Halaman Sphere yang terbuka sejak tadi tak beralih.Bukan sebab buku tu dah 88 kali baca.Bukan sebab mengantuk.Bukan sebab Crumbs-Disagree di telinga.Sebab mata bukan menala pada cerita Michael Crichton dalam muka surat tu.Mata yang dari tadi mencuri pandang masih tak beralih.Mantap...
Bermula dari rough stroke pensel mekanikal yang berlari tu,kini dah mula membentuk rupa.Skater di tengah udara dengan deck separuh terbalik membuat kickflip*.Pensel mekanikal terus berlari di atas sketch book bersaiz A5 tu.Mula menghitamkan rambut.Kemudian beralih pada tapak kasut.Coolio...buat sketch macam masak Maggie je.Dah la kidal pulak tu!Lia masih tak mengalih jelingan hujung matanya.
“Like what you see?”
Tersedar tiba-tiba bila suara mamat yang sedang melukis tu menegur rendah.Terasa darah menyerbu ke muka.Terus dialih mata kembali pada Little Sphere di tangan. “Sorry.” Antara terkeluar dan tidak dia menggumam.Haru!Free kantoi on the spot.
Bukan tak perasan budak sebelah nie tengok dari tadi.Pandangannya tetap tak beralih dari kerja di tangan. “I’m an artist.” Tangan kiri yang memegang Pilot Shaker masih menghitamkan tapak kasut si skater di tengah sketchbook. “Dan artwork memang untuk ditengok,bukan dimakan.” Ingatkan tadi nak tengok sekilas je.Rupanya tengok tak berenti.Fend senyum nipis segaris dalam hati. “You’ve the right to see ‘neway.” Hujung pensel mula melakar tribal design di atas tee.
Lia diam tak menjawab mendengar lelaki itu off-handed bersuara.Macam dia tengah cakap sensorang pun ada.Semua orang seni memang macam nie agaknya.Aura misteri.Hujung matanya kembali menjeling artwork yang hampir siap itu.Tangan kiri yang memegang Pilot Shaker menulis sesuatu di hujung bawah sudut kiri sketch.Date,time dan initial.
“There you go.” Sketch itu diceraikan dari sketchbook.Diletak di atas halaman Sphere yang masih belum beralih.
Huh?!Lia berpaling lipat maut. “No.It’s OK.Tak...”
“It’s al...” ..right.Fend terpaku seketika. “It’s alright.” Wajahnya tak beriak. “Take it.” Matanya kembali pada sketchbook di tangan.Halamannya diselak ke belakang.Terhenti pada pencil sketch cover album Butterfingers-Transcendence separuh siap.Pilot Shaker di tangan diputar lagi.
Mamat komunis tu..
Musalmah.Lia.Hujung pensel melakar tanjak di kepala Emmet Roslan.Meski sekali pandang lakunya nampak tenang tak berperasaan,dalam hati terasa avalanche baru nak turun.Pekehal?Sejak bila kau betul jadi macam ala-ala Jimi Asmara,Fend?
“Thanks.” Rendah Lia menggumam.
“No woes.” Hujung pensel terus melakar corak di tanjak Emmet Roslan.
Sepi.
“Melukis lagi?” Sekilas Fend mengalih pandang dari sketchbook di tangan ke arah orang sebelah.
Kantoi lagi tengok artwork dia!Lia rasa nak tenggelam masuk bawah tanah.Tanpa sedar dia menggigit bibir bawah.Kepala digeleng menjawab soalan Fend.
“Shouldn’t stop kalau suka.”
“Not much talent.”
“Talent could be honed.”
“Whatever.”
Sepi balik.Hanya bunyi hujung Pilot Shaker yang berlari di dada sketchbook yang mengisi ruang antara dua kerusi tu.Suasana keliling masih lagi hingar dengan penumpang-penumpang yang masih menunggu bas masing-masing di ruang menunggu Hentian Duta nie.Lia rasa nak ketuk kasut ke muka.Mata tak boleh nak dibawak lari dari lama sketch book orang sebelah.Dah macam kena lekat dengan gam gajah je ke situ.Ngee....
“Nak balik mana?” Fend tak mengangkat muka dari lakaran di tangan.
Huh?Lia muka kelam.Telinga tak sempat menangkap dalam dia bercakap sensorang tu. “Apa dia?”
“Balik mana?” Fend mengulang tanya sambil sekilas memandang dengan hujung mata.
“Butterworth.” Sepatah Lia menjawab.Pandangan direntap secara paksa balik ke buku Crichton.Sejak bila kau jadi spesis mesra alam dengan orang tak kenal nie,Lia?
Fend hanya mengangguk.Pilot di tangan berlari terus.Kenapa... kenapa... kenapa....Suara dalam kepala bertanya tak berhenti.Kenapa aku rasa lain tiap kali aku jumpa budak nie?
Mungkin sebab budak nie memang spesis lain dari perempuan yang kau pernah jumpa?Satu lagi suara dari dalam kepala menjawab.
It’s something.....terkial Fend mencari kata.
Intriguing?
That’s the word!
“Butterworth?” Fend memandang gadis di sebelahnya tu sekilas.Tanpa sedar bibirnya mengukir senyum nipis sambil tumpuan kembali dibawa kepada lakaran di tangan. “Butterworth.” Dia mengulang rendah di bawah sedar.Pilot di tangan terus berlari. “Butter Worth Pushful.” Fend menggeleng perlahan sambil menutur sendiri.
