~hlovatulis:carpal tunnel syndrome~

Image hosted by Photobucket.com
   

<< January 2007 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31

~BLOG TROTTER~

.:~hlovate's cerita~:.

~hlovate's hikayat~

~hlovatulis~

~hlovatalk~


~FAQs~

~~a moment~~




creep~street symphony

"...antara Fender dan warna-warna...
...antara muzik jalanan dan jalan cari Tuhan...
...ini cerita orang-orang itu...
....ini cerita masa lalu..."
|i||ii||iii||iv||v||end||wrap-up|

rooftop rant
"...lontarkan...
...kalau tidak ia meracun...
...kongsikan...
....walau hanya pada awan-awan..."

Part I
|1||2i||2ii||3||4||5||6||7||8i||8ii||9||10||11i||11ii||12||end|
Part II
|1||2i||2ii||3i||3ii||4i||4ii||5||6||7i||7ii||8||9||10||end|
Part III
|1||2i||2ii||3i||3ii||4||5i||5ii||6||7||8||9||10||11||end|

komik bidadari besi

|open||i||ii||iii||iv||v||vi||vii||viii||ix||x||end||close|

anthem

"...everybody has a past...
...everybody lives a present...
...everybody deserves a future...
...that was I and this is me..."


VERSUS
"....Minn..AO...and the sun....
....the past vs the present...
...skate and the street...changes and turning points in life....
...everything is under His will....."


Ked's Story
...Ked...Hadiah...Nawal...a lady....a romeo...a skater...
.....Florida-Virginia....
....everything is okay in the end.if it's not okay, then it's not the end....

GT_i~Trilogy

GreaTroubleMaker_i
"....heyday of the honeymoon year...
...Form4,Kolej Tunas...
....Addin and the GT_i....."

GreaTroubleMaker[i'm a senior]
".....enter the SPM year...aarrrggghhh....
.....budak jenayah bertemu buku dengan rak bukunya....
.....ice vs ice...ferum vs aluminium....
...Addin Shah vs Benz Alif...."

GT_i[i'm outta teens]
".....i want to have nothing to do with him..."
"...knowing a Didi and an Addin..."
"...changes of equation...
from Addin Shah vs Benz Alif=Didi+Benji..."


5tahun5bulan
".....a Plain Jane's diary....
....growing up and learnin ain't easy...
...not another mere fuzzy-mushy entries...
...antara Sultan Mansur,Jebat dan Hang Li Po,it's just part of the story...."


Schubert's Serenade
"...kasih sayang...
...ada di mana-mana...
...untuk semua...
....untuk sesiapa je yang mencari..."







rss feed



Jan 7, 2007
rooftop rant[III]~10

          “Heya,Jade.”

 

          “Morning,Jase.”

 

          “Morning,Jade.”

 

          “Morning,Yad.”

 

          “Kabare?”

 

          “Waras...waras..”

 

          Jade meletakkan beg ke lantai sebelum duduk di meja kerja.Satu lagi hari kerja dah bermula.

 

          “Ada orang nampak Topu tak?” Suara Qwen.

 

          “Aku tak.”

 

          “Tak sampai lagi kot.”

 

          “Tak ada lagi helmet dia atas meja.”

 

          Fail plastik di atas meja dibukanya.Mencari kerja yang terhenti semalam dan kini menuntut disiapkan.

 

          “Siapa nampak aku punya coffee mug?” Suara Sarzaii.

 

          “Tak ambik.”

 

          “Tak nampak.”

         

          “Cuba tengok kat sinki.”

 

          Tangan menarik mug alatulis ke tengah meja.Mencari segala benda yang nak dipakai untuk memulakan kerja.

 

          “Ada orang nak kirim teh tarik tak?Aku nak turun gerai bawah nie.” Suara Ayett.

         

          “Aku nak satu.”

 

          “Kalau ada karipap pusing kau belikan aku dua.”

 

          “Aku tak nak.Thanks.”

 

          “Nanti bila ThreeTwo sampai suruh dia masuk jumpa I.” Suara Jason.

 

          “OK,boss.”

 

          “Ai ai sir.”

 

          “Rightio.”

