Tag Lim Kok Wing Institute disarung ke leher.Langkahnya lepak tenang menghala ke venue Bike Stunt Park.Seat dah mula penuh.Fend tenang mengunyah chewing gum sambil scan keadaan.Erdi dengan Pa’an bermurah hati nak tolong cover dari wing belah sana.Pandangannya menebar pada rail-rail untuk acara bike di tengah stadium.Di gelanggang sebelah pula dah tegak ramp untuk skaters berlatih.
Lengan tiba-tiba terasa disiku perlahan. “Nak crash kat mana nie?” K² terangkat kening merenungnya.
“Tengah tu boleh la.” Langkah diatur ke aisle yang kelima dari atas.Lambat-lambat dia duduk di kerusi paling tepi dengan mata masih meneliti segenap stadium.Suara Chester Linkin Park berdentum dari speaker empat penjuru dengan Numb. K² di sebelah leka memutar straw di tangan ala-ala memutar drumstick.Sony DSC-R1 mula diacu mencari shoot paling masyuk.Target untuk hari nie.Ryan Guettler and Colin MacKay.Sayang betul Dave ‘Miracle Boy’ Mirra tak ada.
Target ditemui.Dari jauh dah nampak kedua-dua biker superstar Australia tu. Guettler dengan tee Airwalk merah dan McKay dengan tee kuning Vans lepak menanti di station peserta.Fend kembali menebar pandangan ke seluruh stadium.Kaki-kaki extreme games memang bersesak hari nie.Hari penutup!Mata meleret pula pada seat di barisan depannya.Terhenti seketika.Matanya mencerun memerhati.Kemudian menala pula pandangan pada ramp skate sebelah di mana skaters sedang membuat warm-up.Beralih kembali pada arah pandangannya sebelum itu.Interesting....
Bibirnya mengukir senyum nipis segaris.Sony di tangan ditatang mencari fokus.Beauty.Sekali lagi.
Suara MC tiba-tiba menggegar stadium.Peserta pertama.Yoshitani Tomotaka from Japan mula meluncur menuruni ramp Bike Stunt Park.
Satu demi satu aksi dibekukan di dalam Sony.The 900 McKay,double tailwhip Keni Tsuruta,rotations Radivo,tailwhip flair Guettler yang beauty petala ke lapan...even 360 tailwhip Zafrin Shah the local talent.[all these are bike tricks]
Namun Sony DSC-R1 itu sesekali mencuri pandang juga seat di line hadapannya.In progress.Fend menarik senyum nipis.Game kini berhenti sebelum masuk ke pusingan kedua.Sekilas dia memandang ke arah ramp skate yang masih belum berhenti arus skaters yang berlatih.
“Maybe kalau shade kan the face,will make it look better....”
Tubuh terasa keras sekejap bila terasa begitu hampir suara itu menyapa.
“...more mysterious.Intriguing.I think.”
Macam betul-betul tepi telinga.Teragak-agak dia dan Mimi di sebelah sama berpaling.Automatik sedikit terkebelakang bila melihat orang di seat belakang tersenyum nipis di tepi bahu.Anak komunis mana pulak yang nak jadi art teacher aku nie?!Riak wajahnya nyata berkerut kurang senang.Keningnya terangkat sebelah merenung meneliti orang yang menegur sketch di tangan sebentar tadi.Dari rambut terpacak ala duri landak hingga pada specs bingkai oldskool dan mata sepet serta senyum nipis yang tak tertafsir maksud itu.Pass kalau nak kata anak cina,tapi sebab gelap sawo matang aku rasa macam dah ala spesis komunis nie.Sekali pandang ala nerdy dengan specs,tapi memang tak jadi gaya nerd kalau dengan hairdo nenas-landak macam tu.
“But a good job,anyway.” Senyum nipis di bibirnya masih tak padam.Fend merenung wajah tuan punya sketch feebs* yang mencuri pandangannya sejak awal tadi.Tajamnya mata dik oi!Macam nak bagi tembus orang.
“We’re now starting the second rooouunnnddd!!!” Suara MC kembali menggegar stadium.
Trance pandangan yang bertentang itu pecah.Tuan punya sketch cepat mengalih pandang ke depan seolah tersedar.Fend mengangkat kening dan kemudian menjungkit bahu.K² di sebelah hanya menggeleng.Kamera di tangan kembali mencari target di tengah gelanggang.
***
“Aku lapar seh!” Pa’an menepuk perut. “Weh Azad!Kau masak apa?”
“Mangkuk tingkat betul korang.Nak makan je nampak rumah aku.” Azad melangkah ke tengah ruang tamu sempit yang serba kosong tu.Hanya tikar getah je yang mengisi ruang. “Erdi,kau bentang luas sikit newspaper tu.Fend,kau pergi ambil pinggan dengan sudu garpu kat belakang.” Periuk sederhana besar yang ditatangnya dengan kain buruk diletak di tengah newspaper lama yang terbentang. “Datang rumah aku,baham Maggie je la.”
“Laa...Maggie je?” Pa’an sengih.
“Oi...kot aku banyak duit,aku makan luar kat Deli tiap-tiap hari.”
Ketawa pecah. “Maggie pun Maggie la.Bila masa pulak rumah orang bujang ada masak lemak cili api dengan asam pedas.”
“Apa cerita korang cover Bukit Jalil tadi?” Azad bersila di lantai.
“Ryan Guettler first.”
“Figures.” Azad mengangguk. “Skate?”
“Pa’din ngan Joe Ipoh rule.” Erdi angkat kening double-jerk.
“Gaban betul....” Azad bulat mata. “Suei aku miss!Kalau tak pasal model sekolah kat dalam bilik tu dah tentunya aku sampai sana!”
“Kau ada model dalam bilik?” Fend yang baru keluar dari dapur terangkat kening sebelah.
Ketawa pecah. “Wei Fend,buat double-check.Nie kan jargon Inche Arkitek.”
“Lain kali nak nyampuk bagi salam.”
Ketawa pecah lagi.
“Rafia punya member.” Fend menghulur pinggan.
“Kau cover OK ke tadi?” Azad beralih pada Fend.
“OK kot.” Fend bersila di antara Erdi dan K. “Kalau kau nak tengok nanti kau copy dari Memory Stick aku.”
“OK tak OK...sampai anak dara orang pun nak ayat.” Off-handed K menutur sambil menyenduk Maggie goreng ke dalam pinggannya.
Tiga kepala lipat maut ke arah Fend. “Kau ayat minah skater mana?!”
“Rafia kau K².” Fend menggumam.K hanya ketawa. “Mana pulak aku ayat budak tu.”
“Ye la tu..aku yang silap ayat.” K² menjulingkan mata. “Fend bukak kelas art dekat tetengah stadium tu.” Dia sengih selamba.
“Dah advance kau sekarang.” Azad angkat kening double-jerk. “Apa kau mahu menjadi Jimi Asmara?” Dia dah macam masuk bahasa zaman Studio Jalan Ampas.
“Eh..eh..engkau..” Fend menjulingkan mata. “Apa kau ingat aku desperate sangat ke?Dah budak tu tengah draw,aku tegur je la.Bagi tips.”
“On a second thought.” Azad menuding garpunya ke arah Fend. “Aku rasa kau lagi suit dengan nama Jebon Asmara.”
Ketawa pecah lagi.
__________________________
*feebs-skate trick