|
 |
|
Feb 20, 2006
~~^^ "Aku tak kata nak buat apa pun...aku kata nak kenal je.Salah ke?" "Masalahnya kau tu buaya tembaga." Lekiu ketawa. "Mana ada aku buaya.Kot kau nak kata aku pendekar Melaka lain cerita la." "Pendekar Melaka yang kerja dok ngayat dayang istana ngan gundik raja." Irah menjulingkan mata. "Kau nie Irah...dari zaman dulu asyik itu je yang kau sebut.Cukup 44 kali jadi doa,kau tau?" "Betul nie,Lekiu.Jangan buat kacau dengan Trisy la." "Aku tak kacau dia." Lekiu mengukir senyum nipis segaris. "Aku just nak kenal dia dan nak dia kenal aku.Tu je.Lain,lain cerita."
Posted at 11:53 pm by hlovate
Permalink
***entry nie untuk jaja =) sebab prediction dia ala2 nostradamus.maka alang-alang publish terus je la sampai sini.
Jade,
Aku dah kat KMS dah nie.Not too bad and ain’t waltz either.Tapi first time sampai sini,memang rasa la tempat nie macam penjara batu la,Jade.Dah la dari satu building ke satu building macam jauh gila.Surau ke dewan kena naik bukit tu.Mengah!
Macam tak best je Jade,nak dok sini.Makan kat Dewan Makan.Aku tak pernah makan nasik kawah seh.Pastu kat sini atok,opah,Pak Su tader.Kengkawan je keliling.Aku tak reti la nak ramah-mesra-alam sangat nie.Dulu kalau PKN taper la jugak tiga bulan.Nie dua tahun tu.Mau baru setengah tahun pun aku cabut lari.Tatau la cemana.Boleh ke aku nak survive ke tak.Dan aku tau...mesti kau akan kata; ‘live well or live hell’ kan?Of course aku nak live well.Tapi things’re easier said than done kot.Aku tengah berusaha la nie.
Kenapa mesti semua orang pelik yang dia jenis antisocial?Nie bukan free-country ke?Dia tak cakap banyak,dia tak kacau orang,dia tak kutuk orang...tak boleh ke let her be the way she wanna be?Trisy melepas nafas perlahan.Memang pun.Dekat KMS nie dia ala-ala kera sumbang.Lebih kurang macam masa kat JB dulu la.Ke mana-mana pun sensorang je.Bukan tak ada yang nak berkawan.Hatta roommatenya si Irah tu punya la friendly.Tapi dia telah meletak kota penghadang yang gah mengalahkan A Famosa di kelilingnya.Dia tak mahu ada orang yang masuk ke dalam ruangnya.Bukan semudah itu.
Tapi Trisy...macam Jim Rohn kata...The walls we build around us to keep out the sadness also keep out the joy.
Right...Tapi senang ke orang nak terima history aku,past aku?Sorang budak bermasalah yang pernah suicidal,pernah masuk psych ward,family tonggang-terbalik.Aku tak nak let people in sebab aku tak nak nanti ada orang akan bertanya.Bila orang tahu mesti orang akan ada stigma.Orang akan berjalan around aku macam meniti atas kaca.Bukan semua orang boleh faham,kecuali kalau berada dalam kotak yang sama.Macam Jade...Dan bukan senang nak cari orang yang macam Jade...
Selamat Tinggal Silamku-Now See Heart berlagu di telinga.Hati sebak tiba-tiba.Ini lagu aku.Seketika pen yang sedang berlari di test pad dengan esei Chemistry separuh siap tu terhenti.
Di serata kolej dia dikenali sebagai Trisy yang pendiam,sangat pendiam.Yang hanya bercakap dengan senyum sopan tiga saat.Student lelaki ada yang menggelar dia Arctic Trisy di belakangnya.Masalah ke aku tak bercakap dengan guys?Benjo betul.Masa kat JB dulu yang first time masuk co-ed school pun nasib baik aku tak kejar anak teruna orang,nie karang aku bukak kes baling pencil case lagi sekali baru tau.Tapi dia tak ambil pusing pun orang bising kat belakang.Dia hanya bercakap dengan classmates yang perempuan,cakap dengan Irah.Tu je.Kalau tak dengan mereka-mereka tu,dia akan ke sana-sini sendirian.Baik untuk ke library,ke Dewan Makan,ke surau,ke mana sahaja.Dia lebih senang begitu.Biar la orang nak kata dia sombong ke apa.Lebih baik begitu daripada nanti dia yang sakit.Tapi Trisy,the walls we build around us to keep out the sadness also keep out the joy.Kepala mengulang lagi.I know...I know...Tapi biarlah tak ketawa asalkan tak menangis.Biarlah orang keliling nak anggap dia Batrisya yang jenis macam mana pun.
Trisy yang begitu menjaga adab dan pergaulan,menjaga aurat dan tuturkata.Itulah Khairul Batrisya di matanya.Pen di tangan masih berlari menulis nota Bio,namun matanya mencuri pandang penghuni meja library yang setentang dengannya.Gadis itu sedang tekun menulis sesuatu di dalam testpad.Di hadapannya buku-buku rujukan Chemistry terbuka luas.Dia memandang lagi.Trisy memang tak toleh kiri kanan.Dan seperti biasa,gadis itu sendirian tanpa ditemani sesiapa.Kalau berteman pun,hanya berteman headphone dan MP3.Dia sendiri tak tahu sama ada gadis itu sedar atau tidak akan kewujudannya di KMS nie.Mana mungkin gadis tu perasan orang keliling kalau jalan pun asyik menunduk.Kalau ikutkan hati terasa nak je pergi duduk di kerusi kosong di hadapan Trisy tu.Agak-agak kalau buat macam tu,apa reaksi dia agaknya.
Jangan buat kerja gila,Lekiu.Ingat apa yang jadi kat Kukup Golf Resort dulu?Konon nak masuk mode mesra alam terus jadi toxic waste.
Niat di hati nak tengok sunset.Papa dan mama nak santai di ruang restoran.Long Zul dengan Alang Bad flat terus lepas penat mandi laut tengah hari tadi.Ayie pun nak melayan cerita Cina.Last-last dia melangkah sendiri keluar dari Teratak Buluh tu,nak mencari matahari terbenam.Dan langkahnya menghala ke arah kerusi santai yang bersepah menghala ke arah laut.Langit ketika itu dah mula bercemar dengan semarak jingga keemasan dan merah ungu.Dan dia terpaku berdiri hampir dengan salah satu kerusi di situ.Terpaku dengan Mother Nature in action.
Dan baru terperasan bila ada orang memandang.Refleks dia berpaling ke kanan.Oh,ada orang rupanya.Dia senyum segaris.Konon tanda buat ramah la sikit.Tapi budak perempuan tu tengok dia balik macam nampak Voldemort je.Senyum dia masih tak cair.Tapi dalam hati terdetik jugak,mulut aku herot ke bila aku senyum sampai budak nie tengok aku macam tengok alien?Tapi gaya budak perempan tu macam cute.Mula-mula renung orang macam nak makan,lepas tu larikan pandangan macam anak dara pemalu yang caught in action tengok anak teruna orang.
