lawa.”
Dia mengukir senyum nipis segaris. “Thanks.” Pensel mekanikalnya terus berlari.
“Wei...kau ingat aku puji sebab nak sedapkan hati kau ke?!Aku cakap ikhlas betul nie!” Buat ye tak ye pulak mamat nie.Aku puji sikit punya penuh perasaan tu.
“Dah tu kau nak suruh aku buat apa?” Dia berhenti melukis.Pandangannya dialih pada Trisy.Budak nie la kan...
Tanpa sedar Trisy menggaru kepala yang tak gatal. “Tader la...Kau nie pun...Tader perasaan ke?Kurang emotion kau nie.Lain kali enthusiastic la sikit.”
“Dah aku jenis macam nie,nak buat macam mana lagi?”
“Apaper je la.” Trisy mengangkat kedua belah tangan tak tau nak buat apa dah. “Artwork kau nie memang dah selalu kena puji kot.Sampai dah tak rasa apa.”
Lakarannya terhenti sekali lagi. “Kau nak tau tak?” Pandangannya ditala ke kaki lima bawah bangunan depan.
“Apa?”
“Satu.Kau nie bising.” Pandangannya dialih pada Trisy.
Trisy buat muka. “Jerk!”
“Dua.Kau orang yang first tengok artwork aku selain dari aku sendiri ngan memana mags yang aku pernah hantar.”
Trisy terdiam. “Kau tak pernah tunjuk kat orang ke?” Perlahan dia bertanya.
“Tak ada siapa yang pernah berminat nak ambil tahu.Jauh sekali nak support nak puji.” Datar dia menutur.Sketchbook dan pensel mekanikal dilepas ke riba.Cermin matanya dilurut menuruni hidung.Matanya jauh merenung langit biru lepas.
Trisy hanya memandangnya.Sejenak gadis itu tidak menutur apa-apa. “Aku faham.”
Mak dan ayah memang tak pernah nak faham.Dia seolah kena hidup dalam bayang Abang Long dan adik.Setiap masa dan ketika dia dibanding dengan Abang Long dan adik.Ye la...Parents mana yang tak bangga kalau anak score 4.0 flat semedang kat UM yang tough gila tu?Abang Long bakal jadi pharmacist berjaya.Adik pun apa kurangnya.Dari matriks sampai menjejak ke ke USM rekod cemerlang masuk Dean’s List.Mungkin sebab dia je yang kurang.Dia sekadar buat diploma.Dan dalam course yang macam tak berapa nak ada masa depan.Tapi mak dan ayah lebih rela dia buat Mass Comm dari terus terjun ke alam kartunis.Mak dan ayah tak nampak masa depan di lapangan itu.Tapi mak ayah jugak tak tau dan tak pernah kenal Frank Miller dan Stan Lee.Siapa kata kartunis tak boleh buat duit?Boleh jika kena gaya dan caranya!Mak dan ayah tak nak tengok betapa berjayanya kartunis macam Dato’ Lat,Zint.Mereka tak tau yang Chee dan Milx adalah antara kartunis local yang dah menjejak taraf antarabangsa dengan melukis untuk Marvel dan IDW.Persada komik di Malaysia dah berubah jauh!Mak dan ayah menolak permintaannya untuk sambung belajar di The One Academy kerana yuran yang mahal,dan kerja yang macam tak menjamin masa depan di mata mereka.Dia akur.Namun dia tak membiarkan darah seninya terkubur.Takkan sekali-kali.
Kini syukur alhamdulillah segalanya dah dipermudahkan.Walaupun dia bukan lulusan One Academy atau Lim Kok Wing,tapi sekurangnya dia masih punya ruang untuk bekerja dalam bidang nie.Bidang yang dia minat,yang dia suka.Bila buat kerja yang dah suka,tak kisah la kena buat apa pun.Semuanya tak rasa beban takat mana sangat.Dan sekarang nie dia baca artikel nie pun kira untuk tambah lagi pengetahuan dalam arena nie.Kartunis bukan kerja main-main.Alang-alang jadi kartunis,biar berisi.Tu pesan Riyad dari dulu.Dan rak buku dalam bilik nie pun penuh dengan buku-buku pasal seni ngan komik,manga ngan kartun,dari dalam ngan luar negara.Rujukan tu perlu.
