Masa datang berganti dari minggu ke bulan di bawah sedar.Betul la kalau nak ikut hadith nabi,bila dah nak dekat dengan kiamat masa tu pun berlalu makin cepat.Tambah dengan kesibukan yang memang tak mengenal tempat.
‘2’ dah selamat jadi novel grafik.Buku I dan buku II. ‘Jalanan’ pun dah selamat jugak.2 siri mini dah selesai.Dan sekarang bekerja dengan cerita baru. Syukur ahamdulillah kerana idea tu belum pernah kering,dan tenaga dan melukis tu masih ada.Pernah je ada orang tanya,macam mana dia boleh melukis macam Katrina sapu New Orleans.Sejujurnya kalau nak suruh dia jawab,dia sendiri pun tak tau jawapannya apa.Benda tu subjektif.Ada masa kalau memang betul on the roll,dia boleh siapkan 6 muka surat sehari.Kerja paling gila yang dia pernah buat pun buat 16 muka surat dalam tempoh 24 jam la.Tapi pernah je kadang-kadang sampai dua tiga hari satu garisan pun dia tak lukis.Dah benda tak boleh nak keluar.Takkan nak paksa idea keluar pakai pam hidraulik kot.
Jade melepas nafas perlahan.Pandangan ditebar ke serata alam sejauh mata memandang di hadapannya.Bumbung Wisma Topaz tu masih seperti dulu.Masih kosong tak dikunjung orang.Gagak-gagak masih galak berterbangan ke sana-sini menjeritkan entah apa.Deru kenderaan di jalan bawah masih sama,tak mati tak berhenti.
Pandangannya jatuh pada buku yang terbuka di tangan.Buku pemberian Wak Duku masa trip yang entah ke berapa ke Kenyir.
“Wak,kau demam ke apa tiba-tiba bagi aku hadiah nie?” Dia merenung Wak Duku yang tengah membetulkan letak kail di lantai bot.
Wak Duku hanya sengih. “Demam tak demam,kau baca je la.Inspiring tu.Sebab aku dah baca dan rasa buku tu best la baru aku bagi kau.Kalau tension kerja,boleh la baca.”
Matanya meniti baris-baris ayat di atas muka surat yang terbuka tu.
William James berkata: “Penderitaan sudah membantu kita untuk mencapai suatu batas yang tidak pernah dibayangkan.Seandainya Dostoyevsky dan Leo Tolstoy tidak mengalami hidup susah kedua-duanya tidak akan berjaya menulis buku-buku yang mengagumkan dan kekal hingga ke hari ini.”
Dengan keyatiman,kebutaan,pengasingan dan kemiskinan menjadi salah satu sebab tumbuhnya kreativiti,produktiviti,kemajuan dan sumbangan.
Jade mengalih pandang mengadah langit.
“Aku sangat penat.”
“Kenapa kau cakap macam tu?” Trisy di sebelah dipandangnya.
“Kadang-kadang aku terfikir.Why did all the bad things happen to me.” Trisy melambung-lambung botol air di tangan. “Tapi bila fikir balik,kadang-kadang aku rasa aku selfish bila fikir macam tu.Overreacting.”
“Sebab?”
“At least aku ada rumah,makan pakai semua cukup.” Trisy melepas nafas perlahan sambil bersandar pada tembok batu di belakangnya. “Sekurangnya tak macam orang-orang kat Somalia yang kebuluran tu,tak macam orang kat Palestin ngan Lebanon yang tak pernah tak berperang,tak macam orang kat Sierra Leone yang perang saudara la itu la ini la...” Trisy melepas nafas lagi. “Dan tapi kadang-kadang aku rasa macam aku la orang yang paling terseksa dalam dunia.” Matanya mengalih pandang ke arah Jade yang masih memandangnya. “Kau pernah rasa macam tu?”
Dia melontar pandangan ke tengah awan.Ini namanya Batrisya yang cakapnya mengalahkan orang tua yang dah banyak sangat merasa asam garam hidup. “Bergantung dengan keadaan.”
Sepi mengambil alih.Masing-masing mencari jawapan yang tak pasti di tengah langit luas.
“Jade.”
“Hmm?”
“Kadang-kadang bila aku fikir pasal masa depan,aku takut.”
“Takut dengan masa depan?”
“Sebab aku tak tau apa yang akan jadi.Kalau memang terus je macam nie...” Trisy menggigit bibir bawah. “Memang tak ada guna hidup.” Sambungnya rendah,menggumam sendiri.
“Trisy,we’ve talked about that.”
“I know...I know...” Trisy menjawab malas. “Aku tak dapat nak bayang aku nanti jadi macam mana lagi 10 ke 20 tahun.” Botol air di tangan diletak tepi. “Aku akan jadi macam Jazz,Rina ngan Tati ke?Aku tak nak jadi macam diorang.Tapi aku sendiri tak tau nak jadi apa,apa yang aku nak.Dan kalau ada benda yang aku nak jadi pun,aku tak tau nak capai macam mana.Kalau dengan rumah neraka macam tu,alamat aku makan diri je.Tak dapat nak fikir benda lain pun.”
