***cerita nie pernah dipublish around the same time last year,tp tak habis pun.since rooftop rant pun tgh beku,so yeah.enjoy reading n shoutouting...***
dan mcm yg pernah ditulis dulu...
________________
creep~ini street symphony yang berevolusi
creep~ini memori orang2 itu
creep~ini shoutout
creep~ini cerita yang belum nampak penghujung
creep~ini hantu masa lalu
creep~hlovate tengah dalam keadaan tak bernama
****tinggalkan rooftop_rant seketika.with an apology.
_________________________________________
"3...4..."
Tali Fender Dreadnought Acoustic yang dipetik berlagu perlahan.
Diikuti deru drumstick berlari membuat rolling di atas snares Pearl drumset.
Amplifier Fender Squier Standard Fat Strat electric dan Ibanez bass kemudian berdentum bagaikan on cue.
Dreadnought menyusul.
Revival Music Studio bergegar lagi.
"Hella good."KČ* memutar drumstick di tangan.
Yang lagi empat mengukir sengih.Antara puas hati dan penat.
"Hella good."Erdi menarik botol 100 Plus.Dia memandang ke kiri. "Kita nak balik pukul berapa nie?"Jam di tangan dipandang.
"Aku tau balik nie aku nak lena.Gila punya penat.Presentation aku tak siap lagi.Proposal untuk Puan Jasni pun tak complete lagi.Isnin kena present.Bengong aku dibuatnya.Malam karang aku jadik Batman."Azad mengadah siling studio. "Yok balik la.Dah lepas dah gian nak jam."
Beauty...Tali Fender Dreadnought di tangan dipetik tanpa sedar. "Aku tak abis lepas rindu lagi nie."
***
Laptop di atas meja berdentum dengan Freak On A Leash-Korn.Langkahnya malas diatur ke katil bujang di sudut bilik sekangkang kera itu.Sebelah tangan mengelap rambut yang basah.Tubuh dilontar ke katil serentak dengan tuala di tangan dilontar ke belakang kerusi studi ala-ala membuat alley-oop basketball.
Penat gila!
Baru nak memejam mata handset di atas meja studi tiba-tiba menjerit dengan Enter Sandman-Metallica.Tayar basikal betul....Fend merengus kasar.Tubuh diangkat dari katil.Dengan dua langkah dah dia mencapai i-mate di meja.
"Apahal?" Malas dia menjawab.
"Kau jadi tak nak buat coverage Asian X-Games minggu depan nie?" Suara Azad menerjah dari speaker. "Aku baru teringat aku ada deal dengan Street Tribe untuk layout diorang.Kalau kau nak cover,boleh aku masuk line untuk kau sekali."
"Aku tengah tunggu call dari Revolution* nie." Fend merenung i-mate di tangan.
"Kau nak aku cakap tak kat Jen?Kira back-up la kalau Revolution tak nak."
"Sure.Thanks."
"No hal."
i-mate kembali diletak ke meja.Tubuh dilabuhkan ke atas kerusi studi.Sebelah tangan mengurut leher sambil pandangan dilempar ke serata bilik.Dunianya.Fend menarik nafas perlahan.Hidupnya cuma ada lima benda yang bermakna. Camera,gitar,laptop,i-mate,iPod.Duitnya banyak habis pada benda yang lima tu je la.
Student photography merangkap free-lance photographer nak hidup dengan apa kalau tader cam? Sony DSC-R1 dengan Canon Digital Rebel tu memang dijaga ngalahkan jaga diri sendiri. Laptop,memang benda wajib.Nak edit photo,buar kerja.i-mate, mau mati kutu kalau tak ada phone merangkap PDA tu.Dan dia tau dia takkan hidup tanpa gitar-gitar Fendernya yang dua tu;Stratacoustic dengan Dreadnought.Dia juga akan mati kutu la kalau terkurang daily dose of music.Dengan benda yang lima tu hidupnya dah cukup lengkap.
Pandangannya kembali menala ke arah laptop.Coverage Citrawarna Malaysia berlayar di skrin laptop.Beauty...Poster gergasi landskap Loner Moon yang terpampang di depan meja studi mencuri pandangannya.YOU SHOULD BE WORKING.Yeah...should be working.Portfolio due lagi 2 minggu.Cermin mata dicapai dari tepi laptop dan disarung ke muka.
Somebody Someone-Korn mula berdentum.Let's get the party started.
***
Leher diteleng ke kiri ke kanan membetulkan urat yang terasa sengal.Dia melangkah ke tengah studio sambil menarik zip boiler-suit yang dah hilang warna asal.Atas bawah depan belakang penuh dengan semburan aerosol spray bermacam warna.Seketika dia bercekak pinggang merenung kanvas kosong di lantai berlapik newspaper lama yang bakal menjadi mangsa.Tangan dicelup ke dalam bekas white chalk.