Matahari makin condong.Alam keliling bermandi warna senja.Memang cantik sungguh.Terpaku je dia di situ tak bergerak,menikmati betapa indahnya alam dalam keadaan ini.Tapi khusyuk tak khusyuk tengok matahari yang makin nak jatuh tu,perasan jugak budak perempuan tu dah keluar aura suruh dia blah.Tapi dia tak bergerak jugak.Apa cik?Nie tempat public,kan?Hujung matanya mencuri pandang lagi ke arah kerusi di kanannya.Dan pandangan mata mereka bertemu lagi.Eh,awak tengok saya jugak?Dia senyum lagi sekali.Cuba nak bawak maksud; ‘awak,I meant no harm la.Saya nak berkawan,bukan nak buat musuh’.Tapi budak perempuan tu cepat je bawak lari jeling maut dia tu.Betul la budak nie cute.Gaya macam anak dara Tok Penghulu yang caught in action mengintai anak teruna main sepak raga di tengah laman dari balik tingkap.Yeah...Lekiu dan bahasa zaman Melakanya.Senyum di bibir tak boleh nak padam.Sebab pipi budak perempuan tu pun macam ada matahari nak terbenam jugak.Merah.
Langit kini dah semarak dengan merah-ungu keemasan,mengganti semarak jingga yang tadi mendominasi.Matahari hanya nampak sikit je lagi yang belum tenggelam ditelan garis laut.Cantik...memang cantik sungguh.Tak sia-sia datang sini nak tengok sunset.Cantik yang menarik pinggir bibir untuk mengukir senyum.Terasa ingin dikongsi rasa yang indah itu.Tanpa sedar matanya melirik ke kanan sekali lagi.Di bibir gadis itu juga terukir senyum nipis,kalah dengan pujukan alam agaknya.Mata gadis itu masih pada sang matahari.Namun tiba-tiba senyum itu mati dan pandangan pada sang matahari beralih ke wajahnya.Senyum di bibirnya masa tu tak cair lagi.
“Cantik,kan?” Dia cuba nak memecah ruang sepi yang hanya diisi desir angin tu.Senyum di bibir tak padam lagi.Budak nie pemalu betul rasanya,tengok tu pipi dia ada sunset lagi.Tapi jeling orang macam nak keluar laser Superman.
“Awak sorang je?”Tanyanya lagi bila gadis tu tak menjawab.Awak,saya nak berkawan berkenalan.Saya bukan penjenayah la.
Diam tak menjawab jugak.
“Eh?Awak tak boleh cakap ke?”
Sekali budak tu bagi jeling maut extra lethal dose.Awak,awak nak panah apa dengan tengok saya macam tu?“Jangan la tengok saya macam nak telan.” Dia senyum mengusik pada budak perempuan tu.
Dan budak perempuan tu terus bangun dari kerusi.Laju dia berjalan dengan gear 5 ke arah area Teratak Buluh dengan tak pusing ke belakang dah.
Anything I did,anything I said?
Dia pertama kali perasan kehadiran gadis tu di sini waktu Minggu Orientasi.Masa tu tengah lepak di foyer depan dewan,sementara nak tunggu sesi petang tu mula.Tengah bergelak ketawa dengan geng budak-budak BP,dia nampak Irah.Konon nak tegur panggil Irah,nak bertanya khabar.Dia dengan Irah bukan orang lain.Dulu masa di MRSM Balik Pulau diorang satu homeroom.Tapi lidah jadi bisu terus bila tengok budak perempuan yang jalan sebelah Irah tu.
Budak perempuan pipi sunset dengan mata laser Superman tu!
Sejak hari tu dia jadi macam stalker pulak.Setiap kali nampak budak tu,setiap kali tu jugak dia mengekori dengan pandangan.Yang dia perasan Irah selalu jalan dengan budak tu.Tapi budak tu selalunya jalan sensorang.Macam lone ranger.Berteman dengan headphone ngan MP3 je.Jalan mesti tunduk.Jarang ambil kira apa yang jadi dengan orang keliling.Jarang bercakap dengan orang.Nak ditengoknya budak tu bercakap dengan budak lelaki,hampir tak pernah.Tak pernah jugak dilihatnya budak tu pakai baju kecik-kecik.Bajunya selalu baju kurung dari pagi ke petang.Kalau berseluar dan ber t-shirt pun pastinya yang loose longgar habis.Sangat low profile.Dia sendiri pun tak tahu kenapa dia nak follow budak tu sampai macam tu sekali.Sebab bosan tak ada kerja agaknya.
Dia hanya tahu nama budak tu lepas dua minggu masuk kelas.Bukan sebab dia tanya Irah yang dah jadi classmate dia,tapi dia cari dengan cara sendiri.Apa yang dia perasan jugak,budak tu selalu pergi library.Petang lepas kelas dia pergi library,malam pun dia study kat situ jugak.Dan satu hari tu dia memberanikan diri melintasi meja gadis tu waktu orangnya pergi mencari buku.Bertulis di atas handbook Chemistry tu;Khairul Batrisya Mazni.Dan keychain pada pencil-case nylon tu bertulis TRISY dengan kiub-kiub besi kecil.
Trisy.
***
“Jade?”
“Hmm?”
“Aku pelik la.”
“Pelik apa?” Kening Jade terangkat sebelah merenungnya.Pensel mekanikal di tangan terhenti berlari.
Jungkit bahu. “Kau kawan dengan aku sebab apa ek?” Wajah Jade dipandangnya.
Wajah Jade buat seketika tak beriak.Sejenak dia melontar pandang ke langit lepas.Kemudian kembali ke wajahnya.Lelaki itu mengukir senyum nipis segaris. “Kau rasa sebab apa?”
“Benjo!Kalau aku tau sebab apa tak la aku tanya!” Kaki Jade ditendangnya dengan hujung sneakers.
Jade ketawa je. “Kenapa kau kawan dengan aku?” Dia pulak yang bertanya balik tanpa menjawab soalan yang ditanya tadi.
Trisy buat muka. “Dah mula la tu...The lawyer in you speaking again.Dey Jade...switch..switch!I wanna talk to the real Jade,not the lawyer-Jade;his alter-ego.”
Ketawa Jade masih bersisa. “Apa la kau nie Trisy.Cakap kadang-kadang tu merapu macam kartun je.Kau jawab la dulu.” Trisy dipandangnya. “Kau kawan dengan aku sebab apa?”
Jade direnungnya.Tanpa sedar dia menggaru kepala yang tak gatal. Pandangan kemudian dilontar jauh melepasi bumbung bangunan. “Sebab...” Kepalanya condong ke kiri,memikir. “Sebab aku rasa kau ikhlas nak kawan dengan aku,sebab aku rasa kau faham keadaan aku,sebab aku rasa kau tak judgemental dengan keadaan aku...”
“Same here.” Jade senyum nipis segaris. “Tapi aku maybe ada extra reason la kot.”
Kening Trisy terangkat sebelah. “Apa dia?”
“Aku rasa aku nie merangkap baby-sitter kau jugak.” Jade sengih selamba sambil membetulkan letak cermin mata di atas batang hidung. “Kau tu kan unpredictable.Macam time-bomb.”
“Benjo!!”
Hingga hari nie dia tak jumpa lagi orang yang macam Jade.Yang nak menjadi kawannya tanpa kira hal lain.Yang nak menjadi kawannya kerana rasa bertanggungjawab nak jaga dia dari buat benda yang bukan-bukan.Mungkin hanya sorang.Pak Su.Tapi Pak Su tetap tak sama macam Jade.Pak Su takkan faham keadaannya yang sebenar kerana Pak Su hanya apply the concept of empathy.Macam Jade,Jade faham sebab dia pun berada dalam bot yang sama.Selalu Jade cakap macam tu dulu.
“In the same boat,but different cabin.”
Dan kerana takut dengan persepsi orang yang membuatkan dia masih belum membuka pintu Kota A Famosanya.Kerana belum jumpa orang yang layak untuk dibenarkan masuk.
Rindunya dengan Jade...Tanpa sedar dia melepas nafas perlahan.Telunjuk dan ibu jari kanan menyentuh pendant paua shell di leher.Jade,kau apa cerita ek sekarang?Kau dah lupa kat aku ke?
