~hlovatulis:carpal tunnel syndrome~

Image hosted by Photobucket.com
   

<< February 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28

~BLOG TROTTER~

.:~hlovate's cerita~:.

~hlovate's hikayat~

~hlovatulis~

~hlovatalk~


~FAQs~

~~a moment~~




creep~street symphony

"...antara Fender dan warna-warna...
...antara muzik jalanan dan jalan cari Tuhan...
...ini cerita orang-orang itu...
....ini cerita masa lalu..."
|i||ii||iii||iv||v||end||wrap-up|

rooftop rant
"...lontarkan...
...kalau tidak ia meracun...
...kongsikan...
....walau hanya pada awan-awan..."

Part I
|1||2i||2ii||3||4||5||6||7||8i||8ii||9||10||11i||11ii||12||end|
Part II
|1||2i||2ii||3i||3ii||4i||4ii||5||6||7i||7ii||8||9||10||end|
Part III
|1||2i||2ii||3i||3ii||4||5i||5ii||6||7||8||9||10||11||end|

komik bidadari besi

|open||i||ii||iii||iv||v||vi||vii||viii||ix||x||end||close|

anthem

"...everybody has a past...
...everybody lives a present...
...everybody deserves a future...
...that was I and this is me..."


VERSUS
"....Minn..AO...and the sun....
....the past vs the present...
...skate and the street...changes and turning points in life....
...everything is under His will....."


Ked's Story
...Ked...Hadiah...Nawal...a lady....a romeo...a skater...
.....Florida-Virginia....
....everything is okay in the end.if it's not okay, then it's not the end....

GT_i~Trilogy

GreaTroubleMaker_i
"....heyday of the honeymoon year...
...Form4,Kolej Tunas...
....Addin and the GT_i....."

GreaTroubleMaker[i'm a senior]
".....enter the SPM year...aarrrggghhh....
.....budak jenayah bertemu buku dengan rak bukunya....
.....ice vs ice...ferum vs aluminium....
...Addin Shah vs Benz Alif...."

GT_i[i'm outta teens]
".....i want to have nothing to do with him..."
"...knowing a Didi and an Addin..."
"...changes of equation...
from Addin Shah vs Benz Alif=Didi+Benji..."


5tahun5bulan
".....a Plain Jane's diary....
....growing up and learnin ain't easy...
...not another mere fuzzy-mushy entries...
...antara Sultan Mansur,Jebat dan Hang Li Po,it's just part of the story...."


Schubert's Serenade
"...kasih sayang...
...ada di mana-mana...
...untuk semua...
....untuk sesiapa je yang mencari..."







rss feed



Feb 14, 2006
=)

assalamualaikum

esok release date NTS kaksu =)

meh jom pakat beli reramai.ekeke...

p/s:kaksu,dasyat la.saya habis baca novel Melayu tu ;)

muchas gracias!

may Allah bless


Posted at 02:39 am by hlovate
Comments (4)  

rooftop rant[II]~1

        ***this entry is for nurul asyikin and the gang =) enjoy reading n shoutouting

 

 

    


 

          "Trisy,dengar tak Pak su tanya nie?" Renungannya masih tak beralih.

 

          "Ibu dengan ayah busy." Rendah datar tanpa perasaan Trisy menjawab.Kemudian dia bangun membuka sila. "Trisy nak tidur,esok sekolah." Perlahan dia menutur tanpa memandang wajah Pak Sunya.Hah ha dicapai.Langkahnya menghala ke arah bilik.TV terbiar dengan Sylvester dan Tweety masih bermain aci kejar.

 

          Touched a nerve.Azwan menelah sendiri dengan pandangannya mengekori langkah Trisy. "Trisy."

 

          Langkahnya terhenti.Trisy berpaling.

 

          "Jangan lupa baca doa nak tidur,tiga qul,Fatihah dengan ayat kursi."

 

          "Tau la."



^^~~

 

 


Posted at 01:39 am by hlovate
Comments (16)  

Feb 11, 2006
rooftop rant~end_i

         ***setelah ditengok balik,rasanya nie yg patut jd ending utk part 1 =).

         

 

          Tangan kirinya mengelus perlahan rambut yang dah mula nak mencecah bahu.Pen di tangan diputar-putar tanpa hala tuju.Sekilas dia memandang jam loceng di atas meja.Hampir pukul 11 malam.Homework semua dah siap.Latih tubi dah siap.Sekarang dah nak akhir Oktober.SPM trial baru je habis.Trisy menongkat dagu dengan tangan kiri.Sekeping poskad ditarik dari celah Kamus Dewan Edisi Ketiga.

 

          Artwork aku keluar Hah Ha bulan nie.