"KČ!"
Ku Kamaruzzaman mengalih pandang dari bekas white chalk di tangan. "Fend." Dia mengangguk pada anak muda yang baru melangkah masuk melepasi pintu studio.Case Dreadnought tergalas di bahu kanan dengan beg Sony DSC-R1 tersilang dari bahu kiri.
"Baru nak start?" Case Dreadnought diletak ke tepi kabinet supplies.Kemudian beg kamera pula dibawa melepasi kepala sebelum backpack dilepas ke lantai. "Azad mana?" Cermin mata bingkai oldskool yang tegak di batang hidung ditarik ke atas kepala yang terpacak rambut ala duri landak.
"On the way kot." KČ mengikat rambut yang mencecah bahu dengan getah sayur di tangan. "Baling filter mask tu kejap."
Fend mencapai filter mask ala-ala Anti-Anthrax Squad dari meja kerja KČ lalu dilontar tinggi.Cekap KČ mencapai dengan sebelah tangan.Terus disarung ke leher.
"Kau buat la kerja kau.Aku start dulu." KČ menyarung filter mask itu ke muka.Masking tape dicapai.Kepingan whiteboard nipis yang menjadi kanvasnya untuk hari tu dibingkai dengan masking tape pada plywood besar.Tangannya kiri kanan mula menggoncang botol aerosol. "Fend!" Laungnya tiba-tiba.Sedikit muffled dengan mask di muka.
Fend mengangkat muka dari sketch book di meja kerja KČ.
"Music!"
Fend ketawa.Ngalahkan gaya surgeon dalam OT nak perform neurosurgery.Remote dicapai dari tepi arca plaster-of-Paris Medussa.Seketika kemudian Guardian Angel-Yngwie Malmsteen menggegarkan speaker mini-compo.
This's life.Pilot Shaker di tangan pantas berlari.Petikan gitar Malmsteen masih berlagu berselang seli dengan bunyi aerosol spray KČ dan Pa'an yang khusyuk dengan artpiece masing-masing.Fend mengadah siling seketika.Cuba membayang subjek yang menjadi model di kepala.Seketika kemudian Pilot Shakernya kembali berlari.Aksi kickflip* mula menunjukkan rupa di dada kertas.Beauty...
Azad yang bersila di lantai leka memetik Stratacoustic sambil humming Time Of Your Life-Green Day.Erdi di meja sebelah khusyuk dengan airbrush di tangan.Masih dalam progress untuk siapkan portfolio Nature Wonders agaknya.Fend mengagak sambil menjeling dengan hujung mata.Toman yang melompat dari muka air menyambar pepatung itu seolah gambar hidup separa siap di hujung airbrush.
This's life.KČ dan Pa'an dengan Creative Studies.Kini cuba nak buat breakthrough dengan aerosol art,influence lepas balik dari holiday kat Brisbane tahun lepas.Cuba mengubah equation aerosol art=graffiti menjadi aerosol art yang boleh digantung sebaris dengan watercolour,oil paintings di Malaysia.Dulu dia sendiri yang kata KČ dan Pa'an buat kerja gila.Dan Pa'an pulak berkeras kata dengan gila tu la dia lagi gila nak cuba.Kalau di overseas boleh,kenapa tak di tanah air sendiri?Bebudak Creative Studies Lim Kok Wing memang wiring kepala diorang lain dengan orang lain.
Erdi budak Graphic Design and Illustration One Academy nie pun lebih kurang je la kot wiring kepala tu dengan KČ ngan Pa'an.Thinking outta the box semedang.Tapi itu kira a must.Kalau dak boleh bungkus mimpi awal-awal nak sambung ke Hertfordshire.
Azad si architect in the making,lain sikit cerita.Sebab kerja melukisnya include sekali dengan kerja buat model.Kalau presentation dah due tu kekadang sampai tersungkur terlungkup depan model.Seminggu bertapa dalam studio tak menjejak tanah kat luar.Putus fius....
Dan dia sendiri di dalam dunia photography yang juga penuh warna.Dan dunia sketch hitam putih di waktu senggang.
Beauty.This's life.Creepy Hues is life.Baik aerosol art,graphic design,camera mahupun model.Semuanya disatukan oleh tali gitar dan drumstick dalam Creepy Hues.
Lepak di studio after class.Tak kira sama ada music studio untuk jamming,atau art studio Lim Kok Wing untuk tenggelam dengan artwork masing-masing.Presence of each other yang matter.Itu je.
Art and music.Hues of colours and the tunes of street symphony.
This's life.
Pilot Shaker berlari menghitamkan wheels deck*.
* KČ-baca K-square.
*Revolution-nama majalah skate/street
*kickflip-skate trick
*deck-papan skate