Posted at 10:40 pm by hlovate
Permalink
Inni Akhafullah-Mirwana berlagu di telinga.Kepalanya bergerak menari mengikut rentak lagu.Rambut yang yang boleh diikat ekor kuda turut sama terbuai mengikut gerak kepala.Matanya berlari meniti baris-baris ayat The Signs In The Heavens and the Earth:For Men of Understanding yang masih belum dihabis khatam tu.Terlalu interesting kalau nak dibuat speed reading.Memang secara purata setiap ayat di dalam buku itu dibacanya dua kali.Setiap patah kata membuatkannya berfikir tanpa sedar.Sekarang baru habis Part I.Part I yang bercerita tentang haiwan-haiwan yang disebutkan dalam al-Quran.Betul la.Kalau tak baca buku nie memang takkan tau la the reason of creation semua ada state dalam al-Quran.Sekarang baru nak masuk Part II.Yang tanpa sedar membuat hatinya bergetar.
Part II:The Human Being.Chapter pertama;Creation In The Uterus.
Chapter tu dimulakan dengan gambar baby dalam perut ibu.Tiba-tiba teringat balik kata-kata Pak Su;‘...ibu yang kendong Trisy dalam perut for 9 months.Azab,tau?” Lembut terdengar suaraPak Su cuba memujuk. “Trisy memang la tak rasa lagi sebab Trisy belum jadi mak.Nanti nak pregnant lagi,nak bersalin lagi.Sakit bersalin tu nyawa rasa macam kat hujung rambut.Pak Su yang tak bernah bersalin nie pun ngeri dengar...”
Bukan dia tak pernah terfikir tu semua.Bukan dia tak kesian pada ibu after all those.Tapi kadangkala hati rasa sayu juga.Kenapa ibu biarkan dia,Jazz,Rina dan Tati macam tu je bila dah macam nie?Takkan sebab ibu nak balas balik atas segala sakit yang dia pernah rasa dulu?Atau ibu rasa tanggungjawabnya dah cukup dengan melahirkan diorang semua,dan diorang perlu membesar dan jaga diri sendiri?Sungguh dia tiada jawapan untuk itu!Dia tahu ibu dengan ayah cari duit untuk mereka semua jugak.Tapi dengan duit semata manusia tak boleh hidup.Macam pokok bunga.Walaupun dibaja dengan baja terbaik di dunia dan disiram dengan air paling segar sekalipun,takkan dapat hidup sihat jugak kalau tak dijaga.Kalau segala macam rumput lalang yang di kelilingnya tak dicabut,lama-lama pokok pun mati lemas,tak pun mati kurang zat.Kalau segala macam kumbang,kepinding,lintah bulan,ulat bulu datang attack pokok tu dan tak ada orang nak protect,akhirnya nanti pokok tu mati jugak.Pasti!Baja dan air bukan semata-mata faktor nak bagi pokok hidup.Dan kini,dia terasa macam pokok separuh mati yang baru nak dijaga dan hidup balik.Dia tahu pandangannya unfair untuk ibu dan ayah Tapi apa yang dirasanya selama ini membuatkan dia berfikir begitu. Tuhan,berdosa ke Trisy fikir macam nie?
“...Trisy,Trisy tahu kan syurga tu di bawah tapak kaki ibu...” Suara Pak su terdengar lagi. “...walau keadaan macam mana sekalipun,diorang tetap your parents.Jangan benci diorang,Trisy.Sayang diorang kerana Allah.He loves those who loves under His Glory.Kita hidup nie Trisy,perlu dapat restu mak ayah jugak.Setiap kata-kata seorang mak tu doa,Trisy pun tau,kan?”
Dan hati mengiakan.
Buku di tangan ditanda dan ditutup.Hati dan fikiran dah tak mampu nak memberi tumpuan pada bacaan.Dagu ditongkat dengan tangan kanan di meja studi,mata merenung kosong dinding di hadapannya.Mampu ke dia untuk lupakan semua yang dah pernah jadi?Salah siapa sebenarnya yang dia sampai jadi budak bermasalah,smoker,substance abuser,suicidal?Salah ibu dengan ayah ke sebab gagal membentuk dan lepas tangan?Salah ibu dengan ayah ke sebab memberi tekanan kepadanya hingga dia buat semua tu?Atau salah diri sendiri ke sebab tak dapat nak cope dengan keadaan dan handle masalah dalam diri tu?God,I’m no robot...Trisy meraup wajah.
Suara Dr.Farid Ravi Abdullah menerjah balik ke dalam kotak ingatan. “...sedangkan Rasulullah S.A.W pun dah bersabda yang anak-anak itu ibarat kain yang putih.Bergantung pada ibu bapanyalah untuk mencorakkan dia menjadi Nasrani,Yahudi,atau Majusi,atau Islam.Kita nak anak-anak kita membesar dengan Islam.Kita nak anak-anak kita jadi baik.Tapi takkan jadi kalau kita pun wassalam tuan-tuan,puan-puan...”
“...unsur agama itulah sebenarnya unsur yang paling penting dalam pembentukan keluarga.Islam itu Addeen.Addeen itu cara hidup,way of life.Sebab itu bila agama wassalam,institusi keluarga tu sendiri wassalam,tuan-tuan puan-puan...” Suara ustaz yang berceramah di surau kampung pula terngiang kembali di telinga.Yang didengarnya dalam salah satu sesi paksarela menemankan opah ke masjid setiap kali pagi Sabtu atau malam Jumaat untuk mendengar ceramah agama.Agama sebagai tiang seri... “...sebab bila Islam itu diamalkan dalam cara hidup,ianya cukup lengkap tuan-tuan,puan-puan.Allah dah gariskan Islam tu sebagai agama yang cukup sempurna.Antara nak dengan tak nak je.Dalam Islam ada kasih-sayang.Ada diajar cara nak sayang anak,cara nak sayang suami,cara nak sayang isteri,cara nak sayang ibu bapa,cara nak didik anak,segalanya.Sebut je....”
Atau mungkin sebab itu familynya tonggang-terbalik macam tongkang kena pukul dengan Ribut Greg di tengah Laut China Selatan?The missing big chunk.Mungkin betul.Sebab di KL mana ada ibu dengan ayah emphasize sangat pasal agama.Okay...dari darjah 1 sampai 3 kena belajar ngaji dengan Buk Jah.Darjah 4,5,6 tak payah dah sebab sibuk.Dah masuk tahap dua la katakan.Ada aktiviti ko-ku dan segala macam benda.Kalau nak belajar agama,semua yang ada belajar kat sekolah je la.Ibu dan ayah tak pernah pulak nak menambah apa-apa.Mungkin sebab rasa apa yang diajar di sekolah tu dah cukup?
Kat KL dulu mana pernah solat jemaah dalam rumah.Ibu dengan ayah solat ke tidak pun dia tak tahu.Takkan dia nak jadi macam Magnum P.I kot nak check, bukan patut parents ke yang check anak solat ke tak?Tapi ibu ngan ayah macam tak berapa nak kisah je.Tapi kat JB nie...harap la.Alamat kena piat la aku kalau nak burn solat.Kalau dulu buat sebab terpaksa,takut kena ngan opah.Tapi sekarang dah terasa macam obligation.Opah selalu cakap; ‘Trisy,kalau Trisy tinggal solat,azab tu punya la pedih.Dah la tu.Bukan Trisy sorang-sorang je yang kena azab.Ibu dengan ayah pun kena sekali.Atok dengan opah pun kena sekali sebab tak jaga Trisy elok-elok.Trisy tak kesian dekat kami?Bila pakai tudung pun sama.Bila Trisy tak jaga aurat,kami semua kena sekali.’ Ibu dengan ayah tak pernah pun cakap macam tu kat dia.Ibu dengan ayah tak takut azab Tuhan ke?Ke...diorang tatau?Atau saja buat-buat tatau?