         

          Sebaris je ayat di atas poskad tu.Poskad dari tiga bulan lepas.Khabar terakhir dari Jade.Dan lepas tu tiada lagi berita lain.Hanya dia tau Jade hidup lagi dengan beli Hah Ha tiap-tiap bulan,bila tengok komik Jade keluar dalam majalah tu.Dia faham,Jade sibuk.Jade tengah bina tapak.Dan dia sendiri,dia sendiri pun sibuk dengan preparation SPM.Namun ada kalanya dia teringat juga.Rindunya dengan Jade.Rindu nak tengok Jade lukis sketch,lepak di rooftop,ranting all the way tentang apa saja di situ.Tapi menyebut lebih mudah dari nak dijadikan realiti.Sejak duduk dengan atok dan opah memang dia tak pernah balik ke KL.Ibu dengan ayah ada la jugak pernah menjenguk sekali dua.Tambah sejak dekat nak SPM nie.Tapi Jazz,Rina dengan Tati tak pernah nampak muka.Hanya diorang call tanya khabar sekali sekala.Nak kata family dah berubah ke arah yang lebih baik,dia tak boleh nak kata.Dia hanya boleh kata hidupnya sendiri yang berubah ke arah yang jauh lebih baik bila duduk dengan atok dan opah.At least jiwa tak terseksa dengan perasaan.Kalau betul nak kata terseksa pun,terseksa sebab orang sayang.Terkongkong la sikit hidup;itu tak boleh ini tak boleh.Tapi dia tahu.Atok dengan opah buat semua tu sebab sayang,sebab nak dia jadi orang.

 

          Tambah pulak bila Pak Su Wan;adik ayah yang bongsu dah balik dari UK ke rumah nie sebab dah habis belajar.Bertambah lagi sorang officer penguatkuasa disiplin,tatasusila dan akhlak.Trisy melepas nafas perlahan.Taper Trisy,orang jaga tu tandanya orang sayang.Itu yang selalu diingatkannya pada diri sendiri.

 

          Testpad yang dari tadi terbuka di halaman kosong ditatapnya.Lambat-lambat dia mencapai pen di atas meja.

 

          Jade,

          Aku baru habis trial.Insya-Allah OK kot.Sebab tak buat preparation main-main.Opah dengan atok aku jaga betul.Nie tambah bila Pak Su aku dah ada kat rumah nie,lagi la.Kena clorox aku tiap-tiap hari.Kat sekolah gerak gempur,kat rumah pun kena gerak gempur jugak.Penat aku dengan engineer minyak gila tu.Aku sure Pak Su tu tambah-tambah putus fius sebab tengah tunggu offer kerja.Pandai sangat pun masalah jugak.Tiap-tiap hari dok brainwash aku suruh jadi macam dia.Siapa nak jadik engineer gila macam dia?Score first class,tabligh pun join jugak...Tak paham aku.Macam tader life je aku tengok dia tu.Pagi petang siang malam dengan buku.Sampai dengan aku-aku pun kena buku sekali.

 

          Tiap-tiap bulan ini rutinnya.Dia akan tulis surat pada Jade tiap-tiap hujung bulan.Walaupun Jade tak balas,tapi dia tahu Jade baca.Tiada apa bukti pun yang boleh sahkan Jade baca surat-suratnya,tapi hati yakin mangatakan ya.Lagi pun,itu je la yang boleh dibuat kalau dia nak bercerita dengan Jade.Internet pun kena kawal.Handset dah kena tahan.Kalau nak pakai phone rumah untuk call Jade,tu namanya tempah tiket maut la tu.Mau kena kejar dengan atok ngan opah keliling kampung.Even surat Jade yang dulu-dulu pun kena tapis dengan opah.

 

          Kau nak tau,ada ke patut hari tu Pak Su reformat aku punya MP3.Aku bukak-bukak,yang keluar habis semua nasyid je.Lagu-lagu aku habis kena delete. Mengamuk aku satu hari kat rumah.Tapi boleh Pak Su buat bodo je.Atok dengan opah pun tak paham sangat pasal nie regarding memenda tech bebudak muda,so diorang tader la masuk campur nak menangkan aku.Menang free la Pak Su.Benjo betul!Kau tau dia pujuk balik aku dengan apa?Dia belikan aku buku. Waaarrrgghhh!!Rasa nak cekik je.Dah la baju aku sekarang opah ngan atok yang beli.Semua baju aku sekarang nie longsleeve XXXL.Siap matching tudung lagi.Nak tergelak pun ada.Sekarang nie aku pergi keluar rumah kena pakai tudung dowh.Tu kerja mandatori Pak Su aku la tu.Dia kata aku comey pakai tudung. Ceh...budget nak gula aku la tu.Tapi tu la.Kat tempat baru yang orang tak kenal kita,nak start something yang baru tu tak susah mana.Aku pun malas nak bertekak dengan diorang.Aku pakai je la apa yang dah ada tu.

          OK la Jade.Aku nak tidur dah nie.Esok sekolah.Kau doakan SPM aku,kay?Aku rindu gila sama kau.Kat sini tader orang nak tanya aku tiap-tiap hari whether aku dah makan gula ke belum.Ahaha..Apaper pun,aku doakan kau success jugak.Jaga diri.Aku tau kau hidup lagi sebab tetiap bulan aku beli Hah ha nampak nama kau.

          Take care.

         

          *

         

          Pandangannya dilontar jauh melepasi awan-awan.Angin berpuput lembut menyapa tubuh.Dia sendiri lagi.Hanya ditemani jeritan gagak dan deru kenderaan yang tak pernah berhenti di jalan bawah.Jade menghela nafas panjang.Dah lama juga tak datang ke sini.Sibuk!