 

          Semua benda dah cukup.Bismillah...Pen celup di tangan memulakan inking.

 

          ***

 

          “Aku kesian dengan diorang.”

 

          “Diorang...” Jade memusing gelas teh tarik di hadapannya. “...mangsa keadaan.”

 

          Wak Duku mengangguk. “Tapi tu la sayang.Budak-budak muda nie la patut jadi aset.Tapi kalau dah bersepah macam tu...” Dia menongkat dagu melihat budak-budak yang bersepah di bawah lampu jalan di dataran depan gerai mamak tu. “Wassalam.”

 

          Jade mengalih pandang mengikut arah mata Wak Duku sambil melipat lengan baju Melayu.Tanpa sedar bibir mengukir senyum tawar. “Ada yang jadi macam tu di bawah sedar.” Letak cermin mata dibetulkan. “Dan ada yang jadi mangsa keadaan sampai buat diorang jadi macam tu.” Dia menggeleng perlahan. “Tapi betul la.Kesian.”

 

          Wak Duku memandang Jade dengan senyum segaris. “Kenapa kau cakap macam tu?”

 

          Jade ketawa tawar. “Wak,kalau Allah takdirkan aku tak jumpa Trisy, sampai sekarang nie aku kerja terbalikkan burger.Dan kalau aku tak jumpa kau,memang takkan aku jejak la masjid nak join solat jemaah macam nie,tak kisah la dah masuk waktu ke apa.” Dia menggeleng perlahan. “Kalau tak kerana rahmat Tuhan kita pun boleh jadi budak-budak yang bersepah macam tu,Wak.”

 

          Wak Duku mengangguk. “Betul.Kenyataan.” Teh tarik di dalam gelas dikacau dengan sudu.

 

          “Dan ada je antara diorang yang tak jadi macam tu.” Jade melontar pandangan ke tengah jalan di tepi gerai. “Tapi tu la,mangsa keadaan.Nak salahkan siapa kalau tak ada yang nak menghulur tangan nak menolong.” Dia seolah menutur sendiri.

 

          “Gaya kau cakap...” Wak Duku memandang Jade sekilas dari gelas di tangan. “...macam pernah tengok benda nie.”

 

          “Kita belajar dengan dunia keliling,Wak.” Jade mengukir senyum tawar dengan mata masih tak beralih dari dada jalan.

 

          “Jade.”

 

          “Hmm?”

 

          “Kau pernah baca The Secret Garden?”

 

          “The wha..?” Dia mengalih pandang dari lakaran graffiti di tangan.

 

          “The Secret Garden.Hodgson Burnett.” Trisy menjulingkan mata. “Takkan all time classics kau tak tau kot.”

 

          Dia turut sama menjulingkan mata ke langit. “Trisy,kau ingat penchenta agung buku jenis macam tu ke?”

 

          “Mulan kau tengok,mana la tau kot kau baca.” Trisy sengih selamba sambil membawa bar Vochelle ke mulut.

 

          Dia hanya menjeling dengan hujung mata dari lakaran di tangan. “Kau nie nak kena humban ke bawah nie.”

 

          Trisy hanya menjungkit bahu dengan sengih selamba yang masih tak padam. “Kitorang belajar teks tu masa kat sekolah tadi.” Pandangannya dilontar ke arah gunung yang sayup. “Aku rasa cerita dia macam...” Nafasnya dilepas perlahan. “..interesting,different.”

 

          “Because you could relate to Mary Lennox?” Matanya tak beralih dari pensel yang sedang berlari di tengah sketchbook.

 

          Trisy beraling lipat maut ke arahnya. “Kau kata kau tak suka buku jenis macam tu.”

 

          Dia hanya menjungkit bahu sambil terus melarikan pensel di tangan. “Aku tak kata pun aku tak baca.”

 

          “Kau nie kan Jade...” Trisy buat muka. “Silap-silap kau yang kena humban ke bawah.”

 

          Giliran dia pula mengukir sengih selamba. “Kenapa kau suka buku tu?”