Dalam al-Mathurat yang Pak Su selalu paksa baca tu,ada satu ayat yang terasa menjadi tanda pada diri sendiri. Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); Sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat.
Dan dia masuk ke jalan yang sesat dulu kerana mata boleh melihat tetapi tak nampak,telinga tak tuli tetapi tak mendengar,dan hati itu ada tapi tak merasai apa yang ada di keliling.Sebab tu even dah terang lagi bersuluh pun dia masih sesat-larat jugak.
Karena itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut[syaitan dan apa saja yang disembah selain dari Allah s.w.t.] dan beriman kepada Allah, Maka Sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat Kuat yang tidak akan putus.Dan Allah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.
Dan setelah hampir setahun duduk dengan atok,opah dan Pak Su,baru dia menangis dengan dahi sujud ke sejadah.Allah Yang Maha Berkuasa membuka pintu hati.Masa tu dia terasa macam muallaf baru masuk Islam.
Allah pelindung orang-orang yang beriman; dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman).
Macam rahmat yang Allah bagi padanya di JB nie.Mengeluarkannya dari kegelapan yang maha gelap di KL tu.
Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya ialah syaitan, yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan (kekafiran). mereka itu adalah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.(Al-Baqarah:256-257)
Dan setiap hari dia memohon sangat-sangat agar Allah tak menyesatkannya balik setelah diberi petunjuk.Dia tak nak kembali masuk dalam gelap tu.Dia pun bukan la terus je transform jadi stok ala-ala ustazah baru balik dari al-Azhar.Dia pun baru nak belajar jugak.Tengah bertatih,tergagap.Tapi memang dia bersyukur sangat-sangat bila sekurangnya Allah masih sayang.Allah pimpin dia balik ke jalan yang betul walhal kalau nak diikutkan jika hala tuju akhirnya ke Kutub Utara,dia sebenarnya dah halfway ke Kutub Selatan.Sesat habisan.
Kalau selama nie,dengar je orang yang dalam ayat percakapan diorang tu ada ‘alhamdulillah’, ‘masya-Allah’, ‘insya-Allah’, ‘astaghfirullah’, ‘subhanallah’;memang dia akan letak cop siap-siap yang diorang tu mesti stok-stok alim-ustaz-ustazah-pak aji-mak aji.Tapi tanpa sedar,kat JB nie dia pun bercakap dengan cara macam tu.Sebab atok,opah dengan Pak Su selalu kata; ‘tak salah jadi hamba yang bersyukur dan ingat pada Tuhannya,kan?’Rasulullah pun pernah cakap macam tu kalau tak silap,atok pernah cerita pada dia pasal Rasulullah solat sampai bengkak-bengkak kaki sebagai tanda bersyukur.Pak Su pulak kata; ‘berat sangat ke nak sebut kalimah-kalimah tu,Trisy?Tak abis air liur la kalau takat sebut alhamdulillah.Lagi dapat pahala ada.’ Itu Pak Su dan cakap aci redahnya.Tapi apa yang dicakap tu betul jugak.
Dulu dia rasa Pak Su tu macam poyo je segala ‘alhamdulillah’, ‘masya-Allah’, ‘insya-Allah’, ‘astaghfirullah’ nak disebut dalam semua ayat.Tapi sekarang baru dia faham.Segala kalimah tu membawa maksud yang mengagungkan Tuhan.Memang patut disebut sebab segalanya memang dari Allah.Hanya orang jahil macam dia je yang akan rasa benda tu poyo.
Betul jugak.Kalau nak berjanji apa-apa,kena la diakhiri denga ‘insya-Allah’ sebab segala apa yang berlaku tu dengan izin Allah jugak.Takkan nak kata ‘saya 170% confirm’.Tu namanya besar daulat tak sedar diri tu.
Dan bila ternampak benda yang lawa,kena la sebut ‘subhanallah’.Maha Suci Allah.Sebab semua benda Allah yang buat.Ada ke dalam sejarah manusia cipta bijik kacang cinonet yang boleh tumbuh besar jadik pokok kacang?Memang takde.Tu kalau nak kira kacang yang kecik tu.Belum lagi matahari bulan bintang.
Dan bila dapat rezeki kena la kata ‘alhamdulillah’ sebab semua rezeki Allah yang bagi.Segala puji bagi Allah.Walaupun atok dengan opah yang bagi dia makan tiap-tiap hari,tapi semua tu Allah jugak yang bagi.Rezeki Dia punya.Makhluknya hanya sebagai alat untuk Dia menyampaikan rezekinya tu.
Dan bila buat silap kena la sebut ‘astaghfirullah’.Kalau bukan Allah yang mengampunkan dosa,siapa lagi?Kecuali kalau dosa sesama insan.Kena la mintak maaf dengan mangsa keadaan tu sama,dan mintak maaf dengan Allah jugak.
Trisy,you sound like an ustazah la.
Baik la aku sound like an ustazah dari orang yang dah tau tapi buat-buat tatau.
Tapi macam sedih,kan?Sebab kau macam dah jumpa jalan nak balik,just kena teruskan berjalan je.Tapi kesian dekat ibu,ayah,Jazz,Rina ngan Tati.They don’t have a clue diorang tu on the way ke Kutub Selatan walaupun sepatutnya diorang kena bergerak ke balik sana dunia.
Hanya boleh doakan je.Hanya itu yang termampu buat waktu ini.
Dan untuk Jade jugak.Harap kalau Jade masih mencari jalan,Jade jumpa jalan yang betul.
Ameen.
Posted at 10:39 pm by hlovate
Permalink
Jade, Aku dapat masuk Kolej MARA Seremban.Kena buat IB dowh,untuk pergi overseas.Jangan tanya aku IB tu apa.Aku tau 'I' tu stands for International.Yang 'B' tu,aku tak reti nak sebut nak eja lagi.Macam nak tergeliat lidah je nak menyebutnya.Atok,opah ngan Pak Su happy sungguh aku tengok.Aku...ntah tak rasa apa sangat pun. Ibu,ayah,Rina dengan Tati ada datang minggu lepas.Bawak keluar untuk belikan barang,laptop sumer.Nothing new.Aku buat biasa aje.Tapi betul la Jade,aku dah makin tak kenal dowh Rina ngan Tati.Ibu dengan ayah pun.Awkward semacam je kalau nak bercakap.Diorang tengok aku pun macam tengok alien.Apa pelik ke aku solat jemaah dengan atok ngan opah?Aku pun tak paham.Malas nak amik pusing.Rindu Buk Jah la,Jade.Kalau ibu ngan ayah bawak Buk Jah lagi best aku rasa. Sekarang aku dah pakai handset balik.Ahaha...Tapi bukan prepaid.Pakai bil.Pak Su yang bayar.Tu musti nak monitor aku la tu.Aku...aku dah cerita dengan Pak Su apa yang jadi sebelum ibu ngan ayah hantar aku ke JB.Sebab aku dah rapat dengan dia kot.Aku rasa macam boleh percaya dia.Suprisingly, dia tak melatah.Macam susah jugak nak compute Pak Su boleh paham aku macam kau paham aku dulu.But yeah.Aku bersyukur sangat la ada orang faham kat sini. Kau take care,aite Jade. Doakan aku kat sini. May Allah bless.
^^~~
Posted at 10:38 pm by hlovate
Permalink
Feb 19, 2006
Posted at 11:14 pm by hlovate
Permalink
Jade,
SPM aku straight As!Alhamdulillah.Eheh...kau caya dak nie?Aku dapat 7A1.Muaahah.Slack sejarah dengan BM dowh dapat A2.Peduli la.Agama aku A1 tu.Akaka...kau caya dak?Nie la hasil dok dengan atok,opah,dan Pak Su aku.Betul la apa yang kita cakap dulu.Bukak kitab kuning aku kat sini.