 

          Dia berpengkalan di Hah ha.Namun Jason yang menggalakkannya mencari peluang-peluang lain sebagai freelancer.Apek Cina tu kata masa depannya cerah dalam lapangan nie.Ideanya bukan idea stereotype.Lukisannya ada identiti.Dan dia mengambil kata-kata Jason sebagai kata semangat.Dan sekarang alhamdulillah, selain di Hah ha dia jugak freelancing untuk majalah-majalah keluaran Beyond Vision dan Blitz Media.Namun kesibukan yang datang bersama rezeki memang menguji ketahanan diri.Mujur juga diploma dah habis.Sekarang dia kartunis sepenuh masa.Untuk kadang kala tidur tersungkur di meja dengan beralas artwork,dah memang biasa.Usahanya berkali ganda kerana mahu merealisasikan impian.Peluang yang macam mimpi jatuh ke riba.Dibawa oleh seorang gadis bernama Batrisya.

 

          Dah entah berapa lama surat gadis itu tak dibalasnya.Sungguh,dia tak punya masa!Tapi dia tak pernah gagal membaca setiap cerita Trisy dari JB.Yakking and ranting pasal kehidupannya hari-hari.Bercerita bila pertama kali masuk sekolah co-ed hampir je dia kejar sorang budak lelaki yang kacau dia dalam kelas.Jade tanpa sedar mengukir senyum segaris.Trisy...budak convent sorang nie la.Cerita bila dia kena ‘basuh’ dengan atok dan opahnya.Dan kini tambah pulak bila Pak Su nya balik ke rumah di JB tu lepas habis study.Cerita yang macam-macam.Dan Trisy tak pernah mungkir untuk menulis padanya setiap bulan meskipun tanpa balasan.

 

          Dan share di stall burger dah dilepaskan.Tak mampu rasanya nak membahagi masa.Penat dan lelahnya bukan main-main.Nak memerah idea dari kepala otak bukan senang.Dan bila balik ke rumah memang dia hanya nak mencari katil je.Mak dengan ayah pun dah tak la bising sangat sekarang nie.Sebab dia sekarang more or less dah stabil.Malah lebih stabil dari Abang Long yang tengah praktikal.Bukan dia nak balas dendam dengan banding balik diri dengan Abang Long macam mak selalu buat dulu,tapi kadang kala hati minta dimanja.Impiannya kini berjaya ditawan walau bukan sepenuhnya.

         

          “Jade,kau pernah terfikir tak?”

 

          “Apa?” Pandangannya dari laman sketchbook tak beralih.

 

          “Kalau kau banyak duit kau nak buat apa?”

 

          Dia berfikir sejenak.Sekilas Trisy dipandangnya.Gadis itu sedang berpaling memandangnya menanti jawapan. “Entah.” Sepatah dia menjawab.

 

          Trisy muka tak puas hati. “Dah tu yang kau jual burger banyak-banyak tu bukan sebab nak kumpul duit banyak-banyak ke?” Keningnya terangkat sebelah. “Dah aku tanya macam nie kau jawab entah pulak?Tak paham...” Gadis itu menjulingkan mata ke langit.

 

          “Bukan semua benda boleh dibeli dengan duit,Trisy.” Tenang dia menjawab.Kegembiraan tak boleh dibeli dengan duit.Lena tidur malam tak boleh dibeli dengan duit.Talent tak boleh dibeli dengan duit.Duit hanya sebagai alat nak mengejar impian je. “Aku jual burger sebab nak beli kehendak,tapi takkan cukup kalau nak beli impian.”

 

          “Since when la pulak kau yang jadi Inche Pessy-Missy nie?”

 

          “Trisy,itu namanya kenyataan.” Dia berpaling memandang Trisy. “Berpijak di bumi nyata,faham?”

 

          “Doesn’t hurt to dream la.” Trisy menarik botol airnya. “Those yang tak berani nak ada impian pun,takkan succeed tau.” Botol air dibawa ke bibir. “Dare yourself to dream.”

 

          Jade senyum nipis segaris. “Aku tak kata phrase ‘dare you to dream’ tu salah.Tapi kalau setakat tu je,alamat jadi Mat Jenin la.Hidup dalam angan-angan.”

 

          “Dah tu?”

 

          “Dare yourself to dream,and dare yourself to fulfill it.”

 

          “Itu ke yang kau tengah buat sekarang?” Pandangan Trisy masa tu seolah mencabar jawapan.

 

          Tapi alangkah bagus kalau Trisy ada kat sini.Sama-sama melihat dia mula berdiri dan berjalan sendiri ke arah apa yang dicitanya sejak dulu.Sungguh,kalau kena belanja Trisy makan tiap-tiap hari pun dia sanggup.Memang dia terhutang budi dengan gadis itu walaupun Trisy tak pernah mengungkit apa-apa.Diharapnya jangan la Trisy ingatkan dia sombong atau dah lupa hanya sebab dia sunyi tanpa berita.

 

          Angin berpuput lagi.Macam membawa salam entah dari mana.Tak tau kenapa terasa nostalgic tiba-tiba.Clear folder di riba dicapai.Dibuka dan diselak satu persatu menatap artwork-artwork lama yang dilakarnya sebelum bergelar kartunis.Semasa dia masih mengunjungi rooftop jika pantang ada masa terluang,atau kalau nak melepas perasaan.Dari saat mula-mula dia menjejak rooftop Wisma Topaz ini sendirian, hingga Trisy muncul menjadi teman,dan kini dia sendirian kembali.

 

          Rooftop rant.

 

          Dan jauh di kaki langit matahari mula berbaring nak mencari lena.Awan putih yang melatar langit mula berbias kuning emas,ungu,biru,dan merah jambu.Gagak-gagak bandaraya makin galak menjerit dengan kengkawan dalam terbang mencari sarang.