 

          “Mary Lennox.” Trisy senyum sumbing sambil memandangnya sekilas.Pandangan gadis itu kemudiannya ditala ke arah merpati yang terbang di bumbung bangunan depan setentang mereka. “The unwanted child that nobody remembers,everybody hates.It’s just so sad on so many levels.Tapi lepas tu dia jumpa secret garden tu.Lepas tu dia jumpa Dickon,jumpa Colin.She started to enjoy life more...” Pandangannya ditala pula ke langit lepas. “Macam...best... Macam...aku...” Trisy melepas nafas perlahan. “I’m the kid that nobody bothers to care,then aku jumpa secret garden aku kat sini...mungkin part ending tu yang aku tak jumpa lagi.”

 

          Dia mengukir senyum nipis segaris dengan mata tak beralih dari lakaran di tangan. “Kalau macam tu aku jadi apa?Dickon ke Colin?”

 

          Trisy mengalih pandang ke arahnya dengan sengih selamba. “Ben Weatherstaff the tukang kebun?”

 

          Dia sengih geram. “Betul la kau nie nak kena campak ke bawah.Ingat aku grumpy macam pak cik tu ke?”

 

          Trisy hanya ketawa. “Tu yang sampai nak campak orang ke bawah tu kira grumpy la tu.”

 

          Dia hanya menggeleng. “Susah bercakap dengan budak kecik nie.”

 

          Trisy buat muka. “Wet blanket.”

 

          “By the way...” Sekilas wajah Trisy di sebelah dipandangnya. “Kau rasa kau enjoy life better banding dengan sebelum nie?”

 

          Trisy menarik botol air di sebelahnya. “Kinda.”

         

          Dia hanya mengangguk dan kembali pada lakaran di tangan.

 

          “Jade.”

 

          “Hmm?”

 

          “Boleh la kau jadi Dickon.”

 

          “Kadang-kadang aku cemburu dengan orang yang ada bukan born as a Muslim atau born as Muslim yang tak practice,tapi dapat nikmat tu later in life.” Suara Wak Duku kembali menariknya dari ingatan ke masa lalu. “Sebab diorang tak take that thing for granted.” Wak Duku menutur dengan mata menala pada dataran di depan mereka. “Kalau nak tengok keliling kita nie je,memang ramai yang nama Muslim.Tapi entah berapa kerat je yang practice.” Dia menggeleng sendiri. “Sedih betul aku tengok.”

 

          “Hati tu Allah yang pegang,Wak.” Jade senyum tawar.

 

          “True.”

 

          Allah yang memegang hati.Allah yang membolak-balikkan hati.Allah yang memberi petunjuk dan hidayah. Allah yang mengetuk pintu hati untuk berubah.Allah jugak yang memalingkan Diri kalau kita yang terlebih dulu memalingkan diri dari Dia yang patut disembah.Allah yang mentakdirkan dia mengenal Wak and co.,Allah yang mentakdirkan hatinya terbuka dan dilembutkan untuk menerima,Allah yang menyebut kun faya kun untuk semua benda jadi dari yang tak ada.

 

          “Kerja kau banyak lagi sekarang?” Wak Duku tiba-tiba bertanya,menukar topik.

 

          “Kerja tu.” Jade sengih tawar. “Mana pernah nak habis.Kau punya apa cerita?”

 

          “Dok cerita tu la.” Wak Duku ketawa. “Tapi buku Transformers kau tu memang banyak tolong la.Thanks.”

 

          “No hal.” Jam di tangan dipandangnya. “Dah nak lewat nie.Kena balik oi.Aku tak siap bahan lagi untuk ekspo esok.”

 

          Wak Duku ketawa. “Beres.Jom beransur.”

 

          Teh tarik yang tinggal suku dihabiskan.

 

 

 

 

          Tubuh direbahkan ke katil.Matanya mencari jam di dinding.Hampir 1.30 pagi.Tangan kanan dibawa ke mulut menahan kuap.Memang badan penat lesu betul semenjak dua menjak nie.Kerja tak susut-susut.Tidur pun sekarang nie kira empat jam je sehari.Kalau hari yang dapat nak tidur awal kot boleh la nak dapat lima jam tidur.Jade melepas nafas perlahan.Tangan sekali lagi dibawa ke mulut menahan kuap.