Pak Su bawak aku,atok ngan opah jalan gi Kukup.Kukup nie dalam Johor jugak.Tak la jauh sangat.Dekat dengan Pontian Kecil.Kira hadiah SPM la tu.And not to forget his hadiah of books and tudung and baju kurung.Gila apa dia nak suruh aku pakai baju kurung 27/7.Parents aku...emm...ibu ngan ayah dah masukkan extra cash dalam bank account bulan nie.Hadiah SPM la kot.Jazz bagi gift voucher Esprit tu.Ahaha..tapi aku dah kena warning siap-siap dah dengan Pak Su.Nak shopping tu nanti dia kena ada sekali time tu.Mesti nak tapis apa yang aku bakal beli tu.Huh!Talking bout Alcatraz and the obsessive cell warden.Dari Rina ngan Tati...ntah.Tak ada dengar apa-apa berita pun langsung.Tapi aku tau la diorang still hidup lagi.Kalau tak mesti ibu dengan ayah dah datang KL amik aku.
Aku sekarang tengah tunggu offer memana uni ke kolej ke apa.Pak Su paksa aku isi segala macam borang yang ada dowh.Silap-silap kalau ada borang kursus nikah kawin pun dia suruh aku isi jugak.Putus fius tul la engineer tu.Aku isi je segala apa yang ada.Dulu kau pernah tanya aku nak jadi apa,kan?Aku nak jadi doc la kot.Bio tu macam best je.Fizik ngan Add Maths aku menyampah betul.Kalau Pak Su aku paksa aku jadi engineer minyak macam dia,memang aku benam dalam tangki minyak la dia tu.
OK la Jade.Take care,aite.
BTW,artwork kau makin mantap aa sekarang.Congrats!
Earphone di kedua belah telinga berlagu Hikmah Kembara-Mirwana berselang dengan deru ombak yang sayup.Dia duduk santai bersila sendirian di atas kerusi resort yang menghadap ke arah laut.Subhanallah.Betapalah tersangat cantiknya. Terasa sampai macam nak menangis!Bibir tanpa sedar mengukir senyum sendiri.Sunset biar di mana pun, memang cantik.Sangat cantik.
Di sini kau berdiri
berpijak di bumi
menjunjung langit yang luas
pernahkah kau berfikir
alam penuh rahsia
anugerah Yang Maha Esa
berjalan bermusafirlah
melihat kebesaran Tuhan
yang diciptakan untuk
mereka yang berfikir
Berfikirlah,bersyukur
di atas nikmat dan kurnianya
nilai harganya,iman dan taqwa
bagi hamba yang setia
Dan betul la macam bila Harun Yahya quote surah al-Jathiyah ayat 3 ngan 4 dalam The Signs In The Heavens and the Earth:For Men of Understanding. In the heavens and the earth there are certainly signs for the believers.And in your creation and all the creatures.He has scattered about there are signs for people with certainty.Alam penuh dengan rahsia anugerah Yang Esa.Kejadian Tuhan di langit dan di bumi itu dicipta untuk mereka yang mahu berfikir tentang kebesaran Penciptanya.Ada mata kena pandai melihat,telinga kena pandai mendengar,hati kena pandai merasa.
Pandangannya tak berkelip menala pada matahari yang terbenam di kaki langit.Macam nak jatuh ke dalam laut.Trisy senyum lagi.Angin laut lembut menyapa wajah.Membawa hujung selendang menari.Sayang Pak Su sebab bawak holiday datang sini...
“Dalam banyak-banyak tempat kau nak pergi mana?”
Jade yang sedang melakar helang terbang di dada langit terhenti.Sejenak dia memikir. “Sabah.”
“Sebab?”
“Orang kata pulau kat situ lawa-lawa.Untouched.Beach pun lawa.Air super clear.Macam paradise untuk cari solace.Mother Nature at her best.” Jade merenung jauh melepasi bumbung-bumbung bangunan dan rumah kedai. “Aku boleh bayang tempat aman tak ada orang macam tu.” Bibirnya mengukir senyum nipis segaris pada gunung yang sayup.
“I see.” Trisy angguk. “Hmm..Interesting jugak,ek.Sabah.” Dia menutur sendiri sambil mengangguk lagi dengan pandangan menala ke langit.
“Kalau kau,kau nak pergi mana?” Trisy di sebelah dipandangnya.
“Aku nak pergi...”Trisy menggigit bibir bawah memikir. “En...tah...”
“Pulak.”
Jade dipandangnya sekilas sebelum dia kembali melontar pandangan ke langit. “Aku nak pergi tempat yang aku bukan pergi sorang-sorang.” Rendah perlahan dia menutur sendiri. “Jade,parents kau selalu bawak kau pergi holiday vacation jalan ke mana-mana?”
Jade merenungnya pelik. “Ada la jugak.Tapi takde la jalan pergi overseas macam Medan ke,Bangkok ke,Golok ke apa.Jalan pergi Langkawi,Penang,Pangkor tu ada la. Tapi sejak kitorang semua dah besar nie jarang-jarang la jugak.Ayah aku pun bukannya larat sangat nak drive jauh dah sekarang nie.Kalau jalan jauh pun biasanya antara kitorang bertiga la yang bawak kereta.”Trisy yang masih mengadah langit dipandangnya. “Kenapa kau tanya?”
Pandangannya masih tak dialih. “I’m officially jealous.” Bibirnya mengukir senyum tawar dengan mata masih di langit biru.Lang sewah melayah rendah di atas gunung di sana. “The last time parents aku bawak pergi jalan masa aku sekolah rendah kot.Darjah lima?” Kepalanya sedikit condong ke kiri. “Dan lepas tu tader dah.Semua orang sibuk,semua orang tader masa,semua orang kisah hal sendiri je.Sebab tu aku malas nak berkawan.Bila nak cuti sekolah mesti semua orang bising dengan holiday plan family masing-masing.Dan aku tak ada apa nak cerita.” Riak wajah Trisy beku. “Dan bila bukak sekolah balik,semua orang bukak cerita holiday jalan pergi mana...itu ini.And again,aku tader apa nak cerita.Masa tu...macam jealous.Tapi ye la.Apa aku boleh buat pun.Duduk je la sensorang kat belakang kelas baca buku cerita.Buat pekak buat bangang.Dan aku rasa being a recluse saves a lot.Orang takkan ambil kisah,orang takkan tanya hal kita,aku tak menipu nak reka cerita,dan aku pun tak kacau orang.” Dia melepas nafas perlahan sambil menyandar belakang pada tembok simen.Walaupun ditahan birai mata rasa basah juga.
“Kalau kau get the chance nak holiday dengan family kau,kau nak pergi mana?” Lembut suara Jade bertanya.
Trisy menarik sila.Jade masih tak dipandangnya.Dia menggeleng. “Aku tatau.” Lang sewah yang berlegar melayah tadi dah hilang di balik sana gunung. “Aku rasa aku tak nak kot kalau stuck holiday dengan diorang.” Datar tanpa perasaan dia menutur. “We don’t even function like how a family should be anymore,dan aku tak dapat nak compute kalau aku nak pergi holiday dengan diorang.That’ll be holiday from nightmare.Langkawi pun aku nampak macam Sungai Kelang je nanti.”
“Takkan kau nak kata sampai macam tu sekali.”
“Kau tak kenal family aku,Jade.They’re strangers yang aku memang dah tak kenal dah.Dari rasa ill at ease with each others’ presence,baik be alone and away,kan?” Dia berpaling ke arah Jade.