Posted at 09:21 am by hlovate
Comments (9)  

Feb 1, 2006
rooftop rant~12

maka dengan ini rasminya rooftop rant PartI telah dikahatamkan[adakah diriku ini senang cayer dengan pujukan orang...huhu....]and seriously now i'm taking a break la.maybe sehari,dua hari,seminggu,seminggu sehari,sebulan,se..whatever =) .PartII tunggu la lain kali,ye.warming down dulu...ke cooling down..whatever.

enjoy reading n shoutouting

may Allah bless

 

         "I'm so gonna miss you,girl." Jade mengukir sengih tawar.

 

          Esok dah nak berangkat ke JB.       

 

          "Cheesy la you." Trisy sengih sumbing. "Pergi terjun bangunan la."

 

          Jade hanya ketawa tawar."Kau dah banyak tolong aku." Dia melontar pandangan ke arah bukit yang sayup. "Thanks." Tak tersangka Trisy boleh heret dia ke office Jason untuk promote dia jadi kartunis kat sana dengan jual nama Jazz.Gila tak gila...

 

          Trisy menelan air liur yang terasa berbuku. "Kau pun." Pandangannya turut ditala ke arah yang sama. "Thanks."

 

          Matanya dialih ke laman wajah Trisy. "Kau bukak buku baru la kat JB nanti."

 

          Trisy menjungkit bahu. "Duduk dengan atok ngan opah...bukak kitab kuning la aku nanti."

 

          Ketawa tawar pecah.

 

          "Jangan bagi parents kau susah hati dah."

 

          "Kau pun."

 

          "Jangan pukul orang."

 

          "Diorang yang cari pasal dulu la."

 

          "Jangan bunuh diri."

 

          "Stupid!" Kaki Jade ditendangnya dengan hujung sneakers.

 

          "Jangan buat bukan-bukan."

 

          "Hmm."

 

          "Jangan lari dari rumah tengah-tengah malam.Aku tak pernah gi JB,mana aku tau nak cari kau kat mana nanti."

 

          Dia hanya sengih tawar.Betul...memang Jade banyak sangat membantu.

 

          "Don't do pills."

 

          "Right."

 

          "Jangan smoke.Say 'Tak Nak'."

 

          "Tak nak."    

 

          Jade hanya ketawa tawar mendengar Trisy mengulang macam budak tadika."Study elok-elok untuk SPM tahun depan.Kau budak bijak."

 

          Tekak terasa makin berbuku."Nanti...kau jaga la tempat lepak nie baik-baik." Trisy memandang Jade sekilas.Tekak terasa makin kesat untuk bersuara. "Kalau aku balik nanti tempat nie jadi sarang gagak,siap la kau aku campak ke bawah."

 

          Jade ketawa. "Not if aku campak kau dulu."

 

          "Lepas tu...kau janji dengan aku bila first artwork kau keluar mag nanti bagi tau aku."

 

          "Kalau keluar la."

 

          "Mesti keluar punya.Kalau tak aku bakar office Jason tu."

 

          "Remember Trisy,to live well or live hell,you choose."

 

          "Ai ai,Sir."

 

 

          Heya Jade,

          Tell you what...JB stinks!Duduk dengan atok opah macam duduk kat Alcatraz je.Aku skarang pakai tudung.Tapi time pergi sekolah je la.Kena paksa.Arrggghh!!Dah la atok ngan opah tak bagi pakai handset.Pagi pergi sekolah,petang kelas tambahan.Dah tak boleh nak escape macam dulu.Pergi balik sekolah atok yang hantar ngan ambil balik rumah.Balik rumah pulak lagi satu bala.Sekarang tetiap hari aku kena ngaji ngan opah lepas Margrib.Merangkak aku dibuatnya.Gila betul.Dah la opah aku ngajar ngaji garang!Pastu kat sini sembahyang jemaah siot!Aku terkial follow atok opah aku.Kantoi tak reti baca qunut time opah aku suruh baca.Memang calling bloody murder betul la.

          Tapi in a way...glad to know ada orang care kot.Atok opah aku marah aku pun marah bersebab.At least aku tau diorang marah sebab diorang sedih tengok aku buat perangai.Diorang sedih sebab diorang sayang aku.Tapi entah la.Waarrgghhh!! Aku nak balik KL!!

 

 

          Hella girl,

          Aku skarang agak bz jugak la nak kejar dateline.Memula sakit la jugak.Tapi Jason banyak tolong aku la.Dia siap tolong cari lubang lagi untuk aku.Memang baik betul la apek tu.Sekarang nie aku kira freelancing la.Tu Jason kata;ada je idea,throw it.Kat mana-mana pun.For the time being,aku belum jadi kartunis lagi.Jadi helper je baru.Kira belum la lagi draw monthly untuk Hah Ha.At the same time aku buat artwork lain untuk Ujang.Jason promote aku kat sana.

          Parents aku...kau jangan kata la masa aku kata aku nak kerja kat Hah Ha.Mengamuk mak bapak aku,abang aku pun.Tapi bila aku kata aku akan habiskan jugak Dip aku sambil terus kerja,diorang cam ok sikit.Tapi bising jugak la.Nie dah dekat tiga bulan nie...getting better la.Dah nampak aku       berduit,diorang rasa benda tu ada masa depan kot.Aku harap macam tu la.