“The flower that blooms in adversity is the most rare and beautiful of all.”
“Huh?” Trisy merenungnya dengan kening terangkat sebelah.
“Mulan.” Ujarnya sepatah sambil mengalih pandang sekilas ke arah Trisy sebelum kembali mengadah langit luas.
“Mulan?” Trisy mengulang dengan kedua belah kening kini terangkat tinggi.
“Mulan.” Dia mengangguk. “Itu yang emperor tu cakap kat Shang masa Mulan nak balik kampung dia.”
Rahang bawah Trisy jatuh. “You’re quoting Mulan?!”
“So?”
Ketawa Trisy pecah tanpa dipaksa. “Kau tengok kartun Disney?!”
Dia hanya menjungkit bahu dengan senyum selamba. “Apa?Salah ke?”
Ketawa Trisy masih bersisa. “Betul la mamat nie jiwang.”
“Lukisan lawa,mesej lawa.” Jade menjulingkan mata. “Cetek punya budak.”
Trisy buat muka.
“Maybe satu hari nanti kau boleh jadi macam bunga tu.”
“Bunga mana?”
“The flower that blooms in adversity tu.” Jade menggeleng perlahan.Nie namanya Batrisya yang dah macam budak tadika.Kena orang cakap sepatah-sepatah. “.... is the most rare and beautiful of all.”
“Adversity,huh?” Trisy sengih tawar pada langit. “Rare and beautiful of all...” Ulangnya sambil menggeleng. “Jade,kau nie corny la.”
“Sue me.”
Betul,kita belajar dengan ujian dan dugaan.Kita membesar dengan ujian dan dugaan.Kita dewasa dengan ujian dan dugaan.Kita matang dengan ujian dan dugaan.Kita kenal erti hidup dengan ujian dan dugaan.Dan kadang-kadang ujian dan dugaan tu bukan hanya kepayahan.Kesenang pun satu ujian.
Kadang-kadang Allah menganugerahkan nikmat dengan cubaan walaupun sangat besar.Dan sudah menguji sesetengah kaum dengan nikmat.
Sebab kesenangan dan nikmat boleh buat orang lalai.Boleh buat orang lupa diri.
“Kadang-kadang aku rasa lagi baik kalau ayah tak naik pangkat,ibu tak kerja balik.Sebab bila manusia mula kejar duit dengan pangkat,boleh buat diorang lupa benda lain dalam hidup.” Trisy memeluk lutut kanan yang ditegakkan.
“Kau tak pernah rasa tak cukup,Trisy.Kalau bagi aku,kadang-kadang aku rasa aku nak je ayah aku tu bertambah gaji,mak aku tu kerja.Aku nak kitorang senang.” Dia memandang Trisy di sebelah.
Trisy hanya menjungkit bahu. “Everything has it’s pros and cons then.”
Dan mungkin sebab tu Allah dah pesan siap-siap,jangan menimbang benda dengan neraca dunia,timbang dengan neraca langit.Sebab kalau nak ikut pertimbangan manusia,memang takkan ada benda yang akan kita berpuas hati.
Dan jika kami rasakan kepada manusia suatu rahmat (nikmat) dari kami, Kemudian rahmat itu kami cabut daripadanya, Pastilah dia menjadi putus asa lagi tidak berterima kasih.
Dan jika kami rasakan kepadanya kebahagiaan sesudah bencana yang menimpanya, niscaya dia akan berkata: "Telah hilang bencana-bencana itu daripadaku"; Sesungguhnya dia sangat gembira lagi bangga,
Kecuali orang-orang yang sabar (terhadap bencana), dan mengerjakan amal-amal saleh; mereka itu beroleh ampunan dan pahala yang besar.
(Surah Hud:9-11)
Dan benarlah kata-kata Allah.Dia yang lebih tahu segala apa yang ada di langit dan di bumi sebab Dia yang menjadikan segalanya.
Handset yang berbunyi di dalam saku jeans mengejutkan lamunannya.Cepat ditarik keluar.Bibirnya mengukir senyum segaris melihat nama pemanggil sebelum menjawab panggilan.
“Assalamualaikum.” Jade mengucap salam.
“Waalaikumsalam.” Wak Duku menyambut. “Kau kat mana nie?Datang tak malam nie?”
Jade melihat jam di tangan.Dah hampir 6.30 petang. “Aku dah nak gerak pergi sana.”
“Kau puasa,kan?”
“Insya-Allah.” Jade dah bangun dari duduk.Backpack dibawa di bahu kanan dengan buku di tangan.
“Kitorang tunggu je la macam tu.”
“OK jumpa nanti.” Langkahnya menghala ke tangga.
“Insya-Allah.Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.”