“Tadi kau kata tak nak pergi anywhere alone.Tapi kau tak nak family’s company?” Reaksi Trisy masih dipandangnya. “Dah tu kau nak pergi dengan siapa?”
Jungkit bahu. “Aku pun tatau.But I don’t wanna be alone.”
Macam nie.Bibirnya tanpa sedar mengukir senyum lagi.Dah lama tak rasa macam nie.Sampai dia sendiri dah terlupa macam masanya happy pergi holiday macam nie.Walaupun ibu,ayah,Jazz,Rina dengan Tati tak ambil kisah pasal holiday atau mungkin bagi mereka ini no big deal,sekurangnya di JB dia masih terasa ada yang sayang.Bising-bising opah,opah marah sayang.Strict-strict atok,tegas sayang. Keras-keras Pak Su pun,sebab sayang.Kaki langit kini bersimbah merah,ungu dan jingga keemasan yang makin marak.Subhanallah...memang sangat cantik sampai tak tau nak buat apa.Hypnotized.Namun teringat juga masa tengok sunset di atas rooftop Wisma Topaz.Walaupun tak sedamai nie,angin laut di sini asap kereta di sana,deru ombak di sini deru kereta di sana,camar putih di sini gagak hitam di sana,namun sungguhlah;sunset biar di mana pun tetap cantik jugak.Tak kisah la dengan latar apa sekali pun.Bibirnya mengukir senyum lagi.Kedua belah tangan ditongkat ke belakang dengan kaki masih dalam sila kemas yang belum terungkai.Matahari dah separuh tenggelam.Loner’s heaven...
...not?
Baru terperasan ada orang berdiri hampir dengan kerusinya.Trisy teragak-agak berpaling ke kiri.Pak Su?
Mungkin tidak.
Anak muda yang sedang tegak berdiri dengan pandangan turut memaku ke arah matahari terbenam itu berpaling ke arahnya.Kedua belah tangan di dalam saku track-bottoms.Santai.Sejenak mata mereka bertatapan.Anak muda itu menghadiahkan senyum segaris.Trisy rasa muka macam dah kena beku.Ulat bulu miang mana yang nak kacau naik daun nie?!Pandangannya dilarikan kembali ke hadapan.Suei...kacau aku tengah feeling.Trisy menggumam sendiri dalam hati.
Matahari yang makin tenggelam itu terasa macam makin lambat pulak pace kelajuannya.Trisy menggigit bibir bawah.Orang nak tengok sampai tenggelam betul...Tapi ada la pulak mamat nie kat sini.Terpacak je kat situ tak bergerak.Trisy menjeling dengan hujung mata.Kantoi lagi!Mamat tu pun sama je mencuri pandang.Tapi selamba je boleh senyum kat orang.Kacau la...kacau...
Keliling dah la tak ada orang.Cuma kot ada la di hujung sebelah sana tu ada couple tengah tengok sunset jugak.Lain tader.Seram tak seram jugak dibuatnya. Buatnya mamat nie casanova kelas satu apa cerita?Bagi makan tapak kasut sedap jugak.Hatinya dah berkira sendiri.Tumpuan yang tadi hanya pada sang matahari yang makin tenggelam sedikit terganggu.Langit kini berbias merah-ungu keemasan, mengganti warna semarak sebentar tadi.Subhanallah...memang cantik betul la.Bibir tanpa sedar senyum sendiri lagi.Trisy,ada orang la sini.Karang dia ingat kau putus wayar.On impulse hujung mata sekali lagi melirik ke kiri.Batz Batz Maru betul!!! Pandangan mereka bertentang lagi.Dan mamat tu sekali lagi menghadiahkan senyum segaris untuknya.Betul la kau nak merasa tapak kasut aku...
“Cantik,kan?” Suara lelaki itu tiba-tiba menegur.Jelas masuk ke telinga meski di celah deru ombak dan Alarm Me menyanyi Indahnya Alam.
Trisy menghantar jelingan maut.Matahari lagi sikit nak terbenam habis. Oo..dah buat move nak jual minyak ye?Ngee...mana Pak Su nie?!Patut dia yang teman aku kat sini!
“Awak sorang je?”
Ayat piawai romeo nak buat intro.Trisy,nak abiskan tengok sunset ke nak cabut?Hee...mana la dianya Pak Su nie.Kata nak tengok sunset jugak.Dia tengok sunset dalam TV ke apa?
“Eh?Awak tak boleh cakap ke?”
Ek ena mamat nie dah buat gaya iklan Gong Xi Raya Keretapi Tanah Melayu pulak...Trisy bagi jeling maut lagi sekali dengan extra lethal dose.Mamat tu hanya merenungnya kembali dengan senyum nipis segarisnya yang masih tak lekang dari tadi.
“Jangan la tengok saya macam nak telan.”
Pak Su!!!!
***
Posted at 11:12 pm by hlovate
Permalink
Feb 17, 2006
Bukan dia tak tahu anak-anak Bang Ngah macam mana.Walaupun tak kenal rapat,at least dia memang tahu budak-budak tu bukan la stok yang mengulang masjid pagi petang siang malam,baca kitab waktu lapang,dan yang perempuannya bertudung litup.Pernah je dengar mak bising kata cucu-cucunya yang di KL tu rambut dah macam kena karat,tak pun macam kena kari tumpah ke kepala.Anak-anak Bang Ngah la tu.Tapi ye la.Kak Ngah pun apa kurangnya.Rambut macam kena karat jugak,dan Bang Ngah tak pernah kisah pun isterinya bertudung ke tidak.Bukan dia nak menghina atau mempertikaikan Bang Ngah sebagai ketua keluarga,namun baginya kalau yang nyata dah salah,takkan nak dikatakan betul lagi.Manakan ditegak benang yang basah.Dan dosa itu adalah apa yang bergetar di hati.Bergetar hatinya bila tengok keluarga sendiri macam tu,sedih hatinya yang merasa walau mungkin tuan punya badan dah tak rasa apa.Azwan memandang Trisy yang bersila di kerusi rotan bertentang dengannya.Khusyuk dengan The Signs In The Heavens and the Earth:For Men of Understanding-Harun Yahya.Budak remaja memang macam tu.Baru nak mencari arah.Kalau disuap cornflakes,makan cornflakes la dia dengan orange juice tiap-tiap hari mengalahkan Mat Salleh.Tapi kalau dah dibiasakan disuap dengan susu dan madu,dengan susu dan madu la dia akan membesar dan membina hidup.
“Pak Su.” Trisy tiba-tiba mengangkat muka.
“Hmm?”
“Balik kerja esok belikan Trisy honey.” Dia dah kembali tunduk menyambung bacaan.
Huh?!Kening Azwan terangkat sebelah. “Tengah baca chapter The Bee,ek?” Dasyatnya budak nie menghayati bacaan.
Trisy hanya mengangguk.Tak angkat muka pun.Your Lord inspired the bees: "Build dwellings in the mountains and the trees, and also in the structures which men erect. Then eat from every kind of fruit and travel the paths of your Lord, made easy for you to follow." From their bellies comes a drink of varying colours, containing healing for mankind. There is certainly a sign in that for people who reflect. (Surat an-Nahl: 68-69).Sungguh,sebelum nie dia tak tau pun dalam al-Quran ada explanation yang sampai begitu sekali.Cerita si Che’Lebah yang kecik tapi besar manfaatnya pada mankind.Tapi ye jugak.Dulu nak recite Quran pun sekali tak sekala.Tafsir apatah lagi.Sampai berabuk al-Quran kat rumah tu.Buat perhiasan je tengah rumah.Sungguh la.Allah dah meletakkan bukti kejadiannya di segenap penjuru langit dan bumi untuk orang-orang yang berfikir.Maknanya selama nie aku tak berfikir.Ngaa….Benjo betul!Merugikan sel-sel kepala otak!