          Aku happy on kau punya behalf la.Tak per la...atok opah kau didik ke arah yang baik la tu.Jaga diri.

          Chow.

         

          Dia senyum tawar.Hujung jemarinya menyentuh rantai tali hitam dengan pendant paua shell tu.Jade yang belikan.OK..To be honest...dia yang paksa Jade belikan.Masa jalan kat kedai bawah dulu.

 

          "Jade!"

 

          "Apa." Malas lelaki itu bertanya.

 

          "Nak tu!" Dia menunjuk ke arah stall yang menjual rantai-rantai leher berselirat bermacam rupa tu.Wajahnya ditala memandang Jade dengan muka comel. "Please,nak tu?"

 

          Jade menjulingkan mata.Rasa nak tepuk dahi je. "Kau kan banyak duit.Pergi la beli sendiri."

 

          Dia tarik muka. "Apa kick beli sendiri.Ala....kau belanja la.Kau jual burger duit banyak apa."

 

          Dalam merengus merampus tu Jade melangkah jugak ke gerai tu. "Kau nak yang mana?"

 

          Dia meneliti seketika pendant yang bermacam jenis dan design yang tergantung di hadapannya. "Nak yang tu?" Dia sengih pada Jade di sebelah.

 

          "Bang,tu berapa?" Jade bertanya harga pada abang di belakang meja tu.

 

          "20."

 

          Lipat maut Jade berpaling ke arahnya. "Gila mahal!Kau beli sendiri la.Aku jual 20 bijik burger baru dapat untung bersih banyak tu kau tau tak?"

 

          "Ala..." Dia tarik muka sekupang lima duit.

 

          Abang jaga gerai yang tadi hanya memerhati akhirnya memberi kata putus. "Aku cincai lima belas je la." Dia memandang Trisy. "Nak?"

 

          Laju dia mengangguk dengan sengih pada abang tu.Tapi kemudian terhenti. Jade dipandangnya,mengharap.

 

          "Boleh la..boleh la..." Merungut-rungut Jade keluarkan wallet.Dan dia ketawa je sebab dapat ketuk Jade suruh belanja.

         

          "Batrisya...!"

 

          Surat Jade cepat-cepat dilipat dan dimasukkan ke dalam laci. "Ye opah?"

 

          "Pergi mandi cepat,Margrib dah nak masuk dah nie."

 

          Bingkas dia bangun dari katil.Karang kena panggil kali kedua karang buat kena piat je.Huhu...

 

         

 


Posted at 08:31 am by hlovate
Comments (13)  

rooftop rant~11ii

 

 

          "Aku nak jadi kartunis."

 

          "Hello,abang?"

 

          "Huish!Sejak bila kau panggil aku abang nie?" Jazz bulat mata. "Kau demam ke apa,Trisy?"

         

          There're times when strangers are like family,and family are like strangers.

 

          "Aku nak mintak tolong la."

 

 

 








 

          "Trisy!Kau nak buat apa dengan aku nie?!" Bulat mata Jade merenung Trisy.

 

          Trisy memandang Jade tanpa riak di wajah.Kemudian lambat-lambat dia mengukir sengih Musang Siguntang. "Suprise." Dia menarik leher tee Jade mengikut Jason yang dah melangkah.

 


Posted at 08:31 am by hlovate
Comments (4)  

rooftop rant~11

         Cause I don't wanna be alone (Oh)
          Living life all on my own (Oh)
          I don't wanna live my life in isolation
          Filled with empty decorations
          Cause I wanna be with the people that i know
          Who will do the things I do (Oh)
          Making all my dreams come true
          I don't recognise the shadows on my door
          Although I've seen them all before
          Because the only thing I really want is to be with you...

          Indecisive menyanyikan Empty Decorations di telinga.Nie semua Jade punya kerja la nie.

 

          “Cuba bagi upbeat sikit life tu...Live well or live hell,you choose.Kalau dah dengar lagu ala-ala nak cabut nyawa,memang la nanti tergerak je hati nak buat benda-benda pelik tu.”

         

          Jade di kerusi di sebelah katil masih dengan rutin selalu macam di atas rooftop.Sektchbook dan pensel mekanikalnya masih setia menemani.Dan dia juga akan setia mendengar rant Trisy mengenai harinya dari pagi ke tengah hari.Bercerita itu ini.Rutin di atas rooftop masih diteruskan,hanya venue yang bertukar;di wad psikiatri.Dah nak masuk tiga hari kat sini.Yang bosan!Ibu dengan ayah ada la datang sekali sehari.Tapi asing-asing.Jazz,Rina dengan Tati bayang pun tak nampak.Entah diorang tau dia masuk hospital entah tidak.Dan demi janjinya pada Jade,memang dia jadi patient terbaik seluruh wad.Baik je dengar cakap,makan ubat.Sampai Dr.Harjeet doc psycho tu pun panggil dia angel.Angel tak angel...devil tak devil...dah janji dengan Jade.Dia takut sangat-sangat kalau nanti Jade dah malas nak ambil kisah.Itu je la satu-satunya manusia yang tak banyak kerenah menjenguknya tiap hari,menemaninya sepanjang petang.