 

          Semuanya kerana...

 

          Cita-cita.

 

          “Apa kau punya golden dreams?” Suara Trisy menerjah telinganya bertanya.

 

          Kedua belah tangan meraup wajah.

 

          “Eternal happiness.” Dia memutar pensel di tangan.

 

          Jade memejam mata.Suara Wak Duku pula menerjah kepala.      

 

          “Sejarah dah buktikan, orang-orang yang berjiwa besar je yang memiliki cita-cita tinggi. Impian mereka tak difahami orang kebanyakan.Nie sebab impian mereka jauh terkedepan, menewaskan impian pelumba dan pengejar sekangkang kera harta dunia.” Terngiang kata-kata Wak Duku masa tazkirah pertama masa ekspedisi ke Kenyir yang mula-mula dulu. “Tapi bukan setakat tu je,mereka jugak berusaha mewujudkan apa yang mereka cita-citakan dengan segenap upaya dan kesungguhan, bermatian deminya kerana impian itulah cita-cita yang paling tinggi dalam kehidupan mereka, dan umumnya mereka mampu meraih cita-cita yang telah mereka canangkan.[1]

 

          “Kira walk you talk la nie.” Rapala mencelah.

 

          Yang lain mengangguk.

 

          “Kita kena rasa kemulian dan keagungan impian kita nie. Ironi kalau nak banding dengan impian dan mental orang kebanyakan, lebih-lebih lagi remaja zaman sekarang yang sebaya dengan kita, cita-cita mereka rendah kerana jiwanya lemah, langsung tiada izzah. Bergelumang dengan dosa dan maksiat. Leka dengan angan-angan kosong dan remeh, di alam komik yang tiada manfaat kepada syahid di jalan Allah, yakni di alam-alam yang rendah nilainya, tertutup dan terbatas ibarat alam katak di bawah tempurung[2].” Wak Duku menambah lagi dengan bacaan dari artikel di tangan. “Dan kira tanggungjawab kita jugak untuk membangunkan mereka yang tidur nie.”


          Yang lain mengangguk lagi.


          “Oleh sebab tu kita kena ada cita-cita yang tinggi dan besar. Orang yang macam tu akan mencapainya dengan perjuangan dan pengorbanan yang sungguh-sungguh diiringi dengan mental yang luar biasa. Bukan dicapai dengan menumbuhkan banyak alasan, kekalahan atau keputusasaan. Kekuatan tekad yang mereka miliki disertai dengan kerja keras juga doa kepada Allah SWT membuat mereka mampu mencapai apa yang mereka inginkan[3].”

 

          Ketika itu di hanya mendengar.

 

          “Oleh tu,sahabat, bercita-citalah! Pancangkan cita-cita tu setinggi mungkin. Iringi dengan kesungguhan, perjuangan dan pengorbanan untuk mencapainya. Semoga Allah SWT merahmati kita  dengan memperkenankan cita-cita itu.” Wak Duku menutur lagi. “Bercita-citalah, bukan hanya untuk dunia, tapi juga untuk akhirat[4].Tak ada nilai dunia nie kalau nak banding dengan akhirat.”

 

          Dan mendengar lagi.

 

          “Rasulullah bersabda, "Dan jika kalian meminta kepada Allah, maka mintalah surga firdaus, sebab dia adalah surga yang paling tinggi;diriwayatkan oleh Imam Bukhari.”

 

          Cita-cita...

 

          “Ingatlah sahabat, impian adalah titik mula gerak langkah kita, kesungguhan dan keyakinanmu bakal menentukan titik akhirnya.”

 

          Kerana cita-cita yang besar itu la dia kena berusaha.Usaha yang dilipatganda beribu kali.Perancangan yang dibawa melangkau masa,yang memaksanya untuk bersedia.Tak boleh tidak kalau ini yang dia nak.Jade menghela nafas panjang.Mata kembali dibuka.Dia mencari kalendar di dinding.Ada lagi 30 mukasurat.Ada lagi dua minggu untuk berkata tidak.Ada lagi dua bulan jika nak memilih hidup untuk berubah corak.

 

Previous Entry Home Next Entry