Komik pun boleh jadi satu medium nak bercerita,berkongsi rasa.
Dan kelmarin,lepas ‘lepak’ dengan Wak Duku ngan bebudak lain tu,dia belajar definisi baru untuk beberapa istilah lain.
“Seperti yang disebutkan oleh Muadz bin Jabal kalau tak silap;kita duduk dan beriman sejenak.Dia salah seorang sahabat Rasulullah.”
Nie definisi diorang untuk ‘lepak sekali’.
“Kalau nak ikut Dr. S.M Hatta,tanggungjawab nie boleh kita pecahkan pada lima bahagian.Yang pertama tanggungjawab pada Allah dan rasul-Nya,kedua tanggungjawab pada diri sendiri,ketiga tanggungjawab pada keluarga,keempat tanggungjawab pada umat Islam lainnya,dan yang akhir tanggungjawab kita pada negara ngan umat manusia in general.”
Nie pulak definisi yang Wak Duku bagi untuk ‘tanggungjawab’.
“Tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim bukan setakat nak cukup solat lima waktu sehari semalam,puasa bila sampai time Ramadhan,etc...etc...ikut Rukun Islam semata-mata.Sunnah Rasulullah yang paling besar ialah menyampaikan Islam.So,kira tanggungjawab kita jugak untuk sebarkan Islam pada orang lain jugak dengan ikut sunnah Rasulullah.”
Sungguh.Kalau nak diikutkan masa tu pun dia memang susah lagi nak compute Wak Duku yang ala-ala lepak lawak selamba tu cakap pasal benda-benda macam nie seolah dah biasa.Tapi macam yang Wak Duku cakap masa kat Kenyir dulu memang ada betulnya.Orang yang bukan sekolah agama pun kena kenal Tuhan,kenal agama.
“Pernah ada seorang penyair famous masa zaman selepas Rasulullah,nama dia Iqbal.Dia gunakan kekuatan dia sebagai penyair untuk tulis syair-syair yang kira membangkitkan jiwa orang ke arah Islam.Itu kekuatan kelebihan dia.So kita yang kerja lukis komik nie patutnya guna kekuatan kita macam tu jugak.Sekurangnya tunaikan tanggungjawab untuk sampaikan tentang Islam pada orang yang kat luar tu.Memang la kalau nak ikutkan agak pelik nak cakap pasal Islam dalam mags kita,tapi sekurangnya cuba.Jangan jadikan kerja tu sia-sia.Dan dalam pada masa yang sama jugak mantapkan kefahaman kita pasal Islam tu sendiri. ”
Mulanya agenda malam tu start pukul 7 petang tu.Berkumpul kat rumah kongsi Big Boss,Rapala,ngan Awie.Sebab ada yang puasa sunat hari Khamis,kira bukak puasa ala kadar sama-sama,lepas tu jemaah Marghrib.Lepas tu baru makan berat sikit.Elok masuk Isya’,jemaah terus.Lepas tu baru masuk sesi tazkirah macam kat Kenyir dulu.Bila dah habis lepak kat rumah Big Boss tu (Mapie kata kot kalau nak bunyi arab boleh la panggil liqa’ ),penutupnya dengan kopi bujang yang dibuat dek Awie.
“Memang tiap-tiap hari korang buat macam nie?”
“Tak jugak.” Rapala mengacau isi mug dengan sudu. “Kalau nak ikut tiap-tiap hari mungkin susah nak kumpul orang sebab masing-masing sibuk.Tu belum lagi masuk kes ada yang tidur terus kat office sebab nak kejar deadline yang dah jadi deathnote.Kau tau je la.Kau pun faham,kan?” Dia sengih. “Biasa buat paling kurang pun seminggu sekali,ikut kelapangan masing-masing.”
Dia hanya mengukir sengih.Faham adat hidup orang yang kerja nie.
“Kau rasa pelik ke aku ajak kau lepak spesis macam nie?” Rendah Wak Duku bertanya di sebelahnya dengan sengih selamba.