          I look at the sky, it looks back at me
          I can't hear the silent melodies
          I know that I'm here yet I am lost
          Blown in confusion by the breeze
          Hiding my face, crying alone
          I need to find my way back home
          Back to the place, the wonderful days
          Living the life I used to know


          Back to the place,the wonderful days...Aku pernah ke ada wonderful days kat rumah tu?Maybe.Masa kecik.Sebelum Jazz,Rina dengan Tati grad dari sekolah menengah.Sebelum ayah naik pangkat,sebelum kerja balik dan ibu join charity dia tu.Masa tu semua orang ada banyak masa untuk spend kat rumah.Tak macam sekarang.

 

          “Jauh menung.Dah sampai mana?” Suara Jade menegur.

 

          Trisy berpaling. “Azerbaijan.” Dia sengih tawar.

 

          Jade membalas senyum nipis segaris.Sungguh dia bersyukur kerana gadis itu kini kembali ketawa dan senyum semula.Cuba bangun semula untuk terus berjalan ke depan tanpa memandang ke belakang lagi.Namun hatinya dipagut serba-salah juga.Nyata berita yang diterimanya dari Buk Jah untuk mengambil karipap pusing sebelum datang ke sini tadi belum sampai ke telinga Trisy lagi.Jika tidak masakan Trisy masih boleh happy seolah tak ada apa macam nie.Macam mana bila Trisy tau nanti?

 

          “Kenapa muka kau macam cekodok je nie?” Giliran Trisy pulak bertanya.Gaya tengah fikir masalah negara je. “Business burger kau slow ke?”

 

          Jade hanya senyum tawar. “Bukan la.” Dia menggeleng. “Kau tau kau keluar bila?” Cepat dia mengalih topik.

 

          “Doc kata kalau everything alright,aku keluar esok.” Trisy sengih happy.Memang happy pun.Dah tak larat dah nak duduk sini.Bosan!

 

          Patutkah dia yang memberitahu dulu?Atau biar Trisy menerima sendiri dari Pak Cik Mazni dan Auntie Hajar?Dia sendiri pun tak tahu berita yang diterimanya itu sahih atau tak sebab dari Buk Jah.Itu pun sebab Buk Jah terdengar majikannya membincangkan hal itu.Dilema mengasak tak berjawab.Ditelan mati mak,diluah mati bapak. “Trisy.”

 

          “Hmm?” Trisy memandangnya dengan senyum happy yang masih tak padam. “Apa?”

 

          “Bila keluar nanti,aku nak kau janji dengan aku,boleh?” Riak wajah Jade serius dalam lembut.Trisy direnungnya sungguh-sungguh.

 

          Trisy angkat kening sebelah. “Apa?”

 

          “Lepas nie,no matter what happened,kau takkan buat benda macam nie lagi,okay?” Rendah tenang Jade menutur.Pandangannya masih tak berganjak. “Boleh kau janji dengan aku macam tu?”

 

          Bibirnya mengukir senyum tawar kelat.Memang berdosa betul aku bagi Jade risau macam nie. “OK.” Dia mengangkat sign OK dengan tangan kanan.

 

          “Aku nak kau janji betul-betul,Trisy.Bukan sekadar kat mulut je.”

 

          Jade betul-betul serius...Trisy menelan liur. “OK.”

 

          “No matter what.”

 

          “No matter what.”

 

 

          ***

 

          Dan perlukah dia memungkiri janji itu hari ini?Kerana hal ini?Tapi dah janji dengan Jade...Cepat dia menggeleng pada diri sendiri.Trisy,jangan buat benda  bengong tu lagi.It’s not worth it.Tapi...Dia mengetap bibir sambil mengadah siling.Tubuh dihempas kuat ke katil.Pintu bilik dah lama dikunci.Sejak ayah dan ibu mengkhabarkan berita itu.Remote controller yang berterabur di tepi bantal dicapai satu demi satu.Lampu utama dimatikan.Lampu tidur dipasang.Aircond diturunkan sedikit suhuya.TV dan mini-compo dimatikan.Dan dia berbaring sendiri di katil dalam dingin kelam sunyi,dengan mata masih memaku ke siling.

 

          Tanpa sedar hujung matanya melirik juga ke atas night table.Botol mineral water tegak.Dan di dalam laci di bawah timbunan kaset dan CD ‘candies’ Dr.Wan ada lagi.Hati berperang,kepala pun sama.Akhirnya dia bingkas bangun.Laci ditarik buka.Kaset-kaset dan CD-CD ditolak ke tepi.Sedative je yang tinggal.Botol mineral water dicapai.Dia memandang jam.11 malam.Pandangannya beralih pada pil putih di tangan.

 

          Jade,aku nak tidur je.Janji.Baik aku tidur sebelum aku buat benda yang bukan-bukan.Trisy menutur sendiri sebelum pil dan air di tangan ditelan senafas.Botol mineral water di tangan kembali diletak ke tepi.Tubuhnya direbahkan semula.Mata kembali menala ke siling.Sepi biliknya hanya diisi deru air-cond.

 

          Kenapa ye semua nie jadi?Sebelah tangan menarik rambut.Cuba mereda kepala yang mula berdenyut sakit kerana memikir.Kill the pain with a higher dose of pain.

 

          Tidurlah,Batrisya.

 

          *

         

          Jade masih diam tak memberi reaksi.Trisy masih menunggu lelaki itu menutur sesuatu.Atau paling kurang pun tunjuk la expression muka yang menandakan dia mendengar.Tapi Jade masih diam jugak.Hanya melontar pandang merentas awan.Jauh sejauh-jauhnya.