Azwan senyum menggeleng.Tu la.Dulu mati-mati tak nak sentuh ‘buku-buku Pak Su yang betingkat-tingkat tu’.The curse backfires...haa,see?Dia pulak yang ngalahkan orang baca macam tak cukup tanah.Namun fikirannya kembali kepada apa yang difikirkannya tadi.Pandangannya jatuh pada Trisy yang memang dah tak angkat muka nak toleh kiri kanan.Walaupun tak kenal rapat,tapi dia boleh nampak Trisy tak macam Jazz,Rina dan Tati.Rambut Trisy tak karat macam rambut ibu,abang,kakaknya.Tak frequents clubs and pubs macam abang kakaknya jugak. Namun dia tahu,Trisy ada masalahnya sendiri walaupun tak dapat nak diletakkan telunjuknya di mana.
Anak saudaranya yang sorang tu lebih reserved.Sekali pandang macam antisocial.Recluse.Macam lone ranger.Pendiam depan orang yang tak kenal.Suka menyendiri.Bukan tak pernah dengar mak bising kata cucunya yang sorang nie macam kera sumbang.Kat rumah tak berkawan,kat sekolah pun sensorang.Tapi Trisy buat dek je.Tapi sungguh dia tak dapat nak namakan apa masalah yang dibuat Trisy.Study okay.Cuma kekadang biasa la memberontak bila itu ini kena tahan.Budak-budak zaman sekarang mana nak hidup tanpa internet dengan handset.Trisy jugak kalau nak dibanding dengan kakak-kakaknya,jauh jugak beza selain dari colour rambut yang dikira.Rina dengan Tati kalau pakai baju ala sarung nangka yang singkat-singkat tu kira biasa je.Baju tak cukup saiz tak cukup kain.Selalu dengar mak membebel dalam phone bila call dia di UK dulu.Tapi Trisy clash habis dengan kakak-kakaknya.Kalau Rina dan Tati feminine,Trisy dah nak macam Jazz.Rambut rekrut,tee gedabak,jeans gedabak.Kalau dia pakai baju kecik pun semua jenis sleeveless ngan wife-beater macam kaki pukul.Design baju semua yang jenis angker,jenis nightmares come to life.Yang abah cerita nyaris buat mak pengsan bila tengok baju cucunya pakat gambar tengkorak dengan ayat berdarah je.Rebellious.
“Pak Su.”
Pandangan Azwan bertanya.Menanti soalan.
“Malam karang,kita keluar boleh?” Tiba-tiba itu yang terkeluar dari bibir Trisy.
Kening Azwan terangkat sebelah. “Nak cari apa?”
“Orang teringin nak makan burger la.” Trisy menggumam rendah.Bacaannya ditanda sebelum buku itu ditutup.Dia memandang ke luar tingkap.Opah tengah kahwinkan bunga kertas.
“McD?”
“Bukan la.”
“Burger King?”
“Tak.”
“Dah tu?”
“Burger tepi jalan tu je.” Trisy menutur sambil menala kembali pandangan ke wajah Pak Sunya. “Can ah?”
Dia merenung Trisy.No McD,no Burger King,nak burger tepi jalan?Pelik.“Boleh tu boleh,tapi lepas Pak Su balik dari masjid la.”
“OK.No hal.”
“Nak ajak atok dengan opah sekali?Kita makan luar la.”
“Boleh je.Pak Su la belanja.”
Posted at 11:52 pm by hlovate
Permalink
Jade,
SPM dah habis.Muahaha...aku baru abis PKN yang first batch nie.Tak la jauh.Dapat kat Negeri Sembilan je.Tapi opah,atok ngan Pak Su aku macam kucing hilang anak dowh.Risau itu ini.Rimas aku dibuatnya.Naik lemas pun ada.Dulu attention deficit disorder.Sekarang dah excessive attention disorder pulak. Ahaha...Pak Su aku selalu ketuk aku.Dia kata manusia memang la macam tu,tak pernah bersyukur.Zapp sekali kat situ.
Waa...sakan kau sekarang ye,Jade?Aku tengok kau buat dua stories sekali kat Hah ha.Aku happy untuk kau.Kot lepas nie kau buat nama macam Stan Lee ngan Frank Miller sampai tahap international supercartoonist,kau jangan lupa aku tau,Jade.
Aku sebenarnya cuak jugak nak pergi PKN dulu.Dah la kelam kabut,sebelum pergi pun tak sempat nak write letter kat kau.Aku kat sana...kira sure tader kawan dowh.Aku pun bukan reti sangat nak berkawan.Even sebelum nie pun aku dah citer kat kau kan,aku bukannya buat kawan sangat kat JB sini.Bila berkawan nanti mula la nak tanya itu ini,background history la bla..bla..bla..Aku kalau boleh tak nak ingat dah apa yang pernah jadi.Dengan opah,atok ngan Pak Su pun aku tak bukak cerita lagi.Bukan semua orang boleh faham masalah aku macam kau.
Aku ada citer lagi nak story nie.Eheh...sure kau tak caya punya la.Aku dah khatam Quran.Semalam khatam.Huhu...selama nie ngaji pun tergeliat lidah sekali kena campak duduk JB dengan opah,khatam Quran terus aku.First time tu.Opah ngan atok siap buat pulut kuning untuk aku.Setahun setengah nak dekat dua tahun.OK ke tu time khatam Quran?Pak Su aku dok riak kata dia boleh khatam dalam masa sebulan je.Pak Sheikh sorang tu memang la.Nasib baik sekarang dia dah kerja.Kalau tak penat aku kena clorox dengan dia.
OK la,Jade.Aku nak pergi tolong opah masak.Sekarang aku kena paksa belajar masak pulak dowh.Ahaha...tengok la nanti.Kot aku balik KL aku masak untuk kau ke.Tu pun kalau kau berani nak risk kena food-poisoning la.
Tangan laju menyiang bayam.Earphone di telinga kanan berlagu Meditation-Sami Yusuf.Ini la salah satu bahana kena clorox dengan Pak Su.Selama duduk dengan atok ngan opah,diorang basuh pakai sabun Harimau Kuat je.Datang tukang basuh dari UK tu dia bleach je aku terus.Dulu macam geli-geli ngeri jugak lubang telinga nie dengar nasyid.Buat lawak ke apa.Selama nie aku layan headbanging,tiba-tiba pulak masuk 380º turn dengar lagu ala Arab ala padang pasir.Tapi lama-lama immune sendiri je.Memula sebab no choice.Tapi lepas tu...hmm...kira not half bad la.Soldiers of Allah is cool.Sami Yusuf pun.Dawud Wharnsby Ali pun.Yusuf Islam pun not half bad.Lagu-lagu Raihan macam suara dari mimpi.So soothing.Lagu-lagu Hijjaz sangat touching bila hayati lirik.Yeah...she learnt it that way.Manakan tidak.Pak Su supply over 600 nasyid dari laptop dia tu.Yang Melayu,yang Arab,yang English.Sebut je nak apa.Last-last dia diam sendiri bila mengamuk nak balik collection Korn, Butterfingers, Cromox, Metallica,Nirvana,Velvet Revolver ngan Guns and Roses tak dilayan.Pak Su yang kejam!...tapi baik la jugak at times...
“Batrisya,batang bayam dah siap?”