Dia hanya mengukir senyum nipis segaris. “Macam aku kata kat Kenyir dulu la.Environment macam nie refreshing.Sebab yang kau cakap tu benda betul.Banyak je yang aku tak tau,aku baru belajar.”
“Kira kau tak serik la kalau aku ajak lagi,eh?”
Ketawanya pecah. “Bila-bila korang nak ajak aku lepak lagi korang bagi tau je la.”
“On.” Awie mengangkat mug di tangan ala-ala mock salute dengan sengih di sebelah Big Boss.
“Wak.” Dia kembali beralih pada Wak Duku di sebelah.
“Hmm?”
“Bila nak buat trip pergi Kenyir lagi?”
“Kau pun dah ketagih mancing ke apa?” Kening Wak Duku terangkat sebelah merenungnya dengan sengih mengusik.
“Aku miss environment dia je.”
Sungguh dia tak tau malam tu Wak Duku buat sujud syukur rupanya lepas dia balik dari lepak/liqa’ tu.
Dia kenal dengan Wak Duku,Awie,Mapie,Rapala,Jid ngan Big Boss mulanya masa yang dia buat freelancing dengan Beyond Eons dan Blitz Media dulu.Memang kenal diorang sebagai stok kartunis yang jenis lebih kurang sama ngan dia je jenis orangnya.Tapi kalau nak ikutkan Wak Duku,Awi ngan Rapala tu meriah sikit la kalau nak banding dengan yang lain.Big Boss yang paling pendiam.Selalu je masa awal-awal kerja dulu lepak minum teh tarik ngan diorang.Tapi tak pernah pulak nampak kelibat diri diorang yang spesis macam nie.
Bila fikir-fikir balik,memang ada perubahan pada diri kalau nak ikutkan lepas balik dari Kenyir hari tu.Kalau sebelum nie dia solat,solat biasa je la.Tapi lepas balik nie solat tu terasa lebih berisi,lebih bermakna.Mungkin sebab setiap kali tazkirah kat Kenyir tu diorang suka sebut maksud-maksud bacaan dalam solat.Sekurang-kurangnya sekarang ada jugak sepatah dua bacaan yang dah faham.Lagi boleh feel.Dan bila berjaga sampai ke tengah-tengah pagi buta tu bahana membuat kerja yang tak sudah,mesti teringat masa kat Kenyir.
“Bukan senang nak berjaga free macam nie.Baik manfaatkan betul-betul.”
Betul jugak.Kadang-kadang kalau mata tu larat lagi bertahan dia buat jugak solat sunat sebelum tidur.Sebab macam sayang dengan perasaan macam masa kat Kenyir dulu.Pasal mengaji pun macam tu jugak.Sekarang nie paling kurang sekali sehari dia baca Quran,lepas Marghrib sementara nak menunggu Isya’.Yang membuatkan dia buat macam tu sebab bila fikir-fikir balik macam sayang pulak nak berhentikan flow dari Kenyir dulu.Masa kat Kenyir dulu bila join bebudak tu mengaji lepas solat ngan sementara menunggu ikan,memang kira bertambah la bacaan tetiap hari.Takkan bila balik KL berhenti kat tetengah bacaan.Macam sayang la pulak bila dah start nak berhenti.Karang nak start balik bukan mudah.Dan sebenarnya nie kira jasa Rapala jugak la nie.
“Wak Duku dengan Big Boss mana?”
“Atas.” Rapala yang menjawab. “Wak tengah ngaji,Big Boss tengah qiyam.Kalau kau nak join diorang pergi la.Kitorang baru sudah.Buat qiyam fardhi je.Sendiri-sendiri.” Dia mencapai messenger bag di atas tong Coleman. “Kalau kau nak join Wak ngaji aku ada tafsir Quran.” Rapala menghulur Quran mini tu.
Dan bila dia nak memulangkan balik lepas tu...
“Kau ambil je la terus.Kot nak pakai lagi.Aku ada extra.”
Sebenarnya dia sendiri tak perasan pun ada benda yang berubah.Dia hanya sedar bila...
“Sejuk hati mak tengok kamu lepas balik dari Kenyir tu.Kamu pergi ikut kem agama ke kat sana tu?”
Kem agama?Dia hanya sengih dalam hati.Lebih kurang la kot gamaknya.