 

          “Jade...kau dengar tak apa aku cakap tadi?” Teragak-agak Trisy bertanya balik.Entah-entah mamat nie melamun teringat stall burger dia ke apa?

 

          Jade masih tak menjawab juga.Akhirnya dia turut sama menyandar belakang pada tembok simen rendah di belakang mereka.Pandangannya turut sama dilontar jauh ke tengah langit biru.Mereka kini kembali kepada rutin biasa.Di atas rooftop.Kelmarin keluar hospital.Ayah datang ambil.Satu hari rest kat rumah.Esoknya rest lagi satu hari.Dan malam tu ibu dengan ayah menurunkan bombshell tak tersangka.Rasanya dia jatuh rahang tak terangkat waktu tu.Dan pagi nie...masih tak ke sekolah.Rasa tak menyempat-nyempat nak tunggu pukul 3.Dan akhirnya pukul 2.15 dia dah memanjat tangga emergency berlapuk Wisma Topaz itu.Melayan pandang dan menghabiskan choc bars satu demi satu sementara menunggu Jade datang.Silap-silap sampai boleh kena hyperglycemic pulak nanti.Terlebih gula!    

         

          Melihat Jade yang masih membisu Trisy mengulum bibir.Mungkin betul...Jade pun dah malas nak kisah.Jade pun ada masalah sendiri.Dan dia hanya menambah masalah ke pinggan Jade yang dah sedia penuh.Kesian Jade.Mungkin ada baiknya kalau dia pergi...

 

          “Aku tak dapat nak bayang macam mana bila kau tak ada nanti.” Jade tiba-tiba menutur ayatnya yang pertama petang itu.Perlahan.Macam bercakap dengan diri sendiri.

 

          Lambat-lambat Trisy berpaling.Jade dengar...Jade cares...Dia kembali menala pandangan ke langit. “Aku pun tak dapat nak bayang macam mana bila kau dah tak ada nanti.” Jujur Trisy menutur.

 

          Ibu dengan ayah nak pindahkan dia ke JB,rumah Tok dengan Opah belah ayah.Mereka kata untuk kebaikan dia jugak.Mulakan hidup baru.Tahun depan nak SPM.Tak nak dia terganggu.Ibu dengan ayah kata lagi,hal ibu dengan ayah biar diorang yang selesaikan tanpa melibatkan dia.Mereka tak nak lagi tengok dia tak tentu hala.Tak nak lagi dia buat macam malam hari tu.Keputusan yang terbaik ke tu?Dia akan dapat lari dari rumah hantu tu.Tapi nanti mesti akan rindukan Buk Jah,rindukan Jade.Walaupun hidupnya kat sini hanya bermakna sebab kehadiran dua orang tu,namun pastinya bukan senang nak tinggalkan macam tu je.Macam mana?Tapi ibu dengan ayah dah keluar perintah mandatori.No tapi tapi.No no way.Yes way je.

 

          “Parents kau bagi tau malam tadi?” Jade mengulang tanya apa yang dah disebut Trisy tadi.Sungguhlah bak kata Buk Jah...

 

          Angguk hambar.

 

          “Kau tak buat bukan-bukan,kan?” Dia mengalih pandang ke arah Trisy dengan senyum tawar.

 

          “Dah janji,kan...” Trisy menggumam rendah pada langit lepas. “Tapi aku tidur dengan sedative la semalam.Tak boleh tidur.” Teragak-agak dia memandang Jade. “Tapi satu je.” Bersungguh-sungguh dia memberitahu. “Tak overdose pun.Tengah darurat tu.” Macam peguambela dia menutur.

 

          “Jangan buat lagi.” Senyum tawar Jade masih tak padam.Sungguh tak dapat dibayang.Macam mana ruangnya di rooftop nie nanti bila Trisy tak ada?So true...we’ll never miss the water till the well runs dry.

 

          Trisy diam mengangguk.

 

          Awal bulan depan bukannya jauh lagi.Lagi kurang seminggu je.Jade kembali mengadah langit.

 

          “Jade,kau marah aku pindah?”

 

          “Kalau itu yang terbaik,aku happy untuk kau.” Tenang datar Jade menjawab. “Parents kau buat something,maknanya in a way to show that they care.”

 

          “Tapi nanti kalau aku pindah sana...” Trisy terhenti.Tak tau nak menyambung macam mana.

 

          Jade berpaling memandangnya dengan mata bertanya.

 

          “Aku boleh hidup ke kat situ?”

 

          “Live well or live hell?” Jade bertanya dengan senyum tawar tak berperisa.

 

          Senyum di bibir Trisy juga sama. “I choose.”