Lia hampir terlepas ketawa walau matanya masih tak beralih dari baris-baris ayat di dalam buku di tangan.Bukan kerana Crichton buat lawak dalam buku dia.Tapi mamat nie... “Obsessed with Butterfingers much?” Tanpa mampu ditahan bibir dah menutur dulu.
Leher Fend lipat maut berpaling ke arah Lia.Tinggi keningnya terangkat merenung gadis itu.
Lia teragak-agak berpaling.Yang tiba-tiba tengok aku macam alien kepala tiga tu kenapa?Keningnya terangkat bertanya.
“Cakap apa tadi?”
Lia menjulingkan mata. “Obsessed with Butterfingers much?” Dia mengulang sepatah-sepatah. “I ain’t speaking Latin,bro.” Laju je bibir menyambung tanpa sedar.
Mata Fend mencerun merenung Lia. “You know what ‘Butter Worth Pushful’ is?” Dan boleh tahan aci redah sarcastic jugak budak nie.
Duh...Lia sekali lagi menjulingkan mata ke langit. “What?” Ujarnya datar. “Butterfingers punya second album?”
Bibir Fend sedikit tersungging dengan senyum sumbing. “You’re one of those wannabes yang all of sudden rasa underground is the new in thing,huh?”
“Really?” Lia pula yang mengukir senyum sumbing.Sinis.Fend dipandangnya sekilas sebelum matanya dibiar jatuh pada buku di tangan. “Tell you what,bro.I totally dig wannabes too.” Sarcastic.Bahunya dijungkit dengan senyum sumbing yang masih tak cair. “Kalau dulu bukan semua orang kenal,bukan semua orang tau who on earth are those guys,huh?Siapa Koffin Kanser,Nice Stupid Playground,even OAG and Flop Poppy sebelum diorang buat breakthrough masuk TV dengan lagu Melayu....Apart from lagu Coke dengan 60’s TV tu la. And tell me siapa yang kenal siapa Kadak,Loque,Emmet ngan Kalai back to zaman around 90ish dulu?Yang kenal diorang just clan underground je.Those yang baca R.O.T.T.W. mags je.Butterfingers, Gerhana Ska Cinta,A.C.A.B. dulu bukan publicised macam nie.Sebab tu semua scene underground. The Pilgrims,Vomit,FTG,John’s Mistress,Nice Stupid Playground...” Datar dia manggumam.
Fend speechless.Keningnya terangkat terkejut,namun pinggir bibirnya menarik senyum nipis di bawah sedar. “You read R.O.T.T.W...and you know Koffin Kanser...?” Lambat-lambat dia bertanya sambil menggeleng dengan senyum tak percaya yang masih tak padam.
Alamak!Rasa nak cepuk dahi.Lia mengalih pandangan ke lain sambil mengetap bibir bawah.Banyak sangat bercakap pulak...
“You do.”
“Did.” Laju Lia memotong dengan mata masih tak beralih.
“Dulu kaki jamming ke?” Tanpa filter Fend bertanya.
Diam tak menjawab.You’ve been talking too much la,Lia.
“Dulu...budak underground ye?” Fend meneka lagi.
Lia mengalih pandang dengan jelingan maut.
“Dah tu?” Fend muka defensive. “You gave me all those names and history macam recite sejarah pembukaan Melaka.” No fudge*...this girl is something.Sekali pandang,memang takkan terlintas di kepala si budak Lia hatta pernah dengar pun nama Butterfingers.Apatah lagi nak recite history dan band members.Tambah-tambah lagi tak masuk akal nak dengar bibir itu menyebut Koffin Kanser,A.C.A.B...and Nice Stupid Playground gaya macam sebut nama kawan lama.Bak kata Hakim dulu. Selalu bebudak macam nie ala-ala stok Siti Nurhaliza,boybands,baju kurung,bersopan,duduk rumah..No fudge...Koffin Kanser?! Seriously no fudge.
Lia melepas nafas perlahan. “Was an avid fan.Of the scene.” Dia cuba menutur off-handed. “Was.” Dia mengulang semula perkataan sepatah tu.
“Then?”
Lia memandang Fend dengan kening terangkat sebelah. “Kenapa ye nak tau?”
Fend hanya menjungkit bahu. “Curious.”
“Curiosity kills the cat.”
“I’m not a cat.” Jawab Fend selamba.
Ketawa Lia terlepas juga. “Bro,you’re so like my Angah.” Gumamnya di bawah sedar.
“Great minds think alike.” Fend menjungkit bahu dengan senyum nipis segaris.
Lia hanya menggeleng dengan mata mengadah langit.Since when la kau bercakap dengan lelaki tak kenal nie,Amalia?
“So.” Fend memandang Lia.Sketchbook di tangan terabai seketika. “Macam mana dari Butterfingers boleh pergi jadi Siti Nurhaliza?”
Huh?!Siti Nurhaliza?!Kening Lia terangkat tinggi.Sejak bila pulak aku aci dengar lagu Siti Nurhaliza?
Ketawa Fend pecah.Lawak sungguh bila tengok muka Lia yang berubah riak macam tu.
“Ha.Ha.” Sepatah-sepatah Lia menutur. “You’re so funny that I forgot to laugh.”
“No,seriously.” Fend menghentikan sisa ketawanya. “Kira sekarang dah tak follow underground?”
Lia hanya menjungkit bahu dengan senyum nipis yang tak dapat ditafsir maksud.Matanya ditala ke tengah laman buku. “Banyak benda lain yang boleh diikut.” Tuturnya rendah.
____________________
*kickflip-skate trick
*no fudge-slang tepi jalan[tapi kot it’s only me using it rasanya...ntah.eheh.i’m a language butcher].meansàalong the line of ‘no kidding’ la lebih kurang.