Dia berpaling ke arah opah di depan dapur. “Siap.” Besen plastik itu dihulur. “Ada apa nak buat lagi,opah?” Santan untuk kari dah siap kukur,dah siap perah.Memang tradisional abis la opah aku nie.Pakai kukur kelapa kayu yang kena duduk bersimpuh tu.Kari daging dah atas api.Ikan dah siap kukus.Sambal belacan dah bertumbuk dengan batu lesung.Nasi dah bertanak.Tinggal bayam je nak tumis.
“Pergi la naik atas.” Faham sangat dengan cucunya yang sorang nie.Kalau kena memasak je macam cacing kena salai tepi bara la.Macam tak boleh nak menjejak tanah!
Yes!!Trisy sengih. “OK.” Dia dah berlari ke ruang depan. Muahaha... freedom! Yang bosan...too much time to kill sampai tak tau nak kill macam mana dah.Tubuh dihempas di atas kerusi rotan.Angin dari kipas yang berpusing rasa macam satu bless.Fuu...Tapi badan dah bau kari je.Dia bersandar sambil memejam mata sejenak.SPM baru seminggu habis.Seminggu dia raya sakan.Holiday!Tapi tanpa sedar menelan liur juga bila mendengar kawan-kawan keliling bercerita.Ada yang nak makan angin dengan family.Ada yang nak pergi duduk rumah abang,rumah kakak.Dan dia...ibu dengan ayah tader pun bertanya berita sejak abis SPM nie.Jadi la.At least atok,opah dengan Pak Su ada.Sepanjang seminggu nie kerja dia makan,tidur,tolong opah masak sikit-sikit,kemas rumah sikit-sikit[sebab terlampau bosan],belajar bawak kereta dengan atok ngan Pak Su,dan akhirnya....terjebak jugak dengan buku-buku Pak Su yang bersusun tu!
“Pak Su...bosannya...” Dia merengus perlahan. “Pak Su,kalau Pak Su nak balik dari kerja tu,singgah bookstore kejap.Tengok kot ada buku-buku best.Dan Brown ke...King ke..Pike ke...Sheldon ke..Grisham ke...”
“Buku-buku Pak Su tu best apa.” Pak Su tak angkat muka pun dari NST. “Try sikit tengok baca.88 kali lagi best dari Sheldon.”
“You need a life.” Dia menjelir lidah.Tapi Pak Su buat dono je.Last-last nya...
“Pak Su,buku mana yang paling simple nak paham?” Dalam merungut-rungut dia bertanya.Bosan dah melangkaui petala ke lapan.
Terus Pak Su bagi The Basic Tenets of Islam.
“Pak Su....tak nak la buku agama....”
“Tu tajuk je macam tu.Banyak pasal human behaviour tu.Interesting.Try baca dulu.”
This book is written for those who have recently been introduced to Islam,and who already have knowledge and some degree of conviction about Islam, but which may have had their origin in inadequate or invalid sources.
“Pak Su nie perli orang ke...” Tanpa sedar dia menggumam perlahan... recently been introduced to Islam.... have knowledge and conviction...but inadequate or invalid sources.Nak perli aku la tu.Tau la aku nie baru keluar dari Zaman Jahiliyyah lepas tahun Hijrah!
“Mana ada Pak Su nak perli...Bukan tadi dia ke yang nak mintak paling simple.Tu paling basics la tu.Cuba husnuz zhon sikit.” Azwan menggeleng dari kerusinya.
“Dey uncle...you speak bahasa I understand,can ah?” Trisy menjulingkan mata. “What is husnuz zhon la.”Rendah dia menggumam.Nak gula aku la tu.
“Bersangka baik.”
Ooo....Dia kembali meneruskan bacaan.
The information people gather about Islam is, in most cases,limited to what their families, friends or certain books present.
True...dan kalau macam kes aku nie...Trisy termenung sejenak.Teringat ceramah Dr.Farid Ravi Abdullah yang pernah dengar dulu.Anak-anak tu umpama kain putih.Terpulang pada ibu bapalah yang akan mencorakkannya menjadi Majusi,Yahudi,Nasrani atau Islam.Kalau aku terus stay dalam family tu...Dah la Trisy.Jangan salahkan ibu dengan ayah dah.Diorang tu mangsa keadaan. Sungguh,semenjak duduk dengan atok,opah dengan Pak Su dia lebih banyak memikir kembali.Cuba untuk justify apa yang ibu dengan ayah dah buat.Cuba sedaya mungkin nak fikir yang baik-baik je.Bersyukur sangat-sangat dia dah keluar dari keadaan yang makin memburukkan diri sendiri tu.Teringat masa mula-mula dulu atok dengan opah bising pasal dia liat nak solat.Lawak apa...kat rumah dulu aku solat pun sekali tak sekala.Astaghfirullah...bibir tanpa sedar bergerak sendiri.
Live well or live hell,you choose.
However, accurate information about Islam can be accessed only by referring to the Qur'an, the source of Islam.The Qur'an is the final revelation sent by God, as guidance to mankind. While the Torah and the Gospel, the two holy books preceding the Qur'an, were also revelations from God, in time, they were distorted and lost their quality as the divine word of God.
“Pak Su?”
“Yes?” Apa lagi...
“What is Torah and Gospel?”
“Kitab Taurat dengan Kitab Injil.”
Muka blur jugak.
“Taurat was for Nabi Musa.Bible for Nabi Isa.”
Oo...Sambung lagi.
Although they may contain parts of the original word of God, their greater part consists of words and interpolations of man. The only book revealed by God to have survived completely intact, is the Qur'an. It contains only that which has been revealed by God. God sent down His message, either by way of Gabriel, or through direct inspiration to the Prophet Muhammad (saas).
“Who is Gabriel?”
“Jibril.”
“Ooo...the one bawak wahyu tu?The malaikat.”
“Yes.” Sabar Azwan melayan.
The Qur'an consists of only that which was revealed to the Prophet Muhammad (saas), sent down in stages, for a period of twenty-three years.
“Pak Su?”
“Ye?” Kali nie NST di tangan ditutup terus.
“Why is it 23 years?”
“Apa yang 23 years?”
“Quranic revelation.”
“Bukan dalam PI SPM ngan PMR belajar ke?” Kening Azwan terangkat sebelah.
Er..eheh..sengih sendiri.Apa la Pak Su.Gaya tak paham pulak.Aku study sebab nak exam.Saja nak kenakan aku lagi la tu. “Pak Su nie...mana orang ingat semua.”
Azwan senyum segaris. “13 years in Mekah and another 10 in Madinah.”
“I see...” Sambung baca lagi.
Azwan terus niat nak buat sujud syukur.
Posted at 11:51 pm by hlovate
Permalink
Feb 14, 2006

assalamualaikum
esok release date NTS kaksu =)
meh jom pakat beli reramai.ekeke...
p/s:kaksu,dasyat la.saya habis baca novel Melayu tu ;)
muchas gracias!
may Allah bless
Posted at 02:39 am by hlovate
Permalink
***this entry is for nurul asyikin and the gang =) enjoy reading n shoutouting
"Trisy,dengar tak Pak su tanya nie?" Renungannya masih tak beralih. "Ibu dengan ayah busy." Rendah datar tanpa perasaan Trisy menjawab.Kemudian dia bangun membuka sila. "Trisy nak tidur,esok sekolah." Perlahan dia menutur tanpa memandang wajah Pak Sunya.Hah ha dicapai.Langkahnya menghala ke arah bilik.TV terbiar dengan Sylvester dan Tweety masih bermain aci kejar. Touched a nerve.Azwan menelah sendiri dengan pandangannya mengekori langkah Trisy. "Trisy." Langkahnya terhenti.Trisy berpaling. "Jangan lupa baca doa nak tidur,tiga qul,Fatihah dengan ayat kursi." "Tau la."
^^~~
Posted at 01:39 am by hlovate
Permalink
|
|
|