Posted at 08:29 am by hlovate
Comments (12)  

Jan 31, 2006
o~ladida

assalamualaikum n greetings to all

Hidup tak selalunya lawa

Tak selalunya ada pelangi

Kalau nak kata a bed of roses pun,duri-durinya tetap ada

Kadang2..calamity tu datang dan rasa macam kena knock-off ke bumi dek ahli sumo

Rasa macam dah tak mampu bangkit

Tapi walau apapun yang jadi…ingat apa yang Dia selalu pesan

Allah takkan bebankan hambaNya dengan apa yang dia tak mampu [7:42]

Dan bila kita rasa dah sungguh2 tak lalu hingga wishing for death…

Pun Allah dah bagi cara2 nak hadapi

Narrated from Anas:Rasulullah bersabda; 'none of you should long for death because of a calamity that had befalled him;and if he cannot,but long for death,then berdoalah "Ya Allah,let me live as long as life is better for me,and take my life if death is better for me" .' [sahih Bukhari 8/6351(O.P.362)]

Tapi jangan la pulak kita mendoakan dicepatkan mati pulak.nie hanya kalau things're too much to bear

Mohonlah pada Allah untuk dilapang dan dipermudahkan urusan

Allah tu dekat [2:186]

Dan true..things are easier said than done

Berat mata yg pandang,berat lg bahu yg pikul

Yakinlah pada Dia

 

i'm taking a break.ahaha..jd kot entry banyak tu buat bekal.kang publish sumer sampai abis kang tak kick pulak.

enjoy reading n shoutouting

may Allah bless


Posted at 08:29 am by hlovate
Comments (6)  

rooftop rant~10


 

          There're times when strangers are like family,and family are like strangers.

 

 


Posted at 08:26 am by hlovate
Comments (11)  

rooftop rant~9

         Sekali lagi bunyi yang dibenci itu menendang gegendang telinga!Sebelah tangan dilarikan di celah rambut yang sedia pendek ala 4-2-1.Ditarik rambut di tangan seolah telinga dapat di'switch-off' dari mendengar.Namun telinganya masih berfungsi juga.Trisy merengus kasar sambil menarik bantal di bawah kepala.Ditekan kuat pada kedua-dua belah telinga.Namun apa yang cuba ditepis itu mengasak telinga juga.

 

          "Abang tu yang tak pernah ada kat rumah!Sibuk 24/7!"

 

          Bising la...Bising!!Bising!!Bising!!

 

          "Saya sibuk,sibuk kerja!Awak tu yang patutnya duduk rumah!Ini sibuk ke sana sini dengan charity awak tu!"

 

          Shut up!!Aku nak tidur!!

 

          "Konon sibuk dengan kerja...entah-entah pasang lain kat luar tu!"

 

          Remote control dicapai.Seketika kemudian Hatemaster-Butterfingers meletupkan speaker.

 

 

 

 

          "Hello?Assalamualaikum." Jade mengepit handset ke telinga dengan bahu.Kedua belah tangan sibuk membalikkan kepingan burger.Rintik-rintik pun kira ada jugak business.Kira syukur la.Apa ke hal pulak si budak Trisy nie call malam-malam?

 

          "Waalaikumsalam." Suara lelaki dari hujung talian yang menjawab salamnya membuatkan gerakannya kaku sebentar.Kening Jade terangkat sebelah. "Jade ke nie?" Suara tu bertanya.

 

          "Saya." Tenang datar dia menjawab.Botol lada sulah dan seasoning dicapai.Cekap disiram ke atas kepingan daging dan ayam yang dah separuh masak.

 

          "Pak cik nie ayah Batrisya." Lelaki tu memperkenalkan diri.

 

          Handset nyaris tak terlepas masuk ke dalam plate menggoreng.What the...pekehal bapak dia pulak yang call aku?!Helmi di sebelah yang sedang menyiapkan accessory burger memandang dengan hujung mata.Pandangannya bertanya.Jade hanya menggeleng.

 

          "Nie pak cik nak tanya,Batrisya ada dengan Jade ke tu?"

 

          Huh?! "Pak cik,saya tengah jual burger nie." Jade dan Helmi berbalas pandang.

 

          "Dia tak ada kat situ?"

 

          "Tak." Jade menggeleng sambil senyum pada customer yang baru datang walaupun matanya tak memancar riak yang sama. "Kenapa nie pak cik,dia keluar tak bagi tau?" Cuba dibuat suaranya seolah tak endah. "Handset pun tak bawak?" Sebab yang naik nie number Trisy.Ah sudah...budak nie buat kerja gila spesis apa pulak nie.

 

          "Tak sedar pun bila dia keluar.Tau-tau bilik kosong je.Lampu tak bertutup,radio tak bertutup,handset tinggal,orang tak ada." Suara Encik Mazni dah separuh mengeluh. "Nie pak cik dengan mak cik tengah dok call semua number kawan-kawan dia yang ada dalam handset dia nie la."

 

          Jade terdiam.Sekilas dia memandang jam.Hampir pukul 10 malam.

 

          "Kalau Jade terjumpa dia ke bagi tau pak cik la,ye."

 

          "Ye ye." Talian dimatikan. "Mie,kau tak over." Dia bersuara rendah pada Helmi di sebelah. "Aku ada hal emergency." Dia menghulurkan sudip pembalik dan besi penekan daging burger ke arah Helmi. "Aku call Abuy suruh dia ganti." Tangannya menepuk bahu si teman. "Aku blah dulu." Sebelah tangan merungkai tali apron di belakang pinggang.

 

          Helmi hanya mengangguk tanpa banyak tanya. "OK." Dia mengambilalih di depan plate menggoreng.Jade dah melangkah laju ke arah motor meredah rintik hujan dengan handset di telinga.

 

 

 

          ^^~~


Posted at 08:23 am by hlovate
Comments (9)  

rooftop rant~8ii

~~**&&

 

 


Posted at 08:22 am by hlovate
Comments (3)